01 December 2010
o1 deCeMBeR.....
Posted by
Belog Sambal Belacan
0
Cicah Sambal Belacan!
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Labels:
Coretan
26 November 2010
DI SEBALIK DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD
Dalam tidak sedar...
Setiap hari kita memohon di dalam solat kita.. tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut di bibir,tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah
Diamlah sejenak,
buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allahseperti membuka diri ketika merasakan hembusan anginsepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil.
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah.
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakanketenangan.. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang
Allah yang tak terhitung besarnya
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak
kasih-sayang Allah yang kita terima
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup..
Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut
dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukurkita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini.. sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..
Setiap hari kita memohon di dalam solat kita.. tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut di bibir,tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Diamlah sejenak,
buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allahseperti membuka diri ketika merasakan hembusan anginsepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil.
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah.
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakanketenangan.. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
Warhamni (sayangi aku)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang
Allah yang tak terhitung besarnya
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak
kasih-sayang Allah yang kita terima
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup..
Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut
dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)
Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukurkita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini.. sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..
Posted by
Belog Sambal Belacan
0
Cicah Sambal Belacan!
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Labels:
ILmu
FADHILAT BISMILLAH 5
- penawar bisa diri
- penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
- penawar bisa-bisa badan
- penawar bisa batu merian
- boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya
Cara MENGAMALKAN Bismillah 5 :
- letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali kmdn tiup tempt tadi, kemudian baru tiup di air; atau
- kalau tpt sakit tu tak boleh diletakkan tangan krn sakit atau sukar utk meletakkannya, letakkan tangan di anggota lain dengan penumpuan hati dan perasaan bahwa tempat tersebut adalah anggota yang sakit.
Dengan mengamalkan Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun menjadi tawar serta tidak mendatangkan mudharat jika terminum. Gelas yang dipegang oleh pengamal Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan pecah dengan sendirinya jika kandungannya mengandungi racun dengan izin ALLAH..
Posted by
Belog Sambal Belacan
1 Cicah Sambal Belacan!
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Labels:
ILmu
KHASIAT BUAH TOMATO
Tomato buah berwarna merah dan boleh dimakan mentah. Namun, bukan semua orang menggemarinya! Tahukah anda tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya?
Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.
Kenapa anda perlu mengambil buah-buahan yang kaya dengan anti-oksida? Berikut ialah fungsi dan kelebihan anti-oksida untuk tubuh badan kita :
* Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
* Melancarkan perjalanan darah
* Menghalang pembengkakan dan keradangan
* Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan
* Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah
Selain daripada itu, kandungan airnya yang tinggi, lebih daripada 90 %, menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluar daripada badan ketika berdiet.
Posted by
Belog Sambal Belacan
0
Cicah Sambal Belacan!
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Labels:
ILmu
25 November 2010
CARA MENGUBAH FIKIRAN NEGATIF ANDA
1. Hidup di saat ini.
Memikirkan masa lalu atau masa depan adalah hal yang sering membuat kita cemas. Jarang sekali kita panik kerana kejadian masa sekarang. Jika Anda menemukan fikiran anda terkongkong dalam apa yang telah terjadi atau apa yang belum terjadi, ingatlah bahwa hanya masa kini yang dapat kita kawal.
2. Katakan hal positif pada diri sendiri
Katakan pada diri Anda bahwa Anda kuat, Anda mampu. Ucapkan hal tersebut terus-menerus,Terutama, mulailah hari dengan mengatakan hal positif tentang diri sendiri dan hari itu, tidak peduli jika hari itu Anda harus mengambil keputusan sulit ataupun Anda tidak mempercayai apa yang telah Anda katakan pada diri sendiri.
3. Percaya pada kekuatan fikiran positif
Jika Anda berfikir positif, hal-hal positif akan datang dan kesulitan-kesulitan akan terasa lebih ringan. Sebaliknya, jika Anda berfikiran negatif, hal-hal negatif akan menimpa Anda. Hal ini adalah hukum universal, seperti layaknya hukum gravitasi atau pertukaran energi. Tidak akan mudah untuk mengubah pola pikir Anda, namun usahanya sebanding dengan hasil yang anda pikirkan
4. Jangan berdiam diri.
apa yang membuat Anda berpikiran negatif, perbaiki, dan kembali maju. Jika hal tersebut tidak boleh diperbaiki lagi, berhenti mengeluh dan menyesal kerana hal itu hanya akan menghabiskan waktu dan energi Anda, juga membuat Anda merasa tambah buruk. Terimalah apa yang telah terjadi, petik hikmah/pelajaran dari hal tersebut, dan kembali maju.
