kalau cerita pasal cantik jer mesti semua wanita-wanita diluar sana nak cantikan,yg nak cantik tu mestilah semua nak cantik dari paras rupa kn..kn..:)
tak salah kalau kita nak cantik pun tapi kalau nak cantik tu janganlah sampai kita buat benda2 yg ditegah oleh islam semata-mata nak cantik.
pasal benda yg ditegah tu mesti korang ape dia kn.so,tanyalah iman kita.
tapi...kalau kita dikurniakan kecantikkan paras rupa tu jangalh kita berasa bangga diri dan sombong diri ek pada kawan-kawan yg lain sbb ini semua hak Allah kn.
Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.
Disebalik kecantikan itu inilah ujian cantik itu....
1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata
Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.
Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.
Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.
oleh itu, Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.
2 Cicah Sambal Belacan!:
like this entry..:-)
moralnyer...bersyukurla dgn pea yg kita ade..:-)
Firdnurjue ...
yup btl tuuu...
Post a Comment