ok ni cite baru yg bertajuk " DITEMANI PONTIANAK "
mcmna citenyerrr???
pe sbnrnyer plot citenyerr???
sape yg ditemani makhluk tu????
pe yg makhluk tu nak sbnrnyerrr???
semuanya de dlm " DITEMANI PONTIANAK "
watak utama:
Leha (isteri Malek)
Malek ( suami Leha)
Iema (anak)
ok siri 1 bermula....
jom terjah........
1...2...3...
action.................
siri 1........................
begini citenyerrr....
Leha dan Malek adalah sepasang suami isteri yang mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun yg bernama Iema. Mereka menetap di sebuah taman perumahan di Parit Buntar di utara tanah air. Memandangkan suaminya bekerja mengikut syif, Leha dan anak perempuan mereka menumpang di rumah ibu mentuanya yang terletak agak jauh daripada kediaman mereka setiap kali Malek terpaksa bekerja syif malam.
Untuk pulang ke rumah, mereka terpaksa menempuhi perjalanan melalui kebun kelapa sawit yang agak luas. Sudah pasti, keadaan sememangnya menyeramkan terutama pada waktu malam kerana di sekitarnya dikeliling kelapa sawit jer, ketika kenderaan amat kurang dan lampu jalan yang cuma samar-samar. Kebiasaan melalui kawasan sebegitu pada waktu malam membuatkan Leha dan Malek tidak berasa takut dan belum pernah berdepan sebarang masalah, termasuk gangguan makhluk halus biarpun diingatkan rakan-rakan yang pernah menjadi mangsa gangguan berkenaan.
Namun, kekebalan pasangan ini terlerai juga apabila pada satu malam, ketenangan meredah kepekatan malam itu mengundang episod mencemaskan buat mereka sehingga terpaksa mengambil cuti sakit akibat demam di sebabkan kejadiaan yang menimpa mereka pada mlm td tu..
Malam itu, seperti biasa, Malek menjemput anak dan isterinya selepas tamat syif kerjanya. Perjalanan biasa menjadi sebaliknya apabila anak mereka yang tidur di tempat duduk belakang, kelihatan agak gelisah dan agak menghairankan berbanding sebelum ni..anaknya kelihatan biji anak matanya itu berliar-liar memandang ke kiri kanan atas dan bwh disetiap pandangannya itu.ini agak menghairankn Leha dengan keadaan anaknya itu…..
Lalu Leha berseloroh…
“Kenapa dengan Iema ni? Selalunya tak ada masalah. Hairan juga...,” kata Leha dalam
hati yang agak hairan dengan keadaan Iema yang merengek tu.
Belum pun sempat memusing ke belakang, tiba-tiba Malek berkata:
“Leha!!!!! Awak jangan pandang belakang. Biarkan saja Iema,” kata Malek.
Anehnya, semakin Leha ingin menoleh ke belakang, semakin tegas Malek melarangnya. Lumrah manusia, lagi dilarang lagi ketara rasa ingin tahu, Leha lantas berpaling ke belakang kerana enggan meneruskan pertengkaran selain memujuk anaknya Iema tanpa mempedulikan apakah sebenarnya di sebalik larangan suaminya itu.
Hakikatnya, tanpa disedari Azimah, Malek sebenarnya…..(bersambung…)
bersambung di siri 2....
Sebenarnya knp dgn Malek tuuu????
pe yg sebenarnya berlaku sehingga Malek sekerasnya melarang Leha menoleh belakang??????
Nape smpi Malek suruh biarkan je anaknya Iema tu?????
Ape sebenarnya berlaku?????
Nantikan jwpn nyer pe sbnrnya berlaku dlm sambungan siri 2…..
Bersambung dlm siri 2…….
2 Cicah Sambal Belacan!:
cpt la bersambung. xcited ni :)
tunggu dlm pembikinan...:)
Post a Comment