5. Fokus pada hal-hal positif.
Ketika kita sedang sedang berpikiran negatif, seringkali kita lupa akan apa yang kita miliki dan lebih berfokus pada apa yang tidak kita miliki. Buatlah sebuah jurnal rasa syukur. Tidak masalah waktunya, tiap hari tulislah lima enam hal positif yang terjadi pada hari tersebut. Hal positif itu boleh berupa hal-hal besar ataupun sekadar hal-hal kecil seperti 'hari ini cerah' atau 'makan hari ini menakjubkan'. Selama Anda tetap konsisten melakukan kegiatan ini, hal ini mampu mengubah pemikiran negatif Anda menjadi suatu pemikiran positif. Dan ketika Anda mulai merasa berpikiran negatif, baca kembali jurnal tersebut.
6. Bergeraklah
Bergeraklah melepaskan segala yang mampu membuat perasaaan Anda menjadi lebih baik. Apakah itu sekadar berjalan mengelelingi blok ataupun berlari sepuluh kilometer, aktifitas fisik akan membuat diri kita merasa lebih baik. Ketika Anda merasa down, aktiviti pergerakan lima belas minit dapat membuat Anda merasa lebih baik.
7. Hadapi rasa takutmu
Perasaan negatif muncul dari rasa takut, makin takut Anda akan hidup, makin banyak fikiran negatif dalam diri Anda. Jika Anda takut akan sesuatu, lakukan sesuatu itu. Rasa takut adalah bahagian dari hidup namun kita memiliki pilihan untuk tidak membiarkan rasa takut menghentikan kita.
8. Cuba hal-hal baru
Mencuba hal-hal baru juga dapat meningkatkan rasa percaya diri. Dengan mengatakan ya pada kehidupan Anda membuka lebih banyak kesempatan untuk bertumbuh. Jauhi pikiran 'ya, tapi...'. Pengalaman baru, kecil atau besar, membuat hidup terasa lebih menyenangkan dan berguna.
9. Ubah cara pandang
Ketika sesuatu tidak berjalan dengan baik, cari cara untuk melihat hal tersebut dari sudut pandang yang lebih positif. Dalam setiap tantangan terdapat keuntungan, dalam setiap keuntungan terdapat tentangan.
Posted by
Belog Sambal Belacan
0
Cicah Sambal Belacan!
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Labels:
ILmu
BERFIKIRAN NEGATIF PUNCA MUDAH DISERANG SAKIT
Sentiasa berfikiran negatif punca kepada pelbagai pemasalahan. Berfikiran negatif punca mudah diserang penyakit. Kajiansaintis berpendapat bahawa pemikiran negatif boleh menyebabkan sesorang itu mudah jatuh sakit kerana sistem ketahan badan sentiasa menjadi lemah. Ujian yang dilakukan terhadap sukarelawan yang disuruh memikirkan perkara sedih menunjukkan satu bahagian otak yang dikaitkan dengan pemikiran negatif menyebabkan peserta menjadi murung. Kajian yang dilakukan itu merupakan yang pertama menunjukkan kajian terus antara otak dengan fungsi ketahanan badan. Buang sifat negatif ini, sebaliknya fikirkan yang positif untuk diri.
KESAN BERFIKIRAN NEGATIF
berfikiran negatif (walaupun sedikit) kita akan ditemukan dengan pelbagai permasalahan secara tidak sengaja dan kebetulan – mengakibatkan kita kerugian masa, tenaga dan wang ringgit. Rugi, rugi, rugi. Banyak rugi.
kita akan susah untuk bermotivasi.
Asyik tak bersemangat saja, rasa malas, berat tulang nak buat kerja. Walaupun ada kerja yang penting untuk diselesaikan, Anda rasa macam tak nak buat lalu mendorong Anda bertangguh. Bila asyik bertangguh, kesan jangka masa panjang, prestasi Anda akan menurun. Anda jadi orang kurang cemerlang.
