salam rabu semua kepada pembaca belog sambal belacan!
tengah buatpe tu??? bekerja erk...
orait kali ini belog sambal belacan akan memberikan information untuk pelayar belog sambal belacan. Info kali ini belog sambal belacan nak war-war kan ialah mengenai tempat paling ngeri di dunia!
haaa...ini juga satu info kan,rugi kalau kita tak baca kan,apa agaknya tempat paling ngeri di dunia ini!
agak-agak nyer tempat apa??? mesti imagine kita adalah berkaitan tempat yang membahayakan kan..kan..Tetapi bagi Bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton menggambarkan tempat ini adalah paling menggerikan di muka bumi..
haaaaa...nak tahu tak ??? kenapa ianya berkata sedimikian ???
ok sebagai infomation, jom kita baca tempat paling ngeri di dunia ini! mengapa ia dikata sedemikian..yang tak tahu lagi tu, jom baca tempat ini,ianya sebagai satu sejarah pengetahuan untuk kita....
inilah tempatnya...!
JARANG sekali pelawat dikehendaki menandatangani borang aku janji apabila melawat mana-mana tempat di dunia.Tetapi borang yang baru ditandatangani oleh kira-kira 50 pelancong di dalam dewan Kem Bonifas yang terletak di Zon Bebas Tentera (DMZ), kira-kira 40 kilometer ke utara Seoul, Korea Selatan itu berbunyi: "Lawatan ke Kawasan Sekuriti Bersama (JSA) di Panmunjom melibatkan kemasukan ke kawasan musuh dan kemungkinan kematian akibat tindakan musuh."Sekalipun amaran itu menggerunkan, belum ada pelancong yang mati semasa melawat JSA, pusat ketenteraan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di DMZ.Namun begitu, nasib tentera pengaman yang ditempatkan di situ tidak selalunya baik. Sejak tahun 1953, lebih 50 tentera Amerika Syarikat (AS) dan 500 askar Korea Selatan terbunuh selepas berlaku pertempuran dengan tentera Korea Utara.Kem Bonifas sendiri diambil sempena nama kapten tentera AS yang dikapak sehingga mati semasa melakukan kerja memotong pokok di JSA pada tahun 1976.Bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton menggambarkan Zon Bebas Tentera (DMZ) di Korea sebagai tempat paling mengerikan di muka bumi.
TENTERA Korea Selatan berkawal di salah satu pos kawalan
yang banyak terdapat di sepanjang DMZ.
Apa tidaknya, DMZ yang membahagi dua Korea dipenuhi dengan menara peninjau, perangkap kereta kebal dan senjata berat.Jika tentera Korea Utara memasuki sempadan DMZ, AS secara automatik dikira sedang berperang kerana mengikut perjanjian 1954 yang disokong oleh resolusi PBB menyebut bahawa AS komited dalam mempertahankan Korea Selatan.Walaupun DMZ merupakan salah satu tempat paling bahaya di dunia, ia telah menarik kedatangan ratusan ribu pelancong setiap tahun.Mereka teruja untuk melihat tentera Korea Utara yang berwajah bengis dan sentiasa menggunakan teropong untuk memerhati pergerakan pelancong.Korea Utara dipercayai menempatkan sejuta tentera di DMZ. Di pihak yang satu lagi pula ada kira-kira 600,000 tentera Korea Selatan dan 28,000 tentera AS. DMZ merupakan salah satu penempatan terbesar tentera AS di luar negara.
..........................................................................................................................................................
Perang Korea yang meletus pada tahun 1950-53 hakikatnya belum berakhir. Tiada rundingan damai rasmi apatah lagi perjanjian menamatkan perang ditandatangani.DMZ pula ibarat medan untuk kedua-dua negara menunjukkan kehebatan.Pada tahun 1998, Korea Selatan membina Bangunan Kebebasan di JSA. Malangnya saiz bangunan dan seni binanya tidak menggembirakan Korea Utara.Sebagai tindak balas, negara itu membesarkan bangunan Dewan Panmun dengan menambah beberapa tingkat lagi.Begitu juga pada tahun 1980-an, apabila Korea Selatan membina tiang bendera setinggi 98 meter di Kampung Daeseong-dong, Korea Utara membalasnya dengan membina tiang yang lebih tinggi di Kijong-dong.Tiang bendera Korea Utara itu disenaraikan oleh Guinness Book of Records sebagai tiang bendera paling tinggi di dunia iaitu setinggi kira-kira 160 meter.
TIANG bendera paling tinggi di dunia milik Korea Utara.
Terdapat perkampungan di kedua-dua sempadan. Di selatan, Kampung Daeseong-dong ditadbir mengikut undang-undang DMZ. Ia merupakan satu-satunya kawasan berpenghuni di DMZ.selama lebih setengah abad, DMZ yang selebar kira-kira empat kilometer bertukar menjadi syurga bagi spesies haiwan terancam termasuk burung tengkuk putih dan harimau bintang.
oooo Zon Bebas Tentera (DMZ)ke utara Seoul rupa tempatnya...memang dashyat kepimpinan korea utara,patutla kematian pemimpin korea utara Kim Jong-Il mereka memang gusar sekali...pemimpin baru ini bagaimana pula korea utara ini???
2 Cicah Sambal Belacan!:
wow..baru tau akan kewujudannya...
whoa!bru taw gak nih..entri best nih...thanks 4 da info..
pssst ! aritu wat segmen review blog..ad sape2 wat ke SB??huhuhu
Post a Comment