orait,as salam korang semua pembaca Belog Sambal Belacan!
kali ini Belog Sambal Belacan akan paparkan mengenai laman sosial terutamanya sekali facebook yang semakin glamour sekali,sampai budak sekolah pun dah ada account facebook..aku dulu pun tak macam ini,nak dapat telefon pun susah tapi sekarang budak sekolah rendah pun dah ada telefon masing-masing.mmmmmm
ok-ok,semua orang ada facebook kan,kalau tak ada pun mesti ada laman sosial lain yang penting sama jer pengunaan dan matlamatnya.
Tapi harus dingat tanpa kita sedari kita sebenarnya terdedah daripada pelbagai risiko terutamanya dalam bentuk sihir.
Siapa yang suka tempek gambar dengan gaya dan style masing-masing harus di ingat risiko anda memang terlalu terbentang luas,so,tak payahla anda bangga dengan menempek gambar possing anda itu dan muka yang cantik anda itu.Tak perlu nak paparkan kepada semua orang diluar sana.Ingat sebelum kena erk!
ok tak nak buang masa jom kita ikuti kisah mengenai Pusat Rawatan Islam ini dalam merawat kes sihir di facebook ini.
KOTA BHARU – Pengguna laman sosial ‘facebook’ kini perlu berhati-hati terutama ketika memasukkan gambar-gambar mereka untuk paparan umum bagi mengelak unsur sihir dan gangguan.Pengerusi Persatuan Kebajikan Perubatan Islam Darussyifa’ Cawangan Kelantan, Zaki Ya berkata, pada zaman alam siber ini, jin boleh juga merapati manusia melalui internet atau gelombang termasuk laman sosial ‘facebook’.“Sebelum ini, saya pernah merawat satu kes orang terkena sihir yang meracau-racau secara tiba-tiba ketika berada di hadapan komputer semasa melayari internet.
“Beberapa hari lalu, saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang bapa yang mahu anaknya dirawat setelah setahun tidak mahu ke sekolah dan bapa tersebut mengesyaki ada jin yang menyihir anaknya melalui talian internet,” katanya semasa ditemui di Klinik Rawatan Islam dan Tradisional (Rawatid) Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, di sini.Zaki berkata, bapa terbabit menceritakan dalam SMS itu anaknya akan mengamuk setiap kali ibu bapanya menghalang dia bermain internet, malahan anak berkenaan juga pernah mengancam akan membunuh diri jika dihalang.Beliau berkata, pesakit itu belum ditemuinya dan perawat Pusat Rawatan Islam Darussyifa’ akan membantu anak berkenaan supaya pulih semula.Dalam pada itu, katanya, dianggarkan 60 peratus rakyat di negeri ini masih mempercayai bomoh melalui perubatan tradisional, sedangkan perbuatan itu bertentangan dengan ajaran agama.Menurutnya, walaupun zaman berubah, namun masih ada segelintir masyarakat yang masih mempercayai bomoh dan tukang sihir.“Berdasarkan pengalaman kami sebagai perawat, dianggarkan 60 peratus rakyat di Kelantan mencari bomoh terutama ketika mereka mengalami gangguan atau mengesyaki ada penyakit. Amalan dan budaya menemui bomoh ini masih tinggi di kalangan orang Kelantan, malahan majoriti bomoh itu mengamalkan ilmu daripada Thailand dan segelintirnya adalah bomoh Melayu,” katanya .Sementara itu, Timbalan Pengarah Pusat Islam USM Kubang Kerian, Dr Wan Nudri Wan Daud berkata, pihaknya mengadakan Rawatid yang membolehkan 13 kakitangan USM bakal memperoleh sijil pada majlis konvokesyen bidang itu pada 23 Disember depan.“Kami membantu pesakit di wad mendapatkan rawatan Islam berdasarkan permintaan keluarga setelah pesakit itu tidak dikenal pasti penyakitnya atau perlu segera diselamatkan daripada gangguan jin atau sihir,” katanya.
Bahaya kan! so,untuk diri sendiri hati-hati dan jangan meghadap internet ini sehinggakan melalaikan solat dan membaca al quran.Internet-internet juga jangan sampai lalai!
3 Cicah Sambal Belacan!:
erk..takutlah plak bila dah tau!!...
huiii..mcm2 zaman skrg ni :(
*uittt sb..rase mcm ad yg laen laa dgn blog ni..ap eh? or hny maenan perasaan kaklimah j? :P
KaK LimAh Si SupiR...
cam laen,apa yg laen tu kn..kn..:)
Post a Comment