ok oleh itu jom kita tgk jawapan dari kemusyikilan ini..adakah kemusyikilan ini sah atau tidak? dalam ijab kabul orang yg bertanyakan kemusyikilan
ini.
jom kita terjah ilmu ini.....
KEMUSYIKILANNYA:
SAYA ada masalah mengenai akad nikah (ijab dan kabul). Saya baru berkahwin pada 13 Mac lalu. Alhamdulillah, saya berjaya dinikahkan dengan sekali akad sahaja (saksi ada yang setuju, ada yang diam, tetapi semua turunkan tandatangan).
Semuanya berjalan lancar, sehinggalah kira-kira empat hari kemudian, saya dengar saudara-mara saya berkata, Kadi (wali hakim) tersilap menyebut mas kahwin.
Kebetulan adik saya ada merekodkan video ketika majlis berkenaan. Saya melihat semula rakaman itu berulang kali. Memang benar kadi tersilap mas kahwin.
Lebih mengejutkan, nama bapa pengantin juga tersilap. Bunyinya seperti ini:
Kadi: “Aku nikahkan engkau dengan berwalikan aku Nora binti Jamaluddin dengan mas kahwin RM20.50 tunai. Saya jawab, “Aku terima nikah Nora binti Jamaluddin dengan mas kahwin RM22.50 tunai.
Nama pengantin lelaki: Azizul bin Mohammad
Nama pengantin Perempuan: Nora Binti Jamiluddin
Mas Kahwin: RM22.50
Sah atau tidak ijab dan kabul serta perkahwinan saya itu? Jika tidak sah, apakah yang perlu saya lakukan?
IS,
Terengganu
pandangan anda bagaimana sebelum anda membaca jawapan seterusnya....
apa pandangan anda dgn kemusyikilan ini????
rasa-rasa anda sah atau tak ijab kabul ini???
dah bg pandangan,ok ini jawapannya....
JAWAPAN:
SEMEMANGNYA dalam ijab dan kabul ketika akad pernikahan disyaratkan bersepadu antara tempat akad dan kadar mas kahwin. Jika ada sedikit perbezaan yang tidak menimbulkan kekeliruan dan kesalahan yang jelas, akad ijab dan kabul tetap sah seperti dalam kes perkahwinan anda itu.
Ini kerana ia hanya membabitkan nama bapa pengantin perempuan (isteri anda) dan bukannya nama isteri dengan menyebut nama yang lain seperti Maryam dan sebagainya.
Keduanya, kadar mas kahwin yang anda sebut lebih banyak daripada yang disebut dalam ijab. Ia boleh diterima dan sah kerana ia lebih baik kerana jumlahnya lebih berbanding dengan lafaz ijab (al-Zuhayli 1985 7: 51).
Kesalahan seumpama itu dikira sebagai kesalahan biasa manusia kerana salah sebutan atau tersasul. Selain itu, saksi juga tidak membantah perkara itu dan mereka memperakui kelangsungan akad berkenaan.
ALHAMDULILLAH SAH!
Jawapan daripada:
Dr.Abdul Salam Muhammad Shukri
Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Kemanusian, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
4 Cicah Sambal Belacan!:
wah...da ley masuk imam muda nieh...
alhamdulillah,syukur la semua ok untuk orang tu.. risau nya dia takut tak sah,ye la kan.. ape2 pun leh jadi..
kamil...
aminnnn......:)
noonaQQ...
btl tu,alhamdulillah...
Post a Comment