17 November 2011
Aku Gagal ???
As salam pada korang pembaca Belog Sambal Belacan!
sudah lunch ker??
orait hari ini semua tahu kan,yang hari ini adalah pengumuman keputusan UPSR,TAHNIAH! kepada anak-anak,adik-adik yang berjaya dengan cemerlangnya dalam keputusan yang diperolehi.
opsss..! dan TAHNIAH juga kepada yang kurang cemerlang,diorang bukan tidak pandai tapi bukan masanya lagi diorang hendak menuju kecemerlangan ini lagi.Kepada ibu bapa yang memperolehi keputusan UPSR anaknya yang kurang memberangsangkan itu janganlah marah atau berpaling kepada mereka dan janganlah merendahkan kemampuan anak kita dengan orang lain sebab siapa lagi kalau bukan ibu bapa itu sendiri yang mengembalikan semangat anak itu sendiri.
Jadikan kegagalan itu sebagai pengajaran untuk kita lebih bersedia menempuh liku-liku kejayaan akan datang yang lebih mencabar.UPSR ini mengajar,mengenal apa itu matlamat,jika gagal UPSR kali ini bukannya menutup peluang kita selama-lamanya kerana kegagalan inilah yang akan mengajar dan mengenalkan kita kejayaan yang sebenarnya akan datang.
Semua orang yang berjaya,semuanya mengenal dan menempuh dahulu kegagalan dan mereka tidak terus berjaya malahan mereka menempuh kegagalan dahulu.Seperti Bill Gates,ianya tidak terus berjaya camtu jer tapi ia menempuh erti kegagalan dahulu.so,jangan kita putus harapan kalau kita menemui kegagalan kerana orang yang berjaya itulah orang yang mengenal kegagalan itu sendiri.
Tertarik dengan kata Ustaz Don dalm rancangan 30 minit bersama ust Don di TvAlHijrah dimana beliau mengatakan kita hidup tiada istilah " Terlewat ". Memang menarik dan betul apa yang beliau perkatakan itu.Sebab orang yang nak berjaya pun mesti ia akan pandang ke depan terus juga dan tiada erti sudah terlambat baginya.Kerana yang mudah putus asa itulah orang yang gagal!
Seperti kita berblog juga,kita nak maju dalam berblog bukannya kita harus pandang terus kejayaan atau terus inginkan kepujiaan daripada orang tetapi kita harus mempelajari atau mengenal disebalik kegagalan itu dan kita harus mengharap orang mengkritik kita.Dan apabila menerima kegagalan kita tidak mudah patah semangat atau merendahkan diri kita,seharusnya kita terus berusaha disebalik kegagalan kita.
Bagi aku dalam untuk melakukan sesuatu seperti berblog ini tiada erti kegagalan! ianya bukan gagal tetapi ianya mengenal erti kejayaann...daired to failed " Berani Gagal " !
p/s: Selamat berjuang pada skuad harimau Muda menentang garuda malam ini..Malaysia Boleh!
MASAKAN LAIN
KERAP DI CICAH
- Pengakuan Jepp : INILAH PUNCA SEBENAR KUMPULAN SEPAH BERPECAH !!!
- Les’ Copaque menghasilkan animasi TERBARU selepas Upin Ipin ! Inilah animasinya.....
- EKSKLUSIF: MISTERI LAGU “CINTA TIGA SEGI” KINI TERBONGKAR !!!!!
- BLOG AKU LAGI BEST DARI BLOG BEN ASHAARI Kerana .....
- PERKAITAN WAKTU SOLAT DENGAN WARNA ALAM
- BACA BUKU DALAM TANDAS !
- Pegang Tetek !!!
- Bergambar Bersama Ina Naim, Suami Dan Anaknya
- Ramaikan Follower, Dapatkan Pembaca
- SALING MERABA
Labels
Coretan
(138)
Al Kisah
(87)
ILmu
(77)
Isu Semasa
(61)
Apa Ade
(39)
Aku Join
(37)
Lawak
(24)
Bola
(21)
Segmen Aku
(16)
Tazkirah DAN Kisah Teladan
(16)
Cinta
(11)
Kisah Seram (18PL)
(10)
Soal Jawab
(7)
Berjiwang
(4)
Releks Jap
(4)
Kekuasaan Allah
(3)
Motivasi
(3)
Tips
(3)
Award
(2)
Bergambar Makna
(2)
Haji
(2)
Misteri Dan Pelik
(2)
Penghargaan
(2)
Tips Dan Fakta
(2)
1whp
(1)
Jalan-Jalan
(1)
Lagu
(1)
Maharaja lawak
(1)
Raja Lawak
(1)
Sukan
(1)
3 Cicah Sambal Belacan!:
Assalam...
Orang yang tak pernah gagal mungkin akan lupa diri satu ketika nanti. Manakala orang yang pernah gagal belajar dari kegagalan tersebut untuk terus berjaya..
yeah! gagal sekali dua tak erti selamanya gagal kan:)
walau kita kurang pandai dalam akademik...tapi mahir dalam sesuatu bidang yang lain...:)
Post a Comment