assalamualaikum pembaca belog sambal belacan!
ok kali ini belog sambal belacan nak cerita liku-liku kehidupan yang merupakan jalan cerita yang benar, di mana SB mendengar keluhan ini ketika dulu.
jalan ceritanya tiada mengena sesiapa sama ada yang membaca ataupun tidak membaca dan sebagainya.
jom kita baca kisah ini sehingga habis.......
haaa..begini ceritanya...
Emak bapa budak perempuan yang mengandung itu telah lama bercerai,bapanya duduk di kawasan Perak dan emaknya tidak pasti dimana dia menetap sekarang ini.
Budak perempuan ini memang baik dan dia tidak bersosial,memang terlalu baik, baguslah kalau nak buat bakal isteri pada lelaki di luar sana tu, dia masih belajar lagi di sebuah institut di semenanjung.
Dalam keadaan keluarganya yang begitu tidak teratur dengan ketiadaan kasih sayang daripada kedua ibu bapanya, akhirnya si budak perempuan ini dalam umur 20an ini telah berhasrat untuk mengambil sebuah keluarga angkat, cari punya cari akhirnya jumpa juga si budak perempuan ini dengan seorang kakak angkat untuk sebagai inginkan secebis belaian kasih sayang daripadanya. Kerana semenjak ibu bapanya bercerai budak perempuan ini sedikit pun tidak menerima kasih sayang itu malahan ianya menjadi terbiar.
Walaupun dia terbiar daripada keluarganya, namun perangainya, sifatnya sedikit pun tidak tergugat dan terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya walaupun dia mengalami keadaan hidup yang tidak menentu seperti orang lain yang mempunyai belaian kasih sayang daripada ibu bapa.
Tabah dan terus tabah budak perempuan ini mengharungi liku-liku kehidupannya sebagai seorang penagih simpati kasih sayang. Dengan mempunyai seorang kakak angkat maka terubatlah hati yang selama ini terlalu merindukan kasih sayang. Dengan kepercayaaan terhadap kakak angkat ini, maka seronoklah di hati budak perempuan ini menerima seorang kakak angkat.
Pada suatu hari, si budak perempuan ini telah hadir dirumah kakak angkatnya itu kerana dia merasakan keseorangan duduk seorang sahaja di rumah sewanya itu. Bayangkanlah kalau kita duduk keseorangan dirumah mesti rasa boringkan,ini kita yang mempunyai kasih sayang, bagaimana perasaan si budak perempuan itu yang telah terkunci kasih sayangnya itu dan hanya mengharapkan kasih sayang yang bukan darah daginya itu, namun ini sudah cukup terubat segalanya yang apa dirasai oleh budak perempuan itu.
Dengan kepercayaan itu, maka budak perempuan itu tidur semalaman dirumah kakak angkatnya itu.
Namun kepercayaan yang selama ini terjalin, perubat kasih sayang dimiliki, akhirnya , musnah hancur tidak terkata, membuatkan dirinya seolah terpaku, hidup berkecai dan dia merasakan hidup tidak bermakna lagi, kesedihan selama ini hadir lagi dengan lebih perit, lebih dua kali ganda dia rasai selama ini kerana orang yang dia percayakan selama ini dan sebagai pengubat secebis kasih sayang daripadanya, rupa-rupanya menikam duri dibelakangnya.
Kakak angkatnya itu telah menganiaya dia, telah meletakkan ubat didalam minuman budak perempuan itu. Dan rupa-rupanya ada orang ketiga pada masa itu yang telah menyebabkan budak perempuan itu di sahkan mengandung.
Dan mereka terus menghilang.
Hati terus dimamah kehancuran sebaik sahaja mendengar ungkapan dari bibir doktor itu.
Tak terkata budak perempuan itu, lalu sehinggakan dia mengalami tekanan dengan keadaan disekelilingnya itu yang dia merasakan dan beranggapan bahawa pasti masyarakat luar sana memandang serong padanya.
Namun, dia bukan seperti itu!!!! dia bukan seperti itu!!!! Ya Allah!!!
Itulah ungkapan yang merontak dihatinya sambil mengalirkan air mata kesedihan yang tidak putus-putus memikirkan selama ini dahagakan kasih sayang, sudah merasakan miliki kasih sayang itu, rupa-rupanya racun dahaga yang dia terima.
Ya Allah!!! Ya Allah!!! Ya Allah!!!
Akhirnya dia mengambil keputusan dengan keadaan tekanan, dia ingin mengugurkan baby didalam kandugannya itu.
Namun, orang disekelilingnya itu tidak mahukan si budak perempuan itu mengugurkannya kerana baby yang akan dilahirkan itu dia tidak berdosa sama sekali.Dia tidak bersalah dan baby itu tidak seharusnya menerima penderitaan seperti itu.
Percayalah dengan si budak perempuan itu tidak mengugurkan baby itu, pasti hidupnya akan mendapat keberkatan dan akan sentiasa didoakan oleh baby itu kerana budak perempuan itu bukan rela hati melakukan perkara seperti ini tetapi ia di zalimi.
Doa seorang yang dizalimi cukup tinggi darjatnya disisi ALLAH, berdoalah dan terus berdoalah dan percayalah baby itu pun akan mendoakan budak perempuan itu, pasti orang yang menganiaya itu akan mendapat balasan yang seadilnya.
Akhirnya budak perempuan itu tidak jadi untuk melakukan seperti demikian. Maka daripada pertolongan masyarakat diluar, ada seorang hamba Allah , ingin dengan ikhlas untuk menjaga baby itu. Takut nanti jika budak perempuan itu emosinya terganggu lagi, dia akan membuat sesuatu di luar jangkaan.
Tamat....
kalau korang nak tak jaga baby itu ??? Pandangan ???
Kita berdoalah agar budak perempuan itu dirahmati dan lindungan daripada Allah...Aminnnn...
Doa orang yang teraniaya
1. Mohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan sebagainya dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah. Baca " Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha ". Sangat mujarab bagi orang-orang yang dizalimi.
ATAU .......
2. Sebutkan doa di dalam bahasa kita " Ya Allah. Mereka ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini. " .
ATAU .....
3. Biarkan Allah balas mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pada mereka. Mereka akan kekal memikul dosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya.
5 Cicah Sambal Belacan!:
kesian nye dekat budak tu...
dia ngn baby tu x bersalah..
jika diberi kemudahan Allah hendak juga saye jage baby tu..
=D
besarnya dugaan dia... :(
saya percaya setiap orang ada kisah di sebalik kehidupan...cuma sejauh mana kita akan lali & bilakah akan pulang ke pangkal...anak tu sangat suci sapa-sapa pun boleh bela..kita yang mencoraknya..hanya Allah yang boleh mengadili...
ADUHaii..sedihnya.tak semua orang kuat menghadapi benda2 yang mcm nie.Semoga girl tu tabah dalam liku2 kehidupan dia dan semoga Allah sentiasa melindunginya dan baby tu..
satu lagi entry terbaik dari SB! Alhamdulillah. Orang teraniya ni lebih sabar orangnya. Hidup tanpa dugaan, takde maknanya. Family Eza sendiri hidup teraniya lebih dari 10 tahun. P, alhamdulillah semuanya dah beransur baik dengan kuasa Allah memperlihatkan kebenarannya pada semua.
bagi Eza, Eza tak hidup dipuji dan Eza tak mati dicaci. InsyaAllah. Doakan Eza yer SB. :)
Post a Comment