Asyik tak bersemangat saja, rasa malas, berat tulang nak buat kerja. Walaupun ada kerja yang penting untuk diselesaikan, Anda rasa macam tak nak buat lalu mendorong Anda bertangguh. Bila asyik bertangguh, kesan jangka masa panjang, prestasi Anda akan menurun. Anda jadi orang kurang cemerlang.
masalah dalam hidup kita tak akan pernah surut, ada-ada saja masalah yang muncul.
Masalah kecil membawa kepada masalah besar. Masalah besar yang melanda semakin membesar akhirnya membawa kepada permasalahan yang dua kali ganda lebih besar. Orang berfikiran negatif tak menumpu pada penyelesaian masalah, sebab tu masalahnya makin membesar, makin menambah.
fikiran negatif akan membuat Anda memiliki tabiat negatif – tamak, dengki, gelojoh, panas baran, ego, gopoh dan paling ketara, PEMALAS! Sesiapaun tak suka berkawan dengan Anda dan tak siapa mahu menolong anda bila Anda dilanda kesusahan.
Itulah kesan ketara akibat dari berfikiran negatif. Banyak lagi kesan-kesan lain, tapi 4 kesan di atas adalah yang paling kerap berlaku dalam masyarakat kita.
sumber:vza-goldkeynews.com binadiri.wordpres.com
Posted by
Belog Sambal Belacan
0
Cicah Sambal Belacan!
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Labels:
ILmu
DUDUK TERLALU LAMA MEMUDARATKAN JANTUNG
Anda suka suka duduk bersandar di sofa sambil menonton televisyen dengan jangka masa yang lama ? Anda dinasihatkan mengurangkan tabiat anda ini. Pertama, anda anda tahu; apabila anda menghabiskan masa ketika dengan hanya duduk atau berehat disofa, tulang belakang akan menerima kesan paling hebat. Keadaan fizikal yang tidak aktif didapati menjadi faktor utama penyakit jantung, osteoporosis, kencing manis yang terbentuk ketika dewasa dan barah. Jadi ambil masa rehat selang 10 minit setiap kali menonton televisyen untuk meregangkan otot anda.
sumber:vza-goldkeynews.com
Posted by
Belog Sambal Belacan
0
Cicah Sambal Belacan!
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Labels:
ILmu
RAHSIA CARA WANITA BERJALAN
1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan dan kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkanwanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang.Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanitaseperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
sumber:diarihati.com
Posted by
Belog Sambal Belacan
2
Cicah Sambal Belacan!
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Labels:
ILmu
24 November 2010
RAKYAT MALAYSIA POPULAR DI INTERNET
DALAM satu tinjauan global, rakyat Malaysia dilaporkan sebagai golongan yang paling popular di Internet manakala rakyat Jepun paling sedikit. Tinjauan itu sekali gus mencerminkan budaya sesebuah negara melalui perilaku dalam talian.
Menerusi kajian hidup digital oleh syarikat penyelidikan Global TNS, Malaysia memenangi 'pertandingan' populariti Internet dengan purata 233 teman di rangkaian sosial mereka berbanding hanya 68 teman bagi rakyat China dan hanya 29 teman bagi pengguna Internet di Jepun.
Penemuan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi sebuah negara seperti Malaysia. Dengan latar kepelbagaian budaya dan juga tradisi rumah terbuka yang sering dianjurkan sepanjang tahun, rakyatnya lebih bersikap terbuka untuk membina kenalan baru.
Seorang pelakon dan penulis, Chacko Vadaketh memberitahu, tabiat mengundang orang adalah tabiat rakyat Malaysia.
"Maka, orang yang kamu mungkin kenal dan seterusnya dianggap sebagai kawan lebih meluas konsepnya berbanding komuniti lain," katanya yang mempunyai seramai 1,010 rakan di laman sosial Facebook.
sumber:kosmo 24/11/10
Posted by
Belog Sambal Belacan
0
Cicah Sambal Belacan!
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Labels:
Al Kisah
NENEK OH NENEK...
KULIM - Gara-gara hasrat untuk berkahwin dengan lelaki dicintai tidak direstui anak-anak, seorang warga emas berumur 75 tahun lari meninggalkan rumah untuk bertemu kekasihnya di Sik, empat hari lalu.
