hyee korang pembaca belog sambal belacan !
kali ini belog sambal belacan akan paparkan kisah liku-liku kehidupan yang cerita ini adalah benar yang pernah suatu ketika dulu SB santapi dengan cerita ini.
Cerita ini mengisahkan hancurnya hati seorang ayah pada anak perempuanya ini.
Oleh itu jom kita ikuti kisah ini sehingga habis..
Begini ceritanya...
Ayu ( Bukan Nama Sebenar ) adalah pelajar di sebuah institut pengajian tinggi tempatan yang sudah menduduki semester 2. Setelah di semester dua, ayu dan rakan-rakannya telah mengambil keputusan untuk tinggal dirumah sewa, ini kerana bagi mereka jika tinggal di luar akan menjadi jimat kerana kos penyewaanya murah jika ramai lagi pelajar yang ingin duduk bersama-sama dengan mereka.
Oleh itu, ayu dan kawan-kawannya mulalah mencari pelajar lain lagi untuk menampung kos penyewaan itu supaya menjadi lebih murah. Mereka pun mulalah mencari dengan bertanyakan sesama mereka jika ada sesiapa yang ingin duduk di luar.
Cari punya cari, maka.... si kawan ayu ini akhirnya telah dapat seorang pelajar yang ingin duduk bersama-sama dengan mereka. Pelajar itu juga adalah senior kepada kawan ayu itu yang bernama Munira ( Bukan Nama Sebenar )
Maka,bermulalah episod baru mereka didalam kehidupan mereka sebagai pelajar yang mendiami dirumah sewa.
Si Ayu ini, adalah seorang yang memang terlalu mesra dengan orang-orang lain, kalau di bandingkan dengan kawan yang lain ayu inilah yang paling rapat dengan semua kawan-kawan rumahnya itu yang seramai 6 orang.
so, ini bermakna hanya ayu sahaja yang boleh berkomunikasi baik dengan rakan-rakan serumahnya itu.
Dengan ini bermulalah cerita mengenai kawan serumahnya Munira, yang juga senior kepada kawan ayu itu yang mereka baru kenali setelah pencariaan untuk mendapatkan seorang lagi kawan serumah untuk di sewa.
Sifat Munira ini adalah seorang yang begitu lemah lembut, seorang akak yang memang terlalu baik bagi rakan serumahnya itu, yang kesemuanya adalah berpangkatkan adik-adik sahaja.
Semenjak mereka duduk serumah, Munira ini sedikit pun tidak pernah mengguris hati rakan-rakan serumahnya itu. Memang terlalu lemah lembut jika di lihat daripada perwatakannya itu.
Tapi menurut ayu, Munira ini memang seorang yang lemah lembut bukan dari perwatakan sahaja malahan dari raut wajahnya itu juga menunjukkan sifat kelembutan padanya, namun tetapi didalam kelembutannya itu maka terselah kedegilannya itu, ini kerana apa sahaja setiap nasihat yang diberikan untuk kebaikannya dia tidak pernah ikuti mahupun dengari.
Kedegilannya menyebabkan rakan-rakan serumahnya menjadi lali dengan sikap kedegilannya itu. Pernah juga Munira meminta pandangan daripada rakan-rakan serumahnya dengan masalah yang dia hadapi, namun hanya pandangan tingal pandangan sahaja, ini kerana satu pandangan pun dia tidak pernah ikuti dan dengari.
Sehingga perangainya itu menjadi buah mulut rakan serumahnya yang sudah tidak tahan dengan perilaku yang ditonjolkan itu.
Pernah suatu hari itu, Munira ini memang selalu tiap-tiap minggu tidak ada dirumah sewanya, bila rakan serumah bertanya ke mana sebenarnya kau pergi tiap-tiap hujung minggu ???
Pasti si Munira ini akan menjawab " aku tidur rumah abang sepupu aku lah "
Maka dengan jawapan itu terhurailah persoalan setiap yang bermain di fikiran rakan serumahnya itu.
Namun....ianya tidak berakhir dengan jawapan itu sahaja kerana rupa-rupanya dia telah menipu rakan serumahnya, ini kerana pada suatu hari si Munira ini telah terkantoi dengan rakan serumahnya yang lain.
