puasa tak hari ini???
mmmm..bagusss puasa pun......jangan ponteng-ponteng taw yang terpaksa ponteng tu,hussssh :)
dengan 20 ramadhan ini maka bermulalah 10 malam terakhir yang amat dinantikan yang penuh barakah dan kerahmatan.
macam mana dengan puasa dihujung-hujung ramadhan ini,sibuk dengan raya ker atau sibuk dengan merebut peluang di 10 terakhir bulan ramadhan.
kerana rugi kalau kita tidak merebut peluang yang amat penuh keberkatan ini
dimana 10 malam terakhir ini adanya malam lailatul qadar.
ayat ke-3 surah al-Qadr sebagai: “Lailatulqadar lebih baik daripada 1,000 bulan.”
rugi..rugi..rugi serugi ruginya kalau kita ambil sambil lewa dengan malam ini.
kita manusia kan,penuh dengan dosa pada pencipta kita iaitu ALLAH.
adakah kita rasa bersalah pada yang Maha Esa ini???
kalau kita mempunyai ketaqwaan mesti kita akan merasa terlalu banyak debu-debu dosa yang kita lakukan.
Demikian pula dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, maksudnya: “Sesiapa mengerjakan ibadah pada lailatulqadar kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya, diampunkan dosanya yang lalu”.
inilah masanya,Allah memberi peluang kepada hambanya dan inilah juga Allah sayang pada hambanya yang menciptakan satu bulan yang penuh dengan keberkatan dan pengampunan..
dan kita sebagai hambanya adakah ingin sombong dan angkuh pada kasih sayangnNYA.
kalau kita sedar dengan kasih sayangNYA,inilah masanya kita memohon keampunan kepadaNYA dengan bersungguh-sungguh penuh ketaqwaan.
pada masa itu juga segala pengampunan kita akan Allah hapuskan segala dosa-dosa kita yang lalu.SubhanaAllah....
Bagi wanita khasnya yang uzur kerana haid dan nifas, masih mampu memperoleh lailatulqadar dengan melakukan ketaatan seperti beristighfar, berzikir, berselawat, mempertingkatkan sedekah dan mengamalkan doa yang dianjurkan Nabi kepada Aisyah iaitu: “Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha pengampun, Engkau gemar memberikan keampunan, maka ampunkan aku.”
tengok betapa sayangNYA Allah pada kita kan....
sedangkan maaf manusia pun susah nak dapat macam ini untuk memaaafkan kita walaupun kita buat kesalahan besar padanya tetapi Allah terlalu penyayang dan kasih sayang Allah yang tidak terhingga sehinggakan memaafkan hambanNYA yang dah buat banyak dosa padaNYA.SubhanaAllah!
bukan itu sahaja,pada malam itu jugak,kalau kita memohon untuk diberi pentunjuk dan hidayah daripadaNYA juga akan Allah berikan.
MasyaAllah ! bukan mudah untuk kita mendapat pentunjuk hidayah dari Allah ini..inilah masanya.
Malaikat pun masa itu mengelilingi hamba Allah yang bersungguh-sungguh bertafakur dan berdoa pada malam itu.
so,bukannya di10 malam terakhir ini kita sibuk dengan hari raya tetapi sibukkanlah dengan merebut peluang kerberkatan ini yang sudah terbentang luas.
apa-apa terpulanglah kepada individu itu sendiri yang mana nak rebut,tanyalah iman kerana iman pasti akan berkata "ALLAH" dan ini juga memesan pada diri saya sendiri juga
SELAMAT BERAMAL!
"TINGKATKAN AMALAN JAUHKAN KEMUNGKARAN"
4 Cicah Sambal Belacan!:
semoga menjadik pedoman bersama :) insyAllah :)
terima kasih sbb mengigatkan..
Sama2 lah kita meningkatkan amal ibadat ye..semoga beertemu malam Laiatul Qadr..
SoLy SoLicious....
insyAllah
Terbang Bersamaku...
aminnnn...sama2..
Post a Comment