as salam blogger semua...tengah buatpe tu???
orait ada yang dah kahwin??? atau ada yang merancang nak berkahwin???
haaa.. apasal cerita pasal kahwin ni. ok kali ini belog sambal belacan akan paparkan tips perkahwinan dari ustaz Azhar Idrus.
nak tahu apa tips nyer bagi pasangan??? jom kita ikuti tips ini....
TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS
1. KETIKA MENCARI CALONJanganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMARAnda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAHAnda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHANCatat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMABersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGASedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANGJangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAKCintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAKCintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUMYakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANGJangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMIBoleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERITetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
ada yg lepas atau belum..dan dah kawen atau belum ??? :)....
4 Cicah Sambal Belacan!:
entri bagus...syukur sy sudah dikurniakan sepasang anak bersama suami...
tips bagus..
persediaan tuk kawen nanti.
=D
nie entri macam khas untuk lelaki je ;p
:) thanks sharing..:)
saya follow sini...
Post a Comment