Menurut rakan serumahnya itu, sebenarnya Si Munira ini bukannya balik ke rumah abg sepupunya tetapi dia telah melencong ke tempat lain.
Rakan serumah ayu itu berkata, yang sebenarnya dia selalu jumpa si Munira ini berulang alik daripada rumah pakwanya.
Bila sahaja mendengar daripada mulut rakanya itu, semua rakan serumahnya tidak percaya apa yang rakannya itu katakan kerana mereka merasakan akak serumahnya itu tidak akan melakukan perkara ini kerana dari perwatakannya yang terlalu lemah lembut itu.
Setelah mendengar daripada mulut rakannya itu, bermulalah planning mereka serumah untuk mengorek segala rahsia yang apa selama ini diperkatakan oleh rakannya itu.
Ayu, yang menjadi utama dalam planning diorang untuk mengorek rahsia Munira, ini kerana Ayu mereka merasakan boleh menyebabkan akak ini cerita padanya memadangkan sifat ayu ini yang cepat terlalu mesra.
Mula-mula memang ayu rasa keberatan untuk nak jaga tepi kain orang ini, namun difikirkan untuk kebaikan serumah, maka akhirnya Ayu mulalah misi untuk mengorek rahsia sebenar Munir ini.
Korek punya korek, Akhirnya terjawab juga persoalan selama ini, YA! Memang BENAR apa yang diperkatakan oleh kawan serumahnya itu.
Akhirnya terungkap la jua di bibir Munira sendiri perkara yang sebenarnya, dia mengakui yang dia memang setiap minggu akan tidur dirumah pakwanya.
Setelah mengetahui perkara sebenarnya, maka semua rakan-rakan serumahnya itu terkejut dan terus beristighfar dan mereka tidak seakan percaya, orang yang terlalu lemah lembut sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini.
Semua rakan serumahnya itu terus mengalirkan airmata yang tidak seakan percaya.
Semua didalam hati berkata pada Munira begini
Ya Allah! Akak Munira nape sanggup begini??? Kenapa??? Kenapa???
Sehinggakan airmata rakanya mengalir di pipi yang menandakan mereka amat kecewa apa yang mereka sangkakan kelembutan itu akhirnya tercalar.
Sebagai kawan mereka tetap memberi nasihat padanya, namun nasihatnya itu tidak langsung dia pedulikan. Semakin hari semakin dia buat begini.
Rakannya tidak mahu bersubahat dengan perkara sedemikian kerana nasihat sentiasa sudah dilemparkan, akhirnya rakannya menyuruh Munira beredar berpindah dari rumah sewa ini.
Namun dengan sifat kedegilannya itu dia tidak endahkan apa yang kawan dia perkatakan itu.
Dengan tidak tahan lagi kerenah Munira itu, akhirnya rakan serumah telah memberitahu hal sebenarnya kepada keluarga Munira kerana mereka tidak mahu bersubahat.
Sebaik sahaja keluarga Munira ini mendengar dari pengaduaan rakannya. Terus ayah Munira bergegas ke rumah sewa Munira ini bersama-sama dengan kakak dan abg sepupunya tetapi ibunya tidak ikut bersama kerana ibunya sedang sakit.
Kehadiran ayah Munira pada malam itu telah memecahkan keheningan malam, suasana menjadi tangisan, kerana ayahnya menceritakan sifat anaknya itu, ayahnya mengatakan yang anaknya Munira ini dirumah memang terlalu baik, seorang yang mendengar kata,tidak pernah melawan orang tua, memang dia terlalu baik.
Kata-kata ayahnya terus mengalirkan airmata seorang lelaki yang bergelar ayah,yang selama ini anak yang dia sanjung, dia sayangi sanggup lakukan seperi ini.
Teresak-esak ayahnya menceritakan kepada mereka sebagai tanda kecewanya hati seorang ayah.
Mana tak kecewanya anak yang dia paling sayangi, namun anak yang disayangi inilah juga telah menghiris hatinya.
Ayahnya memang hendak marah pada Murni pada malam itu, namun kesabaran seorang ayah ini telah membuatkan hatinya tidak tergamak untuk melakukan sedemikian terhadap anaknya kepada rakan-rakannya yang lain.
