mai!! mai!!! masuk-masuk kafe,pilih2 sarapan ape nak..nak order ape..
haaa kali kafe ape cer..(KAC...) de order ni pasal.......
hantu..hantu..hantu...perangai macam hantu,itulah selalunya yg diungkapkan tapi tak tahlah perangai hantu tu cmner sebenarnya:)
tapi yang penting semua orang hantu tu cmner tapi kalau nak tahu lebih spesifik tu mmg tak kan tahulah kn..kn..setakat tgk kat tv atau imaginasi atau sekilas pandang tu ada lah kn...kn..
tapi semua orang pasti akan ingin nak menjauhi daripada makhluk ini kn,ada yg berkata tak nak jupa dgn makhluk ni pun takpelah dan yg pasti semua tak nak berdamping dengan makhluk yg bernama hantu ini kn.tapi ada juga yg berdamping tu..:)tapi yg suka berdamping tu mmg da terror kot..:)ape2 pun pikirlah sendiri ek..:)
Kalau cerita pasal hantu ni mmg kadang2 ada yg takut tapi dalam takut-takut tu best gak cerita2 benda ni..kn....kn.Hantu? mesti semua akan terpikir hantu pocong,langsuir,jembalang dan korang tambah sendiri ek ape lagi.:)
tapi....lain ulak cerita di New Zealand,hantu ini dilelong..
ha? dilelong???
hantu sebenarnya tu sape miliknya???
sebab ape dia nak lelong hantu ini???
ape cer ni......
nak tahu ape cer jom kita serbu hantu ni..jommmm.....
cmni cerita hantu dilelong tu.....
WELLINGTON - Dua hantu yang masing-masing terperangkap di dalam dua botol kecil akhirnya dilelong secara talian oleh pemiliknya, Avie Woodbury di New Zealand pada harga NZ$2,830 (RM6,585).
Woodbury dari Christchurch di selatan New Zealand berkata, seorang pengusir hantu dari sebuah gereja berjaya menangkap dua entiti terbabit di rumahnya dan memasukkan mereka ke dalam botol kaca kecil mengandungi air suci.
Hasil penjualan hantu-hantu terbabit akan diserahkan kepada sebuah syarikat jualan bantuan elektronik untuk golongan yang berhenti rokok.
Penjualan itu telah disahkan oleh laman web lelongan Trademe.
inilah hantu yg untuk dilelong
Laman tersebut menolak tawaran oleh seorang pembida palsu yang menyebabkan harga lelongan mencecah sehingga AS$5,000 (RM16,710).
Hantu itu dikatakan seorang lelaki tua bernama Les Graham yang meninggal dunia di rumahnya pada 1920-an dan seorang budak perempuan yang muncul mengganggu rumah itu selepas satu permainan memuja roh diadakan.
Woodbury berkata, hantu-hantu itu menyebabkan dia tidak dapat makan atau tidur selain mengganggu dengan memasak air panas, menyentuh belakang leher, bersuara dari bilik lain dan menghilangkan barangan sebelum muncul di tempat lain.
"Anjing di rumah menjadi 'gila' dan tidak mahu pergi ke bilik-bilik tertentu manakala anak perempuan saudara saya terpaksa duduk bersama saya selepas dia berkata pernah bercakap dengan seorang kanak-kanak perempuan." katanya. - AFP
korang nak beli x ???? huhuhu
apelah hantu tu dah gangu dia,dia nak bagi org pulak..:)
korg rasa ada yg beli tak hntu ini???????????????
2 Cicah Sambal Belacan!:
haha boleh pulak jual hantu..xnak ah...
AesyaZealous...
hahahaha..
Post a Comment