ingat lagi tak Kisah Misteri yg bertajuk " LANGSUIR " tu.
bagi yg ketinggalan membaca episod (1) boleh klik DISINI
ok,pada episod lepas Ramli telah mengalami satu peristiwa.so apakah peristiwa itu dan kesinambungan cerita itu..jom saksikan kesinambungan kisah misteri ini
LANGSUIR (EPISOD 2)
episod sebelum ini......
........ Memang betul kata-kata Lebai Usop, seminggu selepas itu Ramli mengalami satu peristiwa ngeri sehingga
sambungan episod (2) .......
....... mengubah kepercayaannya terhadap perkara yang dikatakan kolot. Satu malam anaknya yang bernama Husin berumur 10 tahun diserang demam teruk. Kerana tidak mahu apa-apa terjadi, malam itu juga Ramli bergegas membawa anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.Ramli keluar dari rumah dalam pukul 12 tengah malam ke hospital dengan menaiki kereta. Saat itu tidak terfikir langsung olehnya tentang langsuir atau apa-apa benda sekalipun. Yang terfikir hanyalah mahu mendapatkan rawatan agar demam anaknya tidak melarat. Pokok cempaka di hadapan rumahnya itu dilewati begitu sahaja.Walaupun dilihat sekali imbas tapi entah kenapa tiba-tiba sahaja pokok tua nampak seakan seram padanya. Namun perkara itu tidak mahu diingat-ingatkan, yang dimahukan cuma sampai ke hospital secepat mungkin.Ramli pulang dari hospital lebih kurang pukul 2 pagi. Demam anaknya Husin yang agak teruk menyebabkan dia terpaksa ditahan di hospital.
Ramli pulang berseorangan. Hatinya sedih mengenangkan keadaan kesihatan Husin, anak tunggalnya. Sewaktu masuk sahaja ke jalan menuju ke rumah, tiba-tiba hati Ramli jadi berdebar.Teringat segala cerita tentang langsuir yang dikatakan mengganggu penduduk kampung. Bulu tengkuknya tiba-tiba berdiri, terasa seram sejuk. Ramli cuba tidak Mengingati cerita-cerita langsuir yang pernah diceritakan oleh rakan-rakannya tetapi tidak mampu.
Ingatan terhadap perbualan itu datang bertubi-tubi. Tergambar di kepalanya wajah langsuir yang ngeri seperti yang digambarkan oleh penduduk kampung yang pernah terserempak dengannya.Pokok cempaka tempat langsuir dikatakan bertenggek semakin hampir. Kereta yang dibawanya pula terasa semakin perlahan. Sebaik sahaja melintasi pokok cempaka tidak berapa jauh dari rumahnya, tiba-tiba,................... (BERSAMBUNG EPISOD TERAKHIR (3))
tiba-tiba kenapa ????
ape yg sebenarnya terjadi???
adakah Ramli bertemu dgn langsuir yg dimaksudkan itu???
jawapannya akan terjawab dalam episod terakhir (3) dalam LANGSUIR!
TUNGGU!!! kesudahannya,ape yg sebenarnya terjadi????
dan...ape yg akan berlaku pada ramli dan anaknya itu???
4 Cicah Sambal Belacan!:
wah takut takut citer... seramnya...
alaaaaa....
lambat lagi ke?
Ary ariasputera ...
hehehe..
♥ cik_farah ♥...
tunggu!!!!!!:)
Post a Comment