salam jumaat kepada pembaca belog sambal belacan.
Kali ini belog sambal belacan akan memaparkan pasal makan, tapi bukan cerita makanan, nak kongsi pasal hikmah/sebalik makan menggunakan tangan.
Ha! korang makan menggunakan tangan tak ??? ataupun menggunakan cara style branded2 punyer.
kalau korang suka makan menggunakan tangan, sebenarnya banyak hikmah disebalik cara korang itu, ianya juga adalah salah satu sunnah Rasulullah, kalau sunnah Rasulullah pasti banyak kebaikannya.
Nak tahu apakah disebalik sunnah makan menggunakan tangan..jom kita kongsi bersama ini...
Makan menggunakan tangan adalah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang telah lama ditinggalkan oleh umat baginda pada hari ini. Tangan adalah antara alat utama untuk mengambil dan menyuap makanan ke dalam mulut. Jika ada benda yang membahayakan, tanganlah yang akan mengesannya. Umpamanya, duri, tulang ikan atau tulang ayam.
Soal kekotoran pada tangan tidak akan timbul kerana Islam menyarankan agar sebelum makan, kita disunatkan terlebih dahulu mencuci tangan dan hanya tangan kanan sahaja yang diajarkan untuk menyentuh makanan. Dikatakan, antara kehebatan hikmah menggunakan tangan adalah jari-jemari manusia itu mengandungi sejenis kimia yang akan memudahkan penghadaman makanan dalam perut. Ini terbukti apabila orang tua-tua dahulu melarang kita menyentuh makanan yang mahu disimpan dengan tangan kerana ia boleh menjadi basi. Malah, kita disunatkan menjilat jari-jemari untuk mendapatkan keberkatan dan zat penghadaman yang baik pada akhir waktu makan. Inilah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam keadaan perut yang lapar pula, kita digalakkan mulakan makan atau minum dengan sesuatu yang manis. Kenapa? Perut yang terlalu lapar dan kosong akan mengeluarkan sejenis asid yang boleh membahayakan perut. Makanan manis berupaya menghilangkan asid itu. Itulah sebabnya mengapa Nabi s.a.w memulakan berbuka puasa dengan buah tamar kerana buah tamar terkenal dengan kandungan glukosanya yang sangat tinggi.
haaa..mudahkan untuk mendapat pahala. tak rugi kalau kita ikut cara Rasulullah ini. selamat Beramal...........
kadang-kadang SB makan kat luar,orang bagi sudu memang SB buang sudu tu,memang buat slumber jela muka sebab makan dengan tangan lagi puas..:)
9 Cicah Sambal Belacan!:
sama
waahhhh~~nice info yaw :)
makan guna tangan lagi nikmat sebenarnya.. sy ni pegi makan kat mana2 pun xkesah la tempat mahal ke murah selamber je guna tangan.. haha sudu garfu semulajadi..
faridah nazurah
SB pun sm macam itu gak, lg selesa kn..
huk3..kdang sental jugak sudu garfu sbb malas nk mkn ngan tgn..aduyaii~
makan guna tangan baru puas.
hihi
hee, Eza suka makan guna tangan. lagi berselera.. Hee. Sebab tu la Eza comel ajeee.. :P
Mmg...mkn pakai tangan lagi puas kan :) heee
Coooollll.....
Post a Comment