apa dengan tajuk kita ni BSB??? tertanya-tanya juga ini apakah persoalan jawapan daripada tajuk n3 dia atas itu..
air kencing anjing hitam??? memang jijik dan kotorlah kan air kencing binatang itu,dahlah haram pulak tu,kalau kita tengok binatang tu pun kita tak nak sentuh dan hampirinya kan.jijik....
mmmmm...tapi ada lagi air yang lebih hina daripada air kencing binatang itu???
haaaa...babi kot??? kalau babi sama jer dengan anjing binatang yang haram.mestilah hina jugak kan...
haaa..air mani???? kalau air mani pun ianya boleh membentuk satu janin akhirnya menjadi zuriat.
Tapi...air apa erk yang lebih hina dari air kencing anjing hitam ini...???
haaa..nak tahu apakah air itu???? jom kita baca al kisah ini dan jadikan ianya sebagai pengajaran,iktibar,panduan dan renung-renungkanlah kisah ini sebagai iktibar.
Begini ceritanya......
Meninggalkan solat adalah berdosa besar,malah lebih hina daripada khinzir.Betapa hinanya kita kalau meningglkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa.
Begini kisahnya,pada zaman Nabi Musa,ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga,dia tiada zuriat,lalu terdetik dalam hati dia (nazar),
"Kalau aku dapat anak,aku akan minum air kencing anjing hitam."
Nak jadikan cerita,Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak.Apabila dah dapat anak,lelaki ini pun rungsilah.Dia dah nazar perlu minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad.Kalau umat Nabi Muhammad,nazar benda yang haram,maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah.Tapi kalau zaman Nabi Musa,barang siapa bernazar,walaupun haram tetap kena laksanakan nazar itu.
Lalu si lelaki itu yang baru mendapat anak,dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki itu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tersebut.Lelaki itu pun senang hati,menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah,betapa hinanya orang yang meninggalkan solat,sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya,lebih hina dari air kencing anjing hitam.Itu baru air bumbung rumah,belum air tangan lagi..fikirkanlah.....
MasyaAllah,takutkan dengar al kisah ini,rupanya air yang hina itu adalah air dari orang yang meningggalkan solat..terlalu hina kan..
walaupun kita cantik,pakai minyak wangi berjenama mahal-mahal tapi kalau kita meninggalkan solat,apabila air hujan yang jatuh dari bumbung rumah kita itu adalah air yang terlalu hina,itu baru dari bumbung rumah kita.
bagaimana kalau air dari tangan kita??? sedangkan air itu kita buat masak,makan dan sebagainya......MasyaAllah...
Ya Allah semoga kita dijauhi daripada perbuatan itu dan menjadikan kita ini sebagai hamba yang sentiasa mendirikan solat..Jauhkanlah diri kita ini daripada sifat malas dan sambil lewa dalam perintah menunaikan solat.aminn...
fikirkanlah dari kisah ini,.....
7 Cicah Sambal Belacan!:
subhanallah...!!
huhu~nauzubillah,
astaufirullahhalazim,,,
semoga menjadi ikhtibar buat kita semua..
astaufirullahhalazim...
jgn lah tinggalkan solat..
prnah baca kisah ni.. emmm..
astaghfirullahalazim..
Post a Comment