hiasan |
Selamat malam semua pembaca n3 ini di belog sambal belacan !
Sedap - sedap tengah makan sambal belacan, tiba-tiba terdengar pulak kisah misteri ini di sebuah kampung di Marang. Cerita misteri ini adalah kisah benar dan ianya bukanlah rekaan,memang benar-benar terjadi!
Ianya dikatakan mirip seperti Hantu Kak Limah TETAPI hantu kak limah ini memang terjadi kepada penduduk kampung berkenaan!
" ...... menutup kepala dengan kain batik, rambut mencecah paras pinggang,lembaga misteri wanita tua seperti bertongkat,terdengar lembaga itu ................. " itulah yang diungkapkan oleh penduduk disitu mengenai lembaga wanita tua itu.
ha! nak tahu kisah seterusnya misteri lembaga wanita tua seperti Kak Limah ini...
bagaimana boleh wujudnya lembaga itu di perkampungan demikian???
oleh itu jom ikuti kisah Lembaga Misteri Wanita Tua seperti Kak Limah ini! jom terjah!
Hiasan,menyeram gak.. |
teng..teng..teng...
MARANG – Berambut panjang dan kadangkala menutup kepala dengan kain batik, rupanya persis watak hantu Kak Limah dalam filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mencetus fenomena dalam dunia perfileman negara.Kak Limah muncul di Marang. Itulah yang diperkatakan sebuah keluarga di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, apabila lima sekeluarga tertekan dan ketakutan akibat diganggu lembaga wanita tua berambut panjang itu sejak lebih seminggu lalu.Wanita misteri itu dikatakan sering menjelma dan dilihat merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ. Malah, kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang ahli keluarga terbabit.Ketua keluarga, Mazlan Ali, 55, mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang, sering merayau sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh, sebelum menghilangkan diri.Hantu Kak Limah minta tolongMenurutnya, kesemua lima keluarga yang tinggal di kawasan itu adalah anaknya dan tinggal secara berasingan di rumah masing-masing kerana sudah berumah tangga.“Ada antara mereka juga pernah melihat kelibat seorang wanita berambut panjang berdiri berdekatan paip air dan sekitar rumah sebelum menghilangkan diri.“Boleh dikatakan setiap hari pasti ada anak saya yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah semalam, (kelmarin) saya sendiri terdengar lembaga itu menjerit meminta tolong,” katanya.Dua bulan sebelum ini, katanya, kejadian menyeramkan itu tidak pernah dialami ahli keluarganya. Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah ke rumahnya.Menurutnya, kepingan papan dan tiang rumah itu diperoleh dari rumah pusaka ayahnya di Jerangau, Dungun, untuk dijadikan dinding rumah anaknya, Mohd Syawal, 22.Diganggu selepas bawa balik papan“Saya membawa pulang beberapa papan dan tiang itu ke rumah ini pada November lalu dan sejak itu gangguan lembaga misteri itu, bermula dan kami kerap diganggu dan kini kami sudah tidak tahan lagi dengan gangguan ini dan perlukan bantuan,” katanya.Menguatkan lagi dakwaan itu, Mohd Syawal turut me-nunjukkan imej lembaga misteri wanita tua seperti bertongkat yang dirakam secara tidak sengaja oleh ahli keluarganya beberapa hari lalu.Bagaimanapun, kata Mohd Syawal, dia sendiri belum pernah melihat kelibat wanita misteri itu tetapi sering diganggu bunyi yang pelik dan menakutkan sehingga menyebabkan dua anaknya tidak dapat tidur serta asyik menangis.“Bunyi seperti orang mencakar dinding kerap kedengaran di luar rumahnya pada sebelah malam, apabila saya turun tiada sesiapa di bawah. Kami buntu memikirkan cara untuk mengatasi gangguan ini,” katanya.Imam nasihat buat solat HajatSementara itu, Sinar Harian turut menemui beberapa penduduk berdekatan kawasan itu namun rata-rata memberitahu kelibat wanita misteri itu tidak pernah menggangu mereka.Manakala, imam Mohamad Razak, 57, menasihatkan agar keluarga itu mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun bagi mengelak diganggu selain mengadakan solat Hajat bersama penduduk setempat.Berikutan itu, kesemua keluarga terbabit berharap ada pihak yang dapat membantu mereka menangkap atau mengusir lembaga menyerupai wanita itu kerana mereka tidak tahu cara menangani gangguan tersebut.Keluarga ini boleh dihubungi menerusi talian 014-8120040 (Mohd Syawal) dan 013-9488025.
Inilah rakaman seorang penduduk mengenai hantu yang mereka terserempak itu.
huh! kalau bayangkan memang macam menyeramkan! perhatikan sebelah korang,takut ia ikuti korang baca kisah dia sekali ni!
agak-agak korang lah dari perceritaan ini, dari mana agaknya la kan lembaga wanita tua menutup kepala dengan kain batik, rambut mencecah paras pinggang seperti bertongkat ini ???
adakah dari kepingan papan dan tiang rumah yang diperoleh dari rumah pusaka ayahnya itu ??? Wallahualam...
......................................................................................................................................................
وَخَلَقَ الْجَانَّ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ
“Dan Dia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;” [al-Rahman ayat 15]
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا
Maksudnya: “dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. oleh itu, Patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu”.[al-Khafi ayat 50]
3 Cicah Sambal Belacan!:
jgn gempar kat klang dah la yer SB..hahaha
btl tu bell!!! hahahaahaha!!!!
mak limah tak tengok AF ke?
hahaha~
Post a Comment