*** sebelum itu scroll bawah lagi on play lagu instrumental lagu ini..layannn...
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
lihat pada lirik lagu ini pasti tahu kan macam mana situasinya
hanya perasaan yang dapat menggambarkan keadaan perasaan yang kita dambakan.
kita tidak lari dari daripada perasaan itu kerana ianya satu fitrah pada kita untuk mengenalinya.
tapi kita tak mampu untuk mengubah hati dan perasaanya untuk kita, namun kita hanya boleh meluahkan perasaan kita kepadanya yang kita cintakan dia..itu jer, tetapi untuk dia menerima kita itu pasti kita tidak mampu.
Hanya kita mampu adalah berdoa kