Selamat pagi jumaat korang semua pembaca belog sambal belacan!
tengah buatpe tu???
ok kali ini belog sambal belacan akan paparkan kisah benar jugak mengenai kepulan asap yang menyerupai wajah manusia. Tapi tak tahulah itu wajah siapa kan,tapi rakaman yang dibuat itu memang seperti menyerupai wajah manusia.
bagaimana ianya berlaku???
bagaimana ceritanya ???
oleh itu nak tahu kisahnya jom kita jumpa seorang pelanggan sebuah gerai minum di pekan langgar,dimana kebetulan itu beliau sempat merakamnya..jom kita ikuti kisahnya........
LANGGAR – Seorang pelanggan sebuah gerai minum di pekan Langgar secara tidak sengaja merakam gambar satu kepulan asap yang menyerupai wajah manusia beberapa hari lalu sewaktu bersantai di kedai berkenaan.Usahawan, Zul Azri Abdul Khalil, 34, berkata, sewaktu kejadian kira-kira jam 5 petang, dia hanya mahu menguji kamera telefon bimbitnya sahaja dan mengambil gambar beberapa kali.Menurutnya, selepas beberapa ketika dia meneliti kembali gambar yang diambil dan terkejut apabila mendapati terdapat satu kepulan asap seolah-olah menyerupai wajah manusia.“Terdapat seolah-olah kepulan asap yang menyerupai wajah manusia semasa gambar diambil.“Selepas itu, saya menunjukkan kepada beberapa kawan yang lain dan ternyata mereka juga turut terkejut,” katanya.Pengalaman pertama kali merakam gambar aneh sedemikian ternyata turut menarik perhatian pelanggan-pelanggan yang berada di kedai berkenaan.Zul Azri berkata, dia tidak menyangka bahawa dengan hanya mengambil beberapa gambar menggunakan telefon bimbitnya, dia dapat merakam gambar aneh.Seorang lagi pelanggan kedai minum itu, Yusof Hat, 40, mengakui masih belum pernah melihat benda aneh yang dirakam secara tiba-tiba.Menurutnya, bagaimanapun perkara demikian tidak perlu diambil serius kerana langsung tidak memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat di kawasan sekitar.“Serius saya katakan memang tidak pernah melihat kejadian seumpama ini, sedangkan gambar berkenaan pula dirakamkan pada waktu siang,” katanya.
inilah gambar yang dirakam....
ha'a la seperti wajah manusia,mcm wajah lelaki bersereban kan..Waallahualam.
Apakah kamu tidak memperhatikan (penciptaan) Tuhanmu, bagaimana Dia memanjangkan (dan memendekkan) bayang-bayang dan kalau Dia menghendaki niscaya Dia menjadikan tetap bayang-bayang itu, kemudian Kami jadikan matahari sebagai petunjuk atas bayang-bayang itu [25.45]
0 Cicah Sambal Belacan!:
Post a Comment