Apa yang berlaku adalah kekuasaan Allah, tiada siapa yang boleh menghalang dengan kekuasaan Allah. Jika Allah ingin membuktikan sesuatu yang DIA hanya berkuasa maka, " kun fa ya kun" maka jadilah ia sesuatu dengan kehendakNYA.
Walaupun kita sehebat mana pun, setinggi mana pun pangkat kita, jika kita bergelar manusia, maka kita adalah insan yang lemah di sisiNYA.
kita tidak akan mampu melakukan sebagaimana kekuasaan Allah buktikan. Yang perlu kita ada adalah dengan berfikir apa yang Allah tunjukkan kekuasaanya itu, sebab itu manusia dilahirkan mempunyai otak yang dapat berfikir di atas kebesaran Allah ini.
Supaya manusia tahu yang ALLAH ITU WUJUD !
Apa yang ingin belog sambal belacan mahu kita berfikir sejenak ialah mengenai kejadiaan rumah terbakar di Taman Sri Muda, Shah Alam semalam.
Dimana penyelamat kita diakhirat kelak dan kepunyaan isi Allah iaitu kitab suci Al Quran tidak berubah daripada keadaan asalnya, sedangkan semasa itu api sudah menjilat peralatan yang lain, kayu pun sudah menjilat menjadi arang.
Namun, dengan kebesaran Allah al quran berkenaan juga tidak basah dan rosak walaupun pihak bomba menggunakan air dalam kuantiti yang agak banyak dalam operasi tersebut.
sehinggakan sebaik saja operasi selesai, anggota bomba bertugas dikejutkan dengan penemuan senaskah kitab tafsir Al-Quran yang langsung tidak terjejas keadaan fizikalnya.
Siapa yang membuktikan ini ???
Inilah kekuasaan Allah, manusia tak mampu lakukan. Ia juga Allah ingin membuktikan bahawa DIA Maha Berkuasa dan Allah itu wujud!.
ok SB tak nak cerita pasal isi Al quran mahupun larangan Allah tetapi yang ingin di skopkan untuk diri tanya diri sendiri SB juga, adakah kita 1 hari walaupun 1 muka surat pun jadilah,adakah kita membacanya ???
ini satu cerita yang, ada seorang jemaah ini yang bergelar Haji, berborak-boraklah dengan Haji ini, SB dengar jelah kan.. pastu Haji ini tanya pada seorang hamba Allah ini.
Dia kata pada Hamba Allah ini
Berapa hari awak baca al quran ???
pastu Hamba Allah ini jawablah
mmm.. pak haji, kalau macam saya ini, kalau sempat saya bacalah, sebab kadang-kadang kerja tu, keluar pagi, balik kul 8-9 macam itu baru sampai rumah, pastu balik mandi, makan, solat,pastu terus tidor. Tu Lahh memang nak baca tapi tu la kadang-kadang tak sempat.
haaa, begitulah yang dia jawab dengan jujur..
pastu Haji ini pun jawablah....
Mat (bukan Nama Sebenar)....., kalau ikutkan memang tak sempat tapi nak tanya kalau pagi-pagi kerja juga ker??? maksud Haji bukan suruh bangun kul 3-4, bukan camtu. Tapi Subuh mesti kita kena bangunkan sebab nak solat, 5 minit sebelum solat subuh kita dah boleh baca, 1 muka surat pun takpe, pastu kalau buat lepas solat subuh pun boleh, 3-4 minit jer, dapat 1 muka surat pun takpe, yang penting kita baca. belum lagi nak kerja kan masa tu??? kan sempat tu, sebab Allah sediakan kebesarannya pasti ada sempatnya, itulah untuk keistimewaan kepada hambanya, Allah itu tak kejam tapi manusia itu sendiri kena hargai yang Allah berikan...
huh! serius masa SB dengar jer jawapan daripada haji ini terus SB terpaku dan terfikir kebenaran apa yang Haji itu perkatakan.
memang Allah tak kejam tapi manusia jer tak dapat menghargai apa yang Allah berikan itu...
oleh itu marilah kita renung dan fikirkan kekuasaan Allah ini....
Allahuakhbar! Rumah Hangus Terbakar, Tapi Kitab Tafsir Al-Quran Langsung Tak Dijilat Api!
Renungkanlah Kejadiaan ini, ALLAH itu WUJUD, Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan, AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR! ...
Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :
Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.
Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat. Ini berpandukan kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.
Hadis dari Rasulullah s.a.w:
Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong.
5 Cicah Sambal Belacan!:
Allahuakhbar! Itu baru sikit Allah nak tunjuk mukjizat al-Qur'an..subhanallah!.
Insaf Eza baca entry ni. Thanks a lot SB. Kadang-kadang kita terleka dengan nikmat yang Allah bagi. Sehari satu muka surat tu, insyaAllah akan Eza amalkan. Doakan Eza ye SB. Mekaseh share entry macam ni. :) Allahu Akhbar!
Eza Boom Boom
SB sentiasa mendoakan....wlcm eza...
subhanallah .. besar kuasa Allah
allah maha besar,insaf diri. :)
Post a Comment