skip to main | skip to sidebar

Pages

  • Home

15 November 2010

GANJARAN PAHALA SOLAT SUBUH MENGATASI KEINDAHAN DUNIA

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Muslim)Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.

Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau 'Subuh gajah', iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: "Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya) ." (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.

Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: "Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya."Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?

Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?Diriwayatk an Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.Diriwayat kan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga." (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, "Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Posted by Belog Sambal Belacan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: ILmu

0 Cicah Sambal Belacan!:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

MASAKAN LAIN

KERAP DI CICAH

  • Les’ Copaque menghasilkan animasi TERBARU selepas Upin Ipin ! Inilah animasinya.....
  • EKSKLUSIF: MISTERI LAGU “CINTA TIGA SEGI” KINI TERBONGKAR !!!!!
  • GAMBAR AWEKS YG SEKSI LAGI MENGHAIRAHKAN (TONTONAN 18SX)
  • Tidak Ku Pinta Begini :'(
  • Pengakuan Jepp : INILAH PUNCA SEBENAR KUMPULAN SEPAH BERPECAH !!!
  • BACA BUKU DALAM TANDAS !
  • JOM REKA DIALOG !
  • KHASIAT DISEBALIK PISANG
  • Tambah Side Income di 1WHP Hanya RM 55
  • LAMAN WEB " CIA" DIGODAM

Labels

Coretan (138) Al Kisah (87) ILmu (77) Isu Semasa (61) Apa Ade (39) Aku Join (37) Lawak (24) Bola (21) Segmen Aku (16) Tazkirah DAN Kisah Teladan (16) Cinta (11) Kisah Seram (18PL) (10) Soal Jawab (7) Berjiwang (4) Releks Jap (4) Kekuasaan Allah (3) Motivasi (3) Tips (3) Award (2) Bergambar Makna (2) Haji (2) Misteri Dan Pelik (2) Penghargaan (2) Tips Dan Fakta (2) 1whp (1) Jalan-Jalan (1) Lagu (1) Maharaja lawak (1) Raja Lawak (1) Sukan (1)

AMARAN PRODUK

assalamualaikum dan 1 blogger
ini adalah blog hakcipta Belog Sambal Belacan (SB)....
blog ini menyelitkan info-info artikel dan menyelitkan gak hasil coretan Belog Sambal Belacan (SB) sendiri.

HARAP MAKLUM! segala penggunaan "aku" dlm catatan ini adalah sbgi ganti nama bg sy,dan tiada niat utk nak kurang ajar pd yg lebih tua dari sy,mintak maaf...:)

HARAP MAKLUM JUGAK! blog ini tidak support function bagi penggunaan internet explorer (IE).

SELAMAT DATANG ke SAMBAL BELACAN (SB)..........

TENTANG BLOG

  • SAMBAL BELACAN CORNER

GENG VIP SAMBAL

GENG SAMBAL

CHAT BSB

Follow @BlogSambalBelacan

BAHAN BELACAN

  • ►  2014 (3)
    • ►  June (1)
    • ►  March (2)
  • ►  2013 (21)
    • ►  August (6)
    • ►  May (5)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (7)
  • ►  2012 (99)
    • ►  December (1)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (11)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (9)
    • ►  February (23)
    • ►  January (38)
  • ►  2011 (522)
    • ►  December (41)
    • ►  November (39)
    • ►  October (39)
    • ►  September (29)
    • ►  August (36)
    • ►  July (53)
    • ►  June (42)
    • ►  May (76)
    • ►  April (124)
    • ►  March (23)
    • ►  February (18)
    • ►  January (2)
  • ▼  2010 (59)
    • ►  December (1)
    • ▼  November (30)
      • DI SEBALIK DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD
      • FADHILAT BISMILLAH 5
      • KHASIAT BUAH TOMATO
      • CARA MENGUBAH FIKIRAN NEGATIF ANDA
      • BERFIKIRAN NEGATIF PUNCA MUDAH DISERANG SAKIT
      • DUDUK TERLALU LAMA MEMUDARATKAN JANTUNG
      • RAHSIA CARA WANITA BERJALAN
      • RAKYAT MALAYSIA POPULAR DI INTERNET
      • NENEK OH NENEK...
      • AWAS!!! 9 JENIS ANAK SYAITAN
      • PETUA IMAM SYAFIE
      • KELEBIHAN MANDI FAJAR
      • GANJARAN PAHALA SOLAT SUBUH MENGATASI KEINDAHAN DUNIA
      • NAMA DAN ASAL-USUL SOLAT
      • KHASIAT DAN KEMANISAN BERZIKIR
      • TIPS BERKESAN UNTUK COVER MALU
      • AMALAN APABILA TERKENA SIHIR
      • KANDUNGAN VITAMIN DALAM MAKANAN
      • KISAH DI SEBALIK SOLAT 5 WAKTU
      • KHASIAT HABATUS SAUDA YANG DI TURUNKAN OLEH ALLAH
      • KHASIAT KEISTIMEWAAN MINYAK ZAITUN
      • TERKINI KELUAR MASUK PEMAIN SELANGOR 2011
      • CARA AMAL DAN FADHILAT AYAT MANZIL (RUQYAH SYARIYYAH)
      • KELEBIHAN SEPULUH HARI AWAL BULAN ZUL-HIJJAH
      • PERKAITAN WAKTU SOLAT DENGAN WARNA ALAM
      • KEKUATAN BERISTIGHFAR
      • AIR KOSONG PENAWAR PELBAGAI PENYAKIT
      • mutiara kata (3)
      • Nasyid oleh Rabbani, Akhil, Mawi, Amaludin - Sesun...
      • perkara sebenar da ckp.
    • ►  October (28)

