tp tak pe kalau buat pn tak gila kn..kn..alaaa nape tibe2 ckp gila ni. mcm biasa ada kena mengena dgn kisah ni..oklah aku tak nak ckp byk,pe komen korg tentang kisah ni tp kisah berlaku di kanada..okilah jom kite terjah al kisah laki ni...ishhhh3
kisahnyer cmni....
OTTAWA, Kanada - Seorang lelaki berusia 57 tahun, Dave Hockey membelanjakan wang sebanyak AS$25,600 (RM78,246) untuk mengembara ke seluruh dunia dengan enam patung wanita silikon.
Dia membawa patung silikon itu ke beberapa lokasi menarik di Stonehenge, Britain, Grand Canyon dan Niagara Falls di Amerika Syarikat (AS).
Bapa dua anak itu berkata: "Isteri saya memahami ia (patung-patung itu) merupakan satu hobi."
Hockey juga kini menghasilkan filem dokumentari pengembaraannya selama tujuh minggu dari rumahnya di Nova Scotia, Kanada ke San Diego, AS untuk berjumpa dengan pemilik patung lain.
Semasa pengembaraan itu, dia juga membawa patung silikon yang cantik Bianca yang dibeli dengan harga AS$ 3,246 (RM9,921) yang pernah muncul dalam filem Lars and the Real Doll. Patung itu turut dibawa untuk aktiviti terjun udara, menaiki kuda dan menjadi pembonceng motosikal Harley Davidson.
"Saya membeli patung pertama pada November 2006 kerana ia kelihatan menarik dan cantik. Lelaki yang menyatakan patung tidak cantik sebenarnya pembohong," katanya.
Dia sanggup berkelakuan sopan di depan patung wanitanya dengan mengungkapkan kata-kata meminta berjalan di depan patungnya selain membeli kasut dan aksesori lain untuk mencantikkan patung tersebut.
Beberapa patung itu seberat lebih 40.91 kilogram dan dia memerlukan sebuah kerusi roda untuk membawanya memasuki hotel dan di kawasan tarikan pelancongan.
Hockey kini dalam proses terakhir untuk menyunting dokumentari yang dihasilkannya itu tetapi dia berharap akan dapat menyiapkannya dalam masa enam minggu lagi. - Agensi
korg tgk dgn silikon pn blh jd..ishhhh3..ishhh3..bini kat umh tak nak bawak gi jln2 :)
4 Cicah Sambal Belacan!:
hahaha...
patung tu agi cantik dari isteri la tu kot..
haha
hana...
ye kot.hahahaha..
patung jea ke??boringnya..
berita sengsasi...
tu la tahu tak pe.
Post a Comment