orait kali ini sambal belacan akan mengembalikan label Kisah Misteri.dah lama tak update Kisah Misteri ini,mesti ada yg dah lupakan label ini..ok takpe.
dalam kisah misteri ini sambal belacan akan memaparkan kisah2 misteri yg menyelubungi waktu malam dengan kisah-kisah seram atau sedikit seram atau nak kata kan seram tak seram jugak tapi ape-apepun ianya adalah kisah misteri..
Setiap kisah misteri akan mengikut episod,so setiap tajuknya itu ada sambungannya..so,jgn lepaskan peluang untuk menyaksikan kisah selanjutnya setiap episod itu.
kisah misteri ini akan mempaparkan cerita hantu atau lebih kurang dari itulah..bagi kanak-kanak yg hendak membaca hendaklah mendapat bimbingan dari iman mereka...:)
bagi wanita-wanita pula yg lemah semangat tu anda dinasihatkan membaca sambil makan sambal belacan ni...:)
ok,oleh itu cerita Kisah Misteri terbaru ini ialah bertajuk " LANGSUIR "
"LANGSUIR": Episod (1)
teng..teng..inilah kisahnya episod (1)
Inilah yang berlaku pada seorang rakan yang dikenali sebagai Ramli. Di kala satu kampung sudah heboh dengan kehadiran langsuir, di pokok cempaka berhadapan dengan rumahnya, Ramli langsung tidak mengendahkannya. Langsuir yang bertenggek di pokok itu dikatakan muncul di situ sejak empat bulan lalu. Dalam tempoh itu sudah ramai penduduk kampung yang menjadi mangsa diusik oleh makhluk tersebut. Paling kerap adalah anak-anak muda kampung yang bekerja kilang.
Mahu tidak mahu mereka harus melintasi pokok cempaka itu kerana kedudukannya berhampiran dengan jalan besar laluan keluar masuk penduduk kampung.Takut bagaimanapun perlu juga ditempuhi. Tapi ada juga anak-anak muda yang terlebih takut rela menunggu di kilang hingga ke siang hari untuk pulang ke rumah. Kata mereka tak sanggup untuk mengambil risiko bertemu dengan langsuir yang berwajah ngeri, bertaring dengan hilai suara yang cukup untuk membuatkan orang kampung pengsan mendengarnya.
Itulah gambaran langsuir yang diberikan oleh orang kampung yang pernah terserempak dengannya. Sementara itu, Ramli masih juga tidak mempercayai apa Jua yang dikatakan oleh orang kampung. Kata Ramli, sudah berbelas belas tahun dia tinggal di situ mengapa sekarang baru perkara-perkara sebegini muncul. Dakwa Ramli, cerita-cerita orang kampung itu hanyalah rekaan semata-mata."Dah lama aku tinggal di sini, dan dah lama juga pokok cempaka tu ada kata situ, tak pernah ada benda tu. Sekarang ini pulak tiba-tiba kamu semua heboh pasal langsuir. Zaman moden ni dah takde lagi benda-benda macam tu.
Dah pupus," kata Ramli sombong sewaktu bersembang dengan rakan-rakan di warung kopi."Engkau jangan cakap macam tu Ramli. Itu cakap besar namanya. Nanti bila dah berjumpa baru engkau tahu langit tu tinggi atau rendah," balas Lebai Usop." Aku tak takut, kalau nak jumpa dah lama aku jumpa, rumah aku tu tersangatlah dekat dengan pokok cempaka tu.
Sampai sekarang tak de pun aku jumpa. Takde pulak aku dengar bunyi langsuir tu mengilai-ngilai macam yang engkau semua cerita tu,' ujar Ramli sambil ketawa meninggalkan rakan-rakan yang berkumpul di warung kopi Che Mamat.Sejurus selepas meninggalkan warung, rakan-rakan yang lain menggelengkan kepala. "Aku rasa tak lama lagi si Ramli jumpa dengan langsuir tu. Cakap besar sangat," ujar Lebai Usop sambil menghisap rokok daunnya.
Memang betul kata-kata Lebai Usop, seminggu selepas itu Ramli mengalami satu peristiwa ngeri sehingga .................... (BERSAMBUNG.......(2))
PERSOALANNYA:
Ramli mengalami peristiwa apa???
apa sebenarnya yg dah terjadi pada Ramli ini???
sehinngakan ape yg terjadi tu pada Ramli???
adakah langsuir yg dia ketemui atau disebaliknya???
semuanya jawapannya akan terjawab dalam episod (2) ....tunggu!
10 Cicah Sambal Belacan!:
Omak ai. Seram je aku baca entri ni tengah2 malam.
Fadzmie Mohamad...
hehehe
aha nice... agak mncabar bace di mlm hari ni..
btw jom komen link entry wani ni
http://akuazwani91.blogspot.com/2011/07/i-saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html
thx a lot :)
sram bca tgh2 mlm ni ...adoi..
tkt tengok gmbar..bca entry pas 2 smpai kat gmbar trus scroll lju ke bawah...hehe..tkt tp nk jgk bc...
Cik Wani....
tanks...orait
sobri yaacob ...
heheh
Cik Ana...
hehehe...
Haha.bes2. XD
Abe Goreng ...
hehhe:)
Post a Comment