skip to main | skip to sidebar

Pages

  • Home

11 July 2011

KAIN ULAR BERLAKI...APE TU ????

orait kali ini Kafe Ape Cer...(KAC...) akan bawa satu al kisah tentang masyarakat kita ni,ianya berlaku didalam negara kita juga taw.Al kisah yg dibawakan oleh KAC ni ialah untuk ianya jadikan teladan dan sebagai satu iktibar juga bagi masyarakat dalam mengenal erti cinta itu yg sebenarnya supaya kita jangan terlalu terpengaruh dengan ayat-ayat cinta yg boleh memerangkap diri kita juga kn..tak kira sama ada ianya lelaki ataupun perempuan yg hendak melakukan perbuatan ini kerana nafsu ini bukan mengira erti perempuan atau lelaki,kalau dah tergoda tu hmmmm macam-macam nafsu itu blh buat ape saje kn...

Cerita yg KAC nak paparkan ini adalah mengenai seorang wanita yg mengenakan lelaki,wanita yg buat tu,opssss bagi wanita-wanita diluar sana bukan nak menyalahkan kaum hawa ini tetapi nak menyatakan nafsu ini tak kira lelaki mahupun perempuan,so..ini menunjukan semua lapisan tak kira lelaki mahupun perempuan mestilah lebih berhati-hati dalam penjeratan ini.

Kisah ini dimana seorang janda yg sekarang sudah berumur 50 tahun telah mendakwa pernah memiliki 200 lelaki setelah lima tahun menjanda..wowwwwwww banyak kan..kn...

mesti ada ilmu yang wanita itu pakai kan sehinggakan seperti ini....

jawapannya YA mmg ada...

nak tahu ape ilmu yg dipakainya????
ape keistimewaanya ilmu ini???
dimanakan ianya disimpan???
kain batik??? ape kena mengenanya???
adakah masa itu dia dah berkahwin tapi ada tetap juga lelaki meminatinya lagi???
berapa cucu wanita itu sekarang???

haaa semua persoalan ini akan terjawab al kisah dibawah ini..opss sebelum itu KAC paparkan ini adalah sebagai jadikan iktibar..btl kn..kn..
ok nah KAC hidangkan al kisah ini..

al kisahnyer cmni......

MARANG: Berbekalkan sepotong kain batik yang dipuja dikenali sebagai kain ular berlaki atau mengawan, seorang wanita mendakwa pernah memiliki lebih 200 teman lelaki sepanjang lima tahun dia menjanda, sejak 2003 sebelum berkahwin semula pada 2008.

Akibat terlalu mengikut nafsu dan ghairah mendapat kasih sayang lelaki, wanita yang mahu dikenali sebagai Nora, 50, dari bandar ini berkata, ketika zaman ‘gemilang’nya itu dia bukan saja berjaya memancing lelaki bujang berusia 30 hingga 60 tahun, malah menjalin hubungan dengan suami orang.

Nora yang kini bergelar nenek mendakwa dia memiliki sepotong kain dinamakan kain ular berlaki yang mampu menarik minat lelaki kepadanya selain minat mendalamnya mempelajari ilmu kebatinan sejak remaja bagi menambahkan seri wajahnya.

“Kain yang tersimpan sejak 34 tahun lalu itu saya dapat daripada seorang wanita di bandar ini dan bermula daripada situ hidup saya berubah apabila sering menjadi tarikan lelaki.

“Kain batik itu istimewa kerana ada sepasang ular mengawan di bawahnya. Ia kemudian dipuja dengan ayat tertentu yang saya tidak tahu sebelum boleh digunakan sebagai penyeri, pelaris dan pengasih,” katanya.

Nora berkata, cara penggunaan kain itu mudah iaitu hanya disimpan di dalam beg atau dompet, namun perlu berhati-hati kerana ia tidak akan mujarab jika suami atau lelaki tahu mengenai kewujudan kain itu dalam simpanannya.

Nora berkata, melihat dirinya menjadi tarikan lelaki, ibu bapanya menyuruhnya berkahwin pada 1981 dan mendapat sembilan anak.

“Walaupun sudah berkahwin, masih ada lelaki yang mahu mendekati, tetapi saya pandai menyembunyikan rahsia itu daripada pengetahuan suami,” katanya yang kini mempunyai 10 cucu.

Menurutnya, akibat pergolakan rumah tangga berikutan diburu lelaki yang terpaut dengannya, dia bercerai pada 2003 dan dalam menjanda selama lima tahun.

Berbekalkan kain ular berlaki itu, dia memikat ramai lelaki untuk menjadi kekasihnya dan sepanjang lima tahun menjanda dia mendakwa mempunyai lebih 200 teman lelaki.


Bagaimanapun, Nora berkata dia tidak pernah melakukan hubungan seks dengan mereka, sebaliknya sekadar berseronok seperti berbual dan keluar minum bagi menghilangkan kebosanan.

“Bagi mendapatkan lelaki bagaikan memetik jari dan mereka akan mendekati sama ada meninggalkan nombor telefon atau mempelawa saya keluar bersiar-siar,” katanya.

Nora yang bekerja sebagai peniaga sambilan produk kecantikan berkata, dia mempercayai kain yang dipuja itu memberi kuasa dalam hidupnya hingga mudah mendapatkan lelaki tanpa perlu berkata-kata.

Menurutnya, selepas lima tahun menjanda, dia berkahwin kali kedua dengan seorang lelaki berusia 10 tahun lebih muda daripadanya pada 2008.

“Bagi menguji keberkesanan kain itu, saya pernah meletakkannya di dalam dompet suami tanpa pengetahuannya dan tidak lama selepas itu, suami hilang nafsu seks kepada saya,” katanya.

Namun katanya, lama-kelamaan kain itu menimbulkan banyak masalah kerana dia masih menjadi tumpuan lelaki sehinggakan untuk sukar menjalankan urusan harian selain bimbang tembelangnya mempunyai ramai kekasih diketahui keluarga dan rakan.

“Saya sudah tua dan hidup pada usia ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mencari keredaan Ilahi atas kesilapan lampau,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata umat Islam haram mempercayai perkara tahyul dan khurafat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh berkata, mempercayai unsur yang tidak diajar agama boleh menjejaskan akidah seseorang kerana setiap yang dijadikan Allah adalah sempurna.

“Orang Islam sepatutnya tidak menjadikan makhluk lain seperti jin dan syaitan sebagai tempat untuk mereka meminta pertolongan bagi tujuan tidak baik.

“Justeru itu, mereka yang sudah terlanjur mengamal ilmu tidak menepati syariat Islam wajib meninggalkan perbuatan itu dan pulang ke pangkal jalan selain mendalami ilmu agama dengan lebih sempurna,” katanya.

NAUZUBILLAH....

dengan tajuk n3 diatas ini bermakna kain ular itu adalah ilmu yg dipakai oleh wanita tu....

Syirik artinya menyekutukan Allah SWT dalam beribadah dengan salah satu diantara makhluk-Nya.

Firman Allah yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)


Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48)


Dalam surah Luqman, Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar.” – (Surah Luqman, ayat 13)

Daripada Anas menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda mengenai dosa besar iaitu mensyirikkan Allah, menderhaka kedua ibu bapa, membunuh nyawa dan memberi penyaksian palsu. – (Hadis riwayat Muslim)

so,pengajarannya jauhkanlah dari perbuatan seperti ini,kalau dah terlanjur sesungguhnya Allah Maha Pengampun....



Posted by Belog Sambal Belacan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Isu Semasa

6 Cicah Sambal Belacan!:

Alin said...

slm, nie 1st time singgah blog kamu. org melayu sampaikan skrg nie masih lagi dengan amalan syiriknya. huhu untunglah nenek tu ramai boipren. sy juga xde lagi. huhu. hv nice day and happy blogging :D

July 11, 2011 at 9:50 PM
Belog Sambal Belacan said...

Alin...

wslm..trm kaseh..mmg byk lg cmni.eh xde lg ek..:)

July 11, 2011 at 9:53 PM
Ct Aja said...

erm... macam2 kan... saya pon tak faham pada isteri yang buat suami ni..sanggup nyela kan..

July 11, 2011 at 10:57 PM
HanTu-ToMYam said...

bisde ls...ble kepuasan mengatasi diri..nida tak berguna lagi la..

July 11, 2011 at 11:34 PM
Belog Sambal Belacan said...

Ct Aja...

aahkn napelah cmni kn....tergamak!

July 12, 2011 at 8:17 AM
Belog Sambal Belacan said...

mindaKhayaLan...

bisde???
btl tu..

July 12, 2011 at 8:18 AM

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

MASAKAN LAIN

KERAP DI CICAH

  • BEN ASHAARI GEGAR LAGI
  • EKSKLUSIF: MISTERI LAGU “CINTA TIGA SEGI” KINI TERBONGKAR !!!!!
  • Pengakuan Jepp : INILAH PUNCA SEBENAR KUMPULAN SEPAH BERPECAH !!!
  • GAMBAR AWEKS YG SEKSI LAGI MENGHAIRAHKAN (TONTONAN 18SX)
  • Les’ Copaque menghasilkan animasi TERBARU selepas Upin Ipin ! Inilah animasinya.....
  • Tidak Ku Pinta Begini :'(
  • KHASIAT DISEBALIK PISANG
  • AL KISAH SIPUT BABI !
  • Pegang Tetek !!!
  • POLIS INI TOLONG SELAMATKAN BAYI TAPI KENA BAYAR GANTI RUGI PULAK... eh! NAPE PULAK ???

Labels

Coretan (138) Al Kisah (87) ILmu (77) Isu Semasa (61) Apa Ade (39) Aku Join (37) Lawak (24) Bola (21) Segmen Aku (16) Tazkirah DAN Kisah Teladan (16) Cinta (11) Kisah Seram (18PL) (10) Soal Jawab (7) Berjiwang (4) Releks Jap (4) Kekuasaan Allah (3) Motivasi (3) Tips (3) Award (2) Bergambar Makna (2) Haji (2) Misteri Dan Pelik (2) Penghargaan (2) Tips Dan Fakta (2) 1whp (1) Jalan-Jalan (1) Lagu (1) Maharaja lawak (1) Raja Lawak (1) Sukan (1)

AMARAN PRODUK

assalamualaikum dan 1 blogger
ini adalah blog hakcipta Belog Sambal Belacan (SB)....
blog ini menyelitkan info-info artikel dan menyelitkan gak hasil coretan Belog Sambal Belacan (SB) sendiri.

HARAP MAKLUM! segala penggunaan "aku" dlm catatan ini adalah sbgi ganti nama bg sy,dan tiada niat utk nak kurang ajar pd yg lebih tua dari sy,mintak maaf...:)

HARAP MAKLUM JUGAK! blog ini tidak support function bagi penggunaan internet explorer (IE).

SELAMAT DATANG ke SAMBAL BELACAN (SB)..........