Seorang anak wanita itu yang enggan dikenali berkata, ibunya sering dilihat mengelamun dan termenung. Setelah diajukan soalan, dia memberitahu hasratnya mahu berkahwin.
Menurutnya, pada mulanya, hasrat si ibu tidak ditentang keluarga, tetapi setelah mendapati umur kekasihnya jauh lebih muda daripadanya, anak-anak tidak bersetuju memandangkan warga emas itu ada penyakit darah tinggi dan kencing manis.
"Niat mak untuk bernikah semula itu kami setuju, tetapi biarlah dengan lelaki yang seusia dengannya.
"Sekarang ini mak berumur 75 tahun manakala kekasihnya 42 tahun.
"Sekiranya mereka menikah, ini akan mendatangkan kesulitan kepada anak dan waris untuk memanggilnya bapa. Mendengarkan itu, mak mungkin berkecil hati,” katanya.
Menurutnya, setelah mendapati cintanya terhalang, warga emas itu mengambil keputusan membawa diri.
Dia dikatakan keluar dari rumah menaiki teksi menuju ke Sik.
"Keluarga puas berusaha mencari mak di sana, tetapi gagal dan akhirnya kami membuat laporan polis," katanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Chin Su Song :(gambar) :berkata, terdapat beberapa kejadian lari dari rumah yang tidak dilaporkan kepada polis.
“Saya meminta kerjasama orang ramai supaya membuat laporan sekiranya ada ahli keluarga mereka lari dari rumah atau hilang. Dengan adanya laporan, polis boleh membantu mencari ahli keluarga yang hilang.
Apapaun, kisah cinta nenek ini jika dapat direalisasikan hingga diijab kabul mungkin tidak jauh bezanya dengan cinta Nek Wok, atau nama sebenarnya, Wook Kundur, 108, dari Besut, Terengganu yang juga memilih Mohd Noor, 39, lelaki jauh lebih muda sebagai suami.
Kisah cinta unik pasangan yang mempunyai perbezaan umur yang jauh itu pernah menggemparkan negara dan mendapat perhatian media.
Posted by
Belog Sambal Belacan
0
Cicah Sambal Belacan!
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Labels:
Al Kisah
AWAS!!! 9 JENIS ANAK SYAITAN
Terdapat sembilan jenis anak syaitan!! Umar al-Khattab r. a meriwayatkan, terdapat 9 jenis anak syaitan:-
1. Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih! dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan - Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour dan lain-lain.
6. Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim - (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku masalah dalam rumahtangga.
8. Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
Maka renung2kanlah oleh kita akan petanda2 anak syaitan yang terdapat pada diri manusia.
Posted by
Belog Sambal Belacan
2
Cicah Sambal Belacan!
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Labels:
ILmu
MASAKAN LAIN
KERAP DI CICAH
- EKSKLUSIF: MISTERI LAGU “CINTA TIGA SEGI” KINI TERBONGKAR !!!!!
- BACA BUKU DALAM TANDAS !
- GAMBAR AWEKS YG SEKSI LAGI MENGHAIRAHKAN (TONTONAN 18SX)
- RUSA OH RUSA !
- Cara-cara Mengenal Seseorang Itu Ada Bf / Gf Atau Belum
- JANGAN LEPASKAN SANGGAP DI SINI !!!
- AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !
- HATI-HATI MEMBELI MAKANAN DI BAZAAR !!! ini kerana ......
- Tidak Ku Pinta Begini :'(
- DISEBALIK PANGGILAN SAYANG UNTUK ISTERI
Labels
Coretan
(138)
Al Kisah
(87)
ILmu
(77)
Isu Semasa
(61)
Apa Ade
(39)
Aku Join
(37)
Lawak
(24)
Bola
(21)
Segmen Aku
(16)
Tazkirah DAN Kisah Teladan
(16)
Cinta
(11)
Kisah Seram (18PL)
(10)
Soal Jawab
(7)
Berjiwang
(4)
Releks Jap
(4)
Kekuasaan Allah
(3)
Motivasi
(3)
Tips
(3)
Award
(2)
Bergambar Makna
(2)
Haji
(2)
Misteri Dan Pelik
(2)
Penghargaan
(2)
Tips Dan Fakta
(2)
1whp
(1)
Jalan-Jalan
(1)
Lagu
(1)
Maharaja lawak
(1)
Raja Lawak
(1)
Sukan
(1)