ok isu semasa kali aku nk ajak korg tinjau mslh yg agak menjijikan dan pengotor..mslahnyer ialah tentang "bangkai tikus kat dlm kuali" jijikan dgrkn,bygknlah klu ms tu tempat hidangn mknn untuk disajikan pd kite...ermmm cmnerla kn...ok jom kite terjah artikel mslh ni...dari segmen isu semasa isu rakyat jom terjah..................
Ops Bersih 3 gempur premis niaga kotor sekitar Klang
KLANG: Bangkai tikus dalam kuali. Mungkin sukar dipercayai tetapi itulah yang dilihat dalam satu operasi penutupan premis makanan dan penguatkuasaan dinamakan ‘Ops Bersih 3' yang diadakan di sekitar bandar diraja ini, baru-baru ini.
Pemilik sebuah restoran mendakwa kuali itu tidak lagi digunakan tetapi alasan terbabit gagal melepaskan dirinya daripada dikenakan tindakan tegas bahagian penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK).
Sentral yang mengikuti operasi bersama Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Klang diketuai Pemangku Timbalan Pengarah Kesihatan MPK, Amran Jali mendapati kebanyakan premis yang digempur pasukan penguat kuasa itu kotor dan berbau meloyakan.
Dalam operasi bulanan itu, pasukan berkenaan turut menemui mi goreng yang sudah basi disimpan di bawah rak makanan dan boleh memudaratkan kesihatan jika ia dipanaskan dan dihidangkan semula kepada pelanggan.
Bagaimanapun, kebanyakan pelanggan terus menjamu selera di restoran terbabit seperti langsung tidak mengendahkan operasi yang sedang dijalankan.
Amran berkata, lapan premis yang diperiksa gagal mempamerkan tahap kebersihan sepatutnya di samping melakukan pelbagai kesalahan lain seperti tidak melabel jenis makanan dan pekerja memakai selipar.
"Kami sudah mengenal pasti kawasan ini sebelum mengadakan operasi. Kebanyakan restoran yang diperiksa didapati gagal menepati piawaian kebersihan seperti ditetapkan, antaranya tong sampah tidak ditutup dan lantai kotor.katanya sambil menambah semua premis itu diarah ditutup untuk tempoh dua minggu bagi mereka membersihkan premis masing-masing.
"Malah, kami turut menjumpai bangkai tikus, najis tikus dan lipas di beberapa premis,"
Pemilik premis boleh beroperasi kembali jika MPK dan PKD Klang berpuas hati dengan tindakan yang mereka ambil daripada aspek kebersihan tetapi jika gagal, kes mereka akan dibawa ke mahkamah.
Tindakan itu diambil mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.
Bulan lalu, sebanyak 12 premis restoran diarahkan tutup dalam Ops Bersih 2 yang diadakan di sekitar kawasan Bukit Tinggi.
**artikel dari berita harian
p/k; korg bygknlah klu ms tu hidangan untuk korg tp korg tak tahu yg sebenarnya owg yg tgh btkn mknn utk korg keadaan dapurnya cmtu..owh..
okla tu dari segmen isu semasa isu rakyat..
5 Cicah Sambal Belacan!:
er... nasib baik tempat keje aku takda tikus... huhu
erk...aku terus xselera nk mkn nie....
ya allah... mmg dasyat.. aried mntak jauh dari semua ni...
aku tgk nk muntah..geli tu...
dasyatnyer~~
Post a Comment