TENTANG BLOG

  • SAMBAL BELACAN CORNER

GENG VIP SAMBAL

GENG SAMBAL

CHAT BSB

Follow @BlogSambalBelacan

BAHAN BELACAN

  • ►  2014 (3)
    • ►  June (1)
    • ►  March (2)
  • ►  2013 (21)
    • ►  August (6)
    • ►  May (5)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (7)
  • ►  2012 (99)
    • ►  December (1)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (11)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (9)
    • ►  February (23)
    • ►  January (38)
  • ▼  2011 (522)
    • ►  December (41)
    • ►  November (39)
    • ►  October (39)
    • ►  September (29)
    • ►  August (36)
    • ▼  July (53)
      • KALAU ANDA DIBERI PELUANG SEPERTI INI..APE REAKSI ...
      • KELAINAN RAMADHAN PADA TAHUN INI... APA DIA???
      • INGAT LAGI TAK ???
      • MAHARAJA LAWAK AKAN KEMBALI DENGAN MUSIM BARU ???
      • SINGAPURA MENANG TAPI.....MALAYSIA GAGAL TAPI ......
      • RM 2.25 JUTA UNTUK PULAU INI...SEBAB HARGANYA MACA...
      • DENGAN INI MERASMIKAN PENUTUPAN TUKAR-TUKAR LINK !
      • BEN ASHAARI CARI SAPA TEPAT DAN PANTAS !
      • BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU
      • NGERI NYERRRR .......
      • BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?
      • 10 ARTIS DAN KERETANYA...TAPI ARTIS NI PULAK PAKAI...
      • FOLLOWER OIII FOLLOWER ???
      • LANGSUIR: EPISOD (2)
      • YES ! DAPAT PUN ....
      • PUNCA SEBENAR CHELSEA KETANDUSAN GOL SEMASA LAWAN ...
      • MAKANAN TU KURANG SIKITLAH!
      • BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER
      • PILIHAN ANDA,AWEKS YG MANA LEBIH CUN?? JAWAB DGN I...
      • PASAL INI LAGI..NAPE TERGAMAK NI??? GERAMMNYERRR....
      • KERANA BIAWAK,BAYI ITU ......
      • DAGING KAMBING DAN PENGANTIN YG LAKU!
      • BEN ASHAARI AJAK PILIH BLOG
      • PERASAN TAK ???
      • 8 AKSI-AKSI CANDID MENARIK
      • TONTONAN ESKLUSIF: GAMBAR YG DISUMPAH, ANDA MASIH ...
      • TAK NAK LAYAN,TAK PAYAHLAH ACCEPT OK !!!
      • LIVERPOOL vs NISFU SYAABAN
      • DIA CAKAP PASAL SEKS " AKU TAK NAK LAYAN " KAN MAC...
      • LANGSUIR: EPISOD (1)
      • IKAN BERKEPALA BUAYA DIKETEMUI !
      • CONTEST: I ♥ BLOGGING!
      • KISAH DISEBALIK KALIMAH " BISMILLAH "
      • GAMBAR AWEKS YG SEKSI LAGI MENGHAIRAHKAN (TONTONAN...
      • DISEBALIK TERSIRAT PADA WUDUK
      • BLOG DIPERLUKAN ..SEGERA !
      • CHELSEA UJIAN PERTAMA LULUS !
      • DISEBALIK CANTIK !
      • CHEF INI MEMASAK SAMBIL BERBOGEL...UNTUK APE ???
      • MAKAN OTAK BUDAK !
      • KAIN ULAR BERLAKI...APE TU ????
      • KENAPA DENGAN HANTU INI ???
      • KEPALA TUPAI INI TERSANGKUT... TAPI BENDA APE TU Y...
      • TENGAH SEDAP LAYAN BERASMARA BERBOGEL, TIBA-TIBA ....
      • BESARNYERRR BURGER TU : NAK TAK ?
      • NANTIKAN PERTEMBUNGAN SENGIT INI ! PILIHAN ANDA ?
      • MAKANAN TU PELIK LA .... APE TU ???
      • HANYA BERBOGEL DAPAT RM185,580
      • 7 GOLONGAN MANUSIA TIDAK DIPANDANG ALLAH !
      • LADANG INI BERTABURAN DGN NAJIS MANUSIA
      • TUDUNG OH TUDUNG : NAK PAKAI KE TAK ? #3
      • GEGAR BLOG JULAI 2011
      • KENAPA DIA JALAN TERKANGKANG ???
    • ►  June (42)
    • ►  May (76)
    • ►  April (124)
    • ►  March (23)
    • ►  February (18)
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (59)
    • ►  December (1)
    • ►  November (30)
    • ►  October (28)