PERENCAH

  • BEN ASHAARI
    Nak kurus tu senang je tapi masalahnya...
    14 hours ago
  • Sunah Suka Sakura dot com
    Salam Aidiladha 2025
    4 weeks ago
  • BANGKU KOSONG
    Cara Mudah Masak Lemang di Rumah
    1 year ago
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN
    1 year ago
  • Lulu pages
    Top Graphics Card for Dell Optiplex 1030 160 170l 2010 2021 2030
    3 years ago
  • Ceritamamat
    Sep 14 The Road to “Clean” Living
    3 years ago
  • senyum-senyum
    VINCENZO FULL EPISODE
    4 years ago
  • MiLo SuaM
    Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong kata pembantu
    4 years ago
  • NASIHANGIT.BLOGSPOT.COM
    (STICKY POST) SEWA IKLAN RM10 SEBULAN DI BLOG NASIHANGIT!!
    5 years ago
  • Mahligai-An-Nur
    Broken Heart 2018
    5 years ago
  • ! Erti Kehidupan...
    Akibat Nak Murah ...Aku Kena Scam Di Shopee
    5 years ago
  • .. cik epal ..
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
    5 years ago
  • Bicara Mak Dara
    Tudung Bawal Termahal Di Dunia Milik Ahli Perniagaan 35 tahun
    6 years ago
  • ! 1 Blog 1 Informasi !
    Nasi Dulang Daun Pisang Sg Ramal, Kajang
    6 years ago
  • Malaysian Sports' Loose Cannon
    MAJALAH DIGITAL ARENA - DALAM KENANGAN
    7 years ago
  • ::Si Sengal Yang Jiwang::
    Jual Kayu Dolken Gelam Gratis Ongkir
    8 years ago
  • ! Blog Inspire Bunny !
    REVIEW: Uriage Thermal Micellar Water
    8 years ago
  • BeloG MTT
    KENCUR JUS ASAM KUNYIT
    8 years ago
  • Kamil Kata
    The Culling (2015)
    9 years ago
  • Bersama Mazidul
    VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)
    9 years ago
  • Blog Kerana Manisnya Epal
    Ramadhan is coming back!
    10 years ago
  • Buta+Pekak+Bisu=CINTA
    BLACKSUIT PHOTOG memang terbaik dari ladang gandum!
    10 years ago
  • !!..911Bell119..!!
    2
    10 years ago
  • nEscaFe+MilO
    blog oh blog...
    11 years ago
  • ZAISEMPOY.BLOGSPOT.COM
    aurat kita dengan siapa?
    11 years ago
  • Football Crazie .. well it's all about Chelsea ;)
    AL-FATIHAH
    13 years ago
  • ♥ KunfayakuN ♥
    Namaste..
    14 years ago
  • SANTAI BEN ASHAARI
  • penulis senja
  • Diary Budak Kampung
  • Ini Kisah Tia
  • ! Belog Cik Ladies
  • ! kotak bulat menulis !
  • Roti Telur ©
  • [ kAtEk ]
  • Belog AdamXis
  • Ranking Terbaik Barisan Pemain Selangor
  • ✿ Celoteh Si Alya ✿
  • BudakBotak.com ©
  • CIK LA ADA BLOG
  • Laman web rasmi Persatuan Bolasepak Selangor - FA SELANGOR
  • Siti Safiyyah
  • ! JEJAKA TERHANGAT !
Show 5 Show All
Powered by Blogger.

PILIHAN BELACAN !

  • ! Eza Boom Boom | ファエザ^_^!
    Jangan Lepas Pandang
    10 years ago
  • (^_^)cite ttg K.A.M.I(^_^)
    kembali lagi !!
    12 years ago

RANK SAMBAL

DUIT BELACAN

[close]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
.
 
Copyright (c) 2012 ! Bila Sambal Menumis !.