haaa..nape dengan biawak itu???
cmner biawak itu boleh mencederakan bayi itu????
jom kita tinjau kes ini,cmner kejadiaan itu berlaku......
cmni kisahnyer....
PENDANG – Seorang bayi perempuan yang baru berusia 62 hari mengalami cedera ringan di bahagian kepala apabila diserang seekor biawak yang menyelinap masuk ke sebuah rumah di Taman Seri Mas, semalam.
Ibunya, Nor Faizah Aziz, 27, berkata, ketika kejadian kira-kira 11.30 pagi bayinya Eryna Insyirah Mohd Redzuan sedang tidur di atas katil dalam sebuah bilik manakala dia berada di bahagian ruang tamu rumah untuk memasang kain langsir.
“Ketika sedang memasang langsir saya terdengar bunyi sesuatu sedang mencakar tikar di bahagian tepi ruang tamu menyebabkan saya segera menghampiri kawasan ruang itu untuk melihat dari mana datangnya bunyi itu.
“Saya terkejut melihat biawak besar berada dalam rumah dan kehadiran saya mungkin mengejutkan biawak itu menyebabkan biawak masuk ke bilik berdekatan ruang itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, biawak itu berlari dan naik ke atas katil sehingga mencederakan Eryna sehingga anaknya itu menangis. Biawak itu kemudiannya berlari dan masuk ke bawah katil.
“Saya segera mendapatkan anak saya setelah anaknya menangis dan terkejut melihat kesan darah di bahagian kepala.
“Keluarga saya segera menghubungi pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah itu bagi membantu menangkap biawak itu kerana saya takut melihat saiz biawak yang agak besar,” katanya.
Nor Faizah segera membawa anaknya ke klinik bagi mendapatkan rawatan kerana bimbang kesan kecederaan dan calar di bahagian kepala itu.
Difahamkan biawak itu dipercayai menyelinap masuk melalui pintu belakang rumah yang tidak ditutup. Kejadian itu juga merupakan yang pertama kali berlaku walaupun keluarga itu pernah dimaklumkan oleh beberapa jiran bahawa kawasan perumahan di situ mempunyai banyak biawak.
Ketua Operasi JPAM Pendang, Izzudin Inus Meah berkata, JPAM segera ke tempat kejadian bersama dua anggota untuk menangkap biawak seberat kira-kira 5 kilogram dan panjang 1 meter.
Menurutnya, JPAM hanya mengambil masa lima minit untuk menangkap biawak yang berada di bawah katil sebuah bilik di rumah itu dan mendapati biawak itu muntah serta mengeluarkan seekor anak kucing sebelum ditangkap.
Izzudin berkata, kes seperti itu jarang diterima JPAM daerah itu. Kes yang pernah diterima melibatkan kes ular masuk ke dalam rumah sahaja.
“JPAM akan menyerahkan biawak itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kerana mencederakan orang,“ katanya.
huh biawak tu muntah-muntah sampai mengeluarkan seekor anak kucing lagi tu.......mmg dashyatla biawak tu.
4 Cicah Sambal Belacan!:
Eww. Sampai keluar anak kucing. Errk -.-'
syaza nazura...
ha'a...dasyhat tu kn
fuh..hebat biawak tu..
DanieL AdiE...
yup mmg btl..
Post a Comment