PERENCAH

  • BEN ASHAARI
    Tips kesihatan : Jangan simpan sampah orang dalam kepala kita !
    5 days ago
  • Sunah Suka Sakura dot com
    Salam Aidiladha 2025
    3 weeks ago
  • BANGKU KOSONG
    Cara Mudah Masak Lemang di Rumah
    1 year ago
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN
    1 year ago
  • Lulu pages
    Top Graphics Card for Dell Optiplex 1030 160 170l 2010 2021 2030
    3 years ago
  • Ceritamamat
    Sep 14 The Road to “Clean” Living
    3 years ago
  • senyum-senyum
    VINCENZO FULL EPISODE
    4 years ago
  • MiLo SuaM
    Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong kata pembantu
    4 years ago
  • NASIHANGIT.BLOGSPOT.COM
    (STICKY POST) SEWA IKLAN RM10 SEBULAN DI BLOG NASIHANGIT!!
    5 years ago
  • Mahligai-An-Nur
    Broken Heart 2018
    5 years ago
  • ! Erti Kehidupan...
    Akibat Nak Murah ...Aku Kena Scam Di Shopee
    5 years ago
  • .. cik epal ..
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
    5 years ago
  • Bicara Mak Dara
    Tudung Bawal Termahal Di Dunia Milik Ahli Perniagaan 35 tahun
    6 years ago
  • ! 1 Blog 1 Informasi !
    Nasi Dulang Daun Pisang Sg Ramal, Kajang
    6 years ago
  • Malaysian Sports' Loose Cannon
    MAJALAH DIGITAL ARENA - DALAM KENANGAN
    7 years ago
  • ::Si Sengal Yang Jiwang::
    Jual Kayu Dolken Gelam Gratis Ongkir
    8 years ago
  • ! Blog Inspire Bunny !
    REVIEW: Uriage Thermal Micellar Water
    8 years ago
  • BeloG MTT
    KENCUR JUS ASAM KUNYIT
    8 years ago
  • Kamil Kata
    The Culling (2015)
    9 years ago
  • Bersama Mazidul
    VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)
    9 years ago
  • Blog Kerana Manisnya Epal
    Ramadhan is coming back!
    10 years ago
  • Buta+Pekak+Bisu=CINTA
    BLACKSUIT PHOTOG memang terbaik dari ladang gandum!
    10 years ago
  • !!..911Bell119..!!
    2
    10 years ago
  • nEscaFe+MilO
    blog oh blog...
    11 years ago
  • ZAISEMPOY.BLOGSPOT.COM
    aurat kita dengan siapa?
    11 years ago
  • Football Crazie .. well it's all about Chelsea ;)
    AL-FATIHAH
    13 years ago
  • ♥ KunfayakuN ♥
    Namaste..
    14 years ago
  • SANTAI BEN ASHAARI
  • penulis senja
  • Diary Budak Kampung
  • Ini Kisah Tia
  • ! Belog Cik Ladies
  • ! kotak bulat menulis !
  • Roti Telur ©
  • [ kAtEk ]
  • Belog AdamXis
  • Ranking Terbaik Barisan Pemain Selangor
  • ✿ Celoteh Si Alya ✿
  • BudakBotak.com ©
  • CIK LA ADA BLOG
  • Laman web rasmi Persatuan Bolasepak Selangor - FA SELANGOR
  • Siti Safiyyah
  • ! JEJAKA TERHANGAT !
Show 5 Show All
Powered by Blogger.

PILIHAN BELACAN !

  • ! Eza Boom Boom | ファエザ^_^!
    Jangan Lepas Pandang
    10 years ago
  • (^_^)cite ttg K.A.M.I(^_^)
    kembali lagi !!
    12 years ago

RANK SAMBAL

DUIT BELACAN

[close]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
.
 
Copyright (c) 2012 ! Bila Sambal Menumis !.