rupa-rupanya cmni...
GLOSSOP, Derbyshire - Pasukan penyelamat yang terdiri daripada dua jentera bomba dan sebuah helikopter bertungkus-lumus untuk menyelamatkan seorang pemancing lelaki yang berada di dalam sampan yang terperangkap di atas ais di sebuah tasik.
Namun, pasukan penyelamat itu kemudian mendapati lelaki tersebut sebenarnya patung yang digunakan untuk menakutkan burung-burung.
Patung itu dipakaikan dengan jaket berwarna cerah yang biasanya dipakai oleh pegawai perikanan untuk menghalau burung daripada mencuri ikan trout.
Pemilik penyedia perkhidmatan untuk menangkap ikan, Arnfield Fishery di Glossop, Derbyshire, Stephen Cuthbert mengakui bahawa patung itu kelihatan seperti manusia yang sebenar.
"Pada musim sejuk yang lalu, terdapat anggota-anggota polis yang datang menyelamat kerana menganggap ada mangsa terperangkap," katanya.
Dia menjelaskan bahawa adalah sesuatu menghairankan apabila ramai orang yang memikirkan terdapat seseorang yang kelihatan pucat duduk di dalam sampan pada waktu sejuk. - Agensi
la...patung rupanya..adoiiii,dah semngt siap dgn helikopter lg tu..huhuhuh
TAPI MMG REAL LA KALAU TGK TU MCM ORG..:)
4 Cicah Sambal Belacan!:
salam kenal...bersemangat betul pasukan penyelamat tue..tak kira patung ke manusia semua nak diselamatkan....syabas
walaupun cume patung...mmg nampak la yg penduduk kawasan tu perihatin...
-Yok mampir diluk = tak faham dengan industri perfileman sekarang
kayrul...
wslm knl..prihatin tu..
anak jawer...
yup btl tu...
Post a Comment