salam semua pembaca belog sambal belacan..
ok kali ini belog sambal belacan nak feeling jap dengan statement ini, tertarik pulak dengan statement ini..:), yang tengah melamun seseorang, tapi tak dapat feedback cintanya, Jom kita layan sekali sekala ambik feel ini...
** yang tak suka bolehlah tengok entri-entri yang lain :)
Awak...
Sejujurnya izinkan lah saya meluahkan isi hati saya pada awak,
Saya tahu awak tidak pernah percaya dengan kejujuran dan keikhlasan saya,
Mungkin awak punya kisah tersendiri dengan orang seperti saya,
Tapi awak...
Demi Tuhan,saya tidak seperti mereka yang pernah awak kenali dulu,
Saya benar-benar mencintai awak,kerana saya sendiri pun tidak tahu kenapa,
Tetapi yang nyatanya saya tidak bisa melupakan awak,
Apatah lagi mengantikan tempat awak dengan insan lain.
Awak...
Saya tahu,saya tidak setanding mereka yang mampu memberikan keindahan dunia pada awak,
Tetapi jika awak tahu keikhlasan cinta saya,
Pastinya awak akan sedar betapa berertinya cinta saya pada awak,
Dan tidak akan pernah ada insan lain yang mampu menandingi ketulusan cinta saya pada awak,
Awak...
Saya tidak salahkan awak bila awak berangapan saya ini mengatal,
Ataupun saya ini hanya sekadar ingin mempermainkan perasaan awak,
Tetapi awak...saya mohon,berilah saya sedikit ruang dihati awak agar dapat saya buktikan betapa untuhnya cinta saya pada awak,
Izinkan lah awak...
Awak...
Apakah menjadi satu dosa bila saya mencintai awak dengan seikhlas-ikhlas nya?
Hukum apakah yang mengharamkan cinta saya pada awak?
Sebenarnya saya tidak pernah mengundang kehadiran cinta itu didalam hidup saya,
Ia hadir mengikut ketentuan ilahi,dan saya redha menjadi penagih cinta awak,
Kerana saya tahu itu semua suratan takdir yang telah tersurat didalam hidup saya!!!
Awak...
Diatas kesedaran itu,saya tidak pernah marah mahupun berdendam pada awak,
Bila awak mengatakan saya ini kemaruk sangat pada awak,
Dan saya ini hanya MENYUSAHKAN HIDUP AWAK,
Saya hanyalah melakonkan watak kehidupan yang telah tersurat di dalam takdir saya,
Maafkan lah saya bila takdir saya benar-benar menyusahkan hidup awak,
Awak...
Sekali lagi saya pohon kemaafan dari awak,
Kerana di saat ini tanpa keizinan awak saya masih lagi mengikuti perkembangan hidup awak didalam laman sosial awak,
Saya tahu awak tidak pernah tahu saya ada dalam laman sosial awak,
Sebenarnya saya selalu menatapi gambar-gambar awak,
Dan saya selalu mengikuti ulasan-ulasan awak,
Terus terang saya katakan saya sedih bila saya mengenangkan kegagalan saya untuk memiliki awak,
Sedangkan mereka yang diberi peluang,terus mensia-siakan awak,
Terkadang itu saya tidak dapat kawal perasaan sedih saya hingga......
Tapi apakan daya takdir telah tersurat segala kejadian.
Maaf kan saya bila saya terus merindui awak...
Dadali - Disaat Aku Mencintaimu
" awak " tiada mengena sesiapa..:)
5 Cicah Sambal Belacan!:
layan kn je..
=D
Eza layan sampai ke titik noktah yang terakhir. Bestnya kalau ada lelaki yang macam tu lagi.
Lagu dadali tu, memang layan habess.. Wuhuuhuuu.. Sedih tetiba. Cinta tak kesampaian. T_T
mmg layan habis la...hihihihi
feeling abiss....
i'm touched..mmg feeling habis..well done..:)
Post a Comment