Ayahnya dengan nada lembut, menyuruh anaknya itu berkahwin segera dengan lelaki itu walaupun hakikatnya ayahnya tidak berkenan pada lelaki ini, namun difikirkan dosa, maka si ayahnya itu dengan redha dan pasrah mahu juga anaknya berkahwin dengan lelaki itu.
Akhirnya mereka berkahwin juga dengan keadaan seperti itu. Walaupun hakikat ayahnya tidak menyukai. Dan si Munira ini pun berhenti belajar kerana lelaki itu tidak membenarkannya dia belajar. Lalu si Munira pun berhentilah.
Dengan keadaan ini hancurlah hati seorang bapa yang ingin anak kesayangnya habis belajar, namun untuk mengelakkan anaknya buat dosa, ayahnya tetap redha dengan perkahwinan yang cukup menyeksakan hati seorang ayah, biarlah... janji dia tidak bergelumang dengan dosa terkutuk itu, biarlah hati ayah ini tersiksa dengan sikap suami Munira yang seperti itu..Ayah redha...
Itulah kata-kata seorang ayah yang hatinya terlalu kecewa dan hancur. Hanya Allah sahaja yang tahu, Ayahnya mampu berdoa sahaja.
Sebaik sahaja Munira berhenti belajar, maka terputuslah perhubungan Munira dan ayu dan juga rakan-rakanya yang lain kerana sekarang Munira sudah berpindah ke tempat lain bersama suaminya.
Tamatttt.....
Bagi SB mesejnya, Bagi perempuan di luar sana carilah lelaki yang benar-benar boleh dipercayai dan nak bercinta itu peganglah pegangan agama yang kuat, selalu berdoa, amalkan membaca al quran supaya kita tidak mudah tertewas dengan bisikan syaitan. Sebab orang boleh lakukan untuk kita apa-apa sahaja..fikirkan....
Jangan sampai kita menjadi anak yang durhaka di sebabkan bisikan syaitan yang kita bayangi.
“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan bapa.”
(Hadits riwayat At-Tirmidzi)
“Menyebabkan kedua ibu bapa menangis termasuk di antara perkara derhaka dan dosa-dosa besar.”
(Hadits riwayat Al-Bukhari dalam Kitab Al-Adab Al-Mufrad)
20 Cicah Sambal Belacan!:
hukhuk...sedihhhh
mula2 bace pelik gak ayu tu tinggal dgn laki sbb nmenya munir..
hihih
hana ...
maaf..dah di ubah ke Munira
sedihnya cerita ni. Berubah disebabkan lelaki yang dicintai. Susahnya nak dapat lelaki yang betul-betul baik dan dapat bimbing kita kan. Iktibar dari cerita ni, sebelum nak serius dalam perhubungan kena dapat restu dulu dari ibu bapa. :)
Munira :) seindah nama.
balas kunjungan anda smbil follow ;)
singgah makan angin sini jap..
mintak sambal lebih ye kak..^_^
kalau gabung disini,,gak bakalan Hancur2dan deh..hehehe
kena kuatkan jati diri..jgn cpat tunduk pada nafsu..
erm... itu lah.. kadang2 kita tak boleh menilai sesorg tu daripada paras rupa je... Apa2 pun jadikan lah pengajaran..
--
jom view tudung-tudung cantik kat sini
DAN
jom ketahui lebih lanjut tentang VCO catalyst
sayang kalau org baek trpngaruh n trlibat dengn surrounding tak sihat.
itu yg selalu terjadi zaman skg...
hish....
sama2 kita amek teladan...
huhuhu. kesiannye bapa die. sedihh btol
sangat mmberikan pngjaran...terima kasih atas perkongsian...=)
sedihnyer ...
berat hati seorg ayah nk mlepaskn anaknye.. hurmm T___T
ayuuuu !!!
berkunjung lagi di sini... comei gambaq~ ;)
T.T
Erk..jgn judge seseorang dr rupa luaran kan... sedih pun ada ni :(
kecewa sungguh si ayah.. :(
kb terasa pulak dgn cerita ni sb ada kwn kb pregnant tp parent dia tak tau pun. KB tak smpai ati nak jd org yg bgtau pada parent dia. Benda busuk smpai bila boleh disorokkan?
Post a Comment