Ajaran-ajaran sesat mempercayai bahawa kuasa-kuasa ghaib dan luar biasa itu ada juga pada selain Allah s.w.t. Maksudnya, kuasa-kuasa itu boleh ada pada manusia yang dianggap alim atau wara' atau wali yang dipercayai boleh mengetahui perkara-perkara yang ghaib-ghaib dan mempunyai kuasa yang di luar kemampuan manusia.
Ajaran dilakukan secara tidak berterang-terangan, bersembunyi, rahsia atau penyampaiannya hanya kepada ahli-ahli kumpulan sahaja.
Ajaran yang meletakkan ketua atau sheik atau pak guru ke taraf yang amat tinggi melebihi had yang biasanya untuk manusia, atau meletakkan ketua atau sheik atau pak guru ke taraf wali atau wakil Nabi Muhammad s.a.w. Wujud arahan supaya menghormati sheik itu dan meyakini bahawa tidak akan berhasil sesuatu maksud kecuali dengan usaha atau kekuasaan beliau.
Ajaran agar tidak memberi perhatian kepada guru-guru yang lain kerana ia akan menghalang atau menyekat dari mendapat sesuatu dari sheiknya dan tertutup limpah kurnia Allah kepadanya.
Tidak boleh mengkritik dan menegur sesuatu perbuatan yang dilakukan sheikhnya sekali pun nyata perbuatan itu haram. Juga seorang pengikut itu tidak boleh menyoal sheikhnya mengenai apa-apa perbuatannya.
Adanya dakwaan bahawa sheikhnya adalah keturunan Rasullullah s.a.w. tanpa salasilah yang jelas yang dapat dibuktikan.
Keyakinan bahawa tiap-tiap berkat yang didapati di dunia dan akhirat adalah hasil atau disebabkan oleh berkat sheikhnya.
Larangan membuka rahsia mengenai ajaran kumpulan itu kerana mengikut kepercayaan kumpulan tersebut, pengikut-pengikut yang membuka rahsia, maka mereka itu akan ditimpa bahaya.
Tidak dibenarkan berkahwin dengan wanita yang disukai oleh sheikhnya demikian juga tidak boleh berkahwin dengan balu sheikhnya.
Hendaklah menghadirkan rupa guru pada setiap kali berdoa dan meminta daripada beliau limpahnya dan menghilangkan was-was.
25 October 2010
MASAKAN LAIN
KERAP DI CICAH
- Pengakuan Jepp : INILAH PUNCA SEBENAR KUMPULAN SEPAH BERPECAH !!!
- Les’ Copaque menghasilkan animasi TERBARU selepas Upin Ipin ! Inilah animasinya.....
- EKSKLUSIF: MISTERI LAGU “CINTA TIGA SEGI” KINI TERBONGKAR !!!!!
- BLOG AKU LAGI BEST DARI BLOG BEN ASHAARI Kerana .....
- PERKAITAN WAKTU SOLAT DENGAN WARNA ALAM
- BACA BUKU DALAM TANDAS !
- Pegang Tetek !!!
- Bergambar Bersama Ina Naim, Suami Dan Anaknya
- Ramaikan Follower, Dapatkan Pembaca
- SALING MERABA
Labels
Coretan
(138)
Al Kisah
(87)
ILmu
(77)
Isu Semasa
(61)
Apa Ade
(39)
Aku Join
(37)
Lawak
(24)
Bola
(21)
Segmen Aku
(16)
Tazkirah DAN Kisah Teladan
(16)
Cinta
(11)
Kisah Seram (18PL)
(10)
Soal Jawab
(7)
Berjiwang
(4)
Releks Jap
(4)
Kekuasaan Allah
(3)
Motivasi
(3)
Tips
(3)
Award
(2)
Bergambar Makna
(2)
Haji
(2)
Misteri Dan Pelik
(2)
Penghargaan
(2)
Tips Dan Fakta
(2)
1whp
(1)
Jalan-Jalan
(1)
Lagu
(1)
Maharaja lawak
(1)
Raja Lawak
(1)
Sukan
(1)
0 Cicah Sambal Belacan!:
Post a Comment