puasa tak hari ni????bagus...
tgh buatpe tu???
mesti ade yg dah berkemas-kemas utk berlepas ke kg halaman dan mesti ada yg dah sampai kg dihalaman tu...
ooo..ni mesti tgh buat kuih raya ek,rajin nyerrrr....
Tapi tak semua buat kuih raya kan,sebab sekarang ini orang main kuih tunjuk-tunjuk jer..
haaaa...kuih tunjuk-tunjuk tu kuih beli jer,tunjuk jer pastu bayar pastu terus telan dalam perut..
tapi.......opssss sebelum nak telan dalam perut tu,korang tengok betul-betul kuih raya yg korang beli tu.
nak tahu kenapa???
sebab baru-baru ni ada kes pasal kuih raya ada ulat.
haaa...camni ceritanya.....
KUALA LUMPUR: Dalam kesibukan umat Islam membuat persiapan menyambut Aidilfitri, ada syarikat mengambil kesempatan dengan menjual kuih raya yang sudah berulat walaupun tarikh luput dinyatakan hanya berakhir dalam tempoh sembilan bulan lagi.
Ini terbukti apabila seorang kakitangan kerajaan yang membeli kuih raya keluaran syarikat dari Shah Alam yang dijual di sebuah pasar raya di Bandar Tun Hussein Onn di sini, Ahad lalu mendapati ia sudah berulat.
Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Sham berkata, kuih tart keju blueberry itu dibeli dengan harga RM19 satu bekas dan hanya dimakannya dan suami pada keesokan.
“Sebaik masuk waktu berbuka puasa, saya terus mengambil kuih itu untuk dimakan bagaimanapun, belum habis sebiji kuih dinikmati, entah bagaimana saya ternampak beberapa ekor ulat di dalam kuih berkenaan,” katanya ketika ditemui Sentral.
Terkejut dengan kejadian itu, beliau kemudian meneliti bekas kuih berkenaan dengan lebih teliti dan mendapati ada beberapa ekor ulat ‘bersembunyi’ di dalam kuih dihasilkan syarikat terbabit.
“Apabila dilihat lebih dekat, saya mendapati ada beberapa kesan hitam di bahagian dalam bekas berkenaan, sama seperti kesan kotoran yang biasa ditinggalkan serangga seperti lipas,” katanya.
Bagi mempertahankan hak beliau sebagai seorang pengguna, Sham kemudian mengadukan perkara itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), sebelum diminta memaklumkan hal itu kepada syarikat pengeluar kuih berkenaan.
Apa yang dikesalkan, kakitangan syarikat itu bukan saja tidak mahu memberi kerjasama sebaik dimaklumkan mengenai penemuan ulat di dalam kuih dibeli, malah menuduh beliau sengaja mereka-reka cerita untuk memburukkan jenama itu.
“Sebagai pengguna, saya berasa begitu teraniaya. Meskipun kuih berkenaan hanya berharga RM19, tetapi syarikat itu sepatutnya mengambil tindakan lebih bertanggungjawab dalam menyelesaikan isu ini termasuk memeriksa terlebih dulu sebarang aduan daripada pengguna,” katanya.
haa...laaa berhati-hati la sekarang ni kalau nak beli kuih raya,macam-macam hal sekarang ni..
jangan terus telan dalam perut,check dulu ok!
10 Cicah Sambal Belacan!:
kat shah alam ? uwaaaa..ye ker nie..
kena lebih berhati2 mcm nie..nasib thun nie xbeli kuih..hehe.
p/s : tengs SB ^_^
balik t kena try tgk..
erkkkk~geli!!
ni mesti buat kuih tu tak btol,.so xtahan lama,.=p
betul ke ada ulat??oowahh..raya nanti kena berhati-hati lau nk mkn kuih..
buat sendiri lagi terjamin..huhuh.. xmo la beli2 len kali...huhuh
uwekk.
geli la tgk ulat tu..
leh trauma nk mkn kuih camni...
ulat? uikks.
perisa baru nie..asyik tepung ngn mentega jea.. lainlah sikit rasa tahunlah ek..
eee geli la pulak... huhu, seb baik jarang beli kuih tunjuk2 kat kedai nie, kalu ada pon tempah ngan kengkawan opis yang mmg ada buat kuih raya jerk.. x baik kan syarikat tu, nak kena saman...
ish..waaa..geliny...alhamdulillah..ncb la fmly aku jenis wt kuih sdri...hasil kuih dr tgn mak aku lg sedap...hehehe...ncb tak beli...fuh..hehehe
Post a Comment