hi korang geng sambal!
orait mlm ni aku nak cerita sikitlaa..pasal makcik ni...
haa...nak tahu kenapa dgn makcik ni..jom ikuti kisah benar yg aku jumpai semasa aku sedang beli kuih slps habis keje.
macam ni kisahnyerr....
kedai aku beli kuih ni depan dengan pasaraya jer. apa yg buat aku tersentak semasa beli kuih tu ialah dimana aku jumpa la makcik ni umur dlm lingkungan 60an, memang makcik ni macam tak larat dan terbongkok2 masa berjalan.
yang aku rasa lagi hiba dengan makcik ni ialah sambil berjalan meluru keluar ke pasaraya tu, makcik ini bawa beras sambil mengendong dan tangan sebelahnya pegang plastik brg yg lain.
sehinggakan makcik ni jalan terhuyung hayang bawak beras tu...
aku mula terfikir, di mana anak-anak atau kerebat lain yang menemani makcik ini pergi ke pasaraya, kan makcik ini bawak brg mcm tu jer..??????
aku mula terfikir...
pas itu untuk memastikn makcik ini betul2 tak ada org tolong, aku perhatikan ke arah mana makcik ini menuju, kalau makcik ini masih sorang aku akn bantu makcik ini.
namun tiba- tiba aku terlihat makcik ini menuju ke arah satu kereta berwarna hitam BMW.
oooo..betul laa..memang benar la makcik ini menuju ke arah kereta mewah itu.
aku pun mula terfikir???
adakah makcik ini drive??
ooo..yg ini memang jangkaan aku salah, rupa-rupanya dlm kereta itu ada seorang lelaki muda, lalu lelaki berkenaan memanggil makcik itu,'mak'.
haih! aku memang terkejut, rupa-rupa anakya ada sekali tetapi duduk dalam kereta jer.
yang lagi aku bengang tengok laki tu, bukannya nak tolong maknya masukkan barang dlm bonet kereta tetapi dia biarkan je mak dia masukkn sendiri brg itu, yang dia duduk dalam kereta bersandar jer.
huh memang bengang giler tgk laki tu, ingat dah ada kereta besar blh cmtu, kan tolong angkat beras pun tak boleh, ini suruh mak dia bawak sendiri, yang dia duduk dlm kereta jer.huh....
** kalau kaya macam mana sekalipun tp perangai cmtu memang tak respect langsung! itulah org kata kan harta tidak membawa kebahagian.
4 Cicah Sambal Belacan!:
Salam.
Takutnya. Janganlah saya jadi anak yang macam tu.
maybe anaknye saket ke .. oku ke .. bukan tau kan kan ..
hurm...manusia skang...tu lah dia :(
Fatin...
dia ok ms kuar jap..lgpun dia blh bwk kete..klu tgk mak nyer lg sedih xlarat taw, bwk beras lg.
Post a Comment