al kisah kali ini mengenai najis...ini bukan najis binatang ek tetapi ia najis manusia..eeeee...najis manusia ini dikatakan telah bersepah2 diladang ternakan ini.Yg menjadi persoalan siapa yg sanggup buang najis kat situ,bertaburan lg tu.bayangkanglah kalau najis manusia bertaburan mcmna kn..kn..ok al kisah ini berlaku di Britain.ok nak tahu ini semua kerja sape jm kita terjah keladang ternak itu untuk mengetahui angkara sape ini..jom......
al kisahnyer mcmni....
NORHAMPTON - Seorang penternak diarah oleh pihak berkuasa haiwan membakar tanaman bernilai £8,000 (RM39,406) di ladang ternakannya di Brooklands, Britain selepas bahan buangan manusia bertaburan di tanah miliknya itu.
Penternak itu, Ian Clegg percaya bahan buangan manusia itu seperti tuala wanita yang terdapat di ladangnya terjatuh dari sebuah pesawat.
"Saya pergi untuk mengawasi ternakan dengan seorang anak lelaki saya pada Selasa lalu dan kami menemui najis manusia itu bertaburan di kawasan seluas 10.11 hektar," katanya.
Menurutnya, bahan buangan manusia itu bertaburan di ladang yang menjadi tempat haiwan ternakannya meragut rumput.
IAN CLEGG menemui tuala wanita dan najis manusia di ladang miliknya di Brooklands, Britain
Clegg berkata, semua haiwan ternakannya diarahkan diperiksa oleh doktor haiwan.
"Kami diberitahu oleh Agensi Alam Sekitar bahawa ladang ini tidak boleh digunakan lagi sehingga musim bunga depan.
Beberapa pegawai dari agensi itu melawat ladangnya kelmarin dan mereka berasa bimbang pencemaran itu mungkin menjejaskan sebatang sungai dekat ladang tersebut di Northamptonshire.
Jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan, Richard Taylor mengesahkan pihaknya sedang melakukan siasatan bagi mencari pesawat yang terbang di atas ladang Clegg.
"Saya perlu menegaskan bahawa pesawat tidak sepatutnya mengepam keluar najis semasa pesawat berada di udara," katanya. - Agensi
ooo pesawat terjatuh ker sampai bertaburan najis dan tuala wanita tu:)
2 Cicah Sambal Belacan!:
cis...pesawat tu nk kurangkan kos ke hape? mau pengsan suma ternakan dia...haha
munna...
hahaha..tau takpe..
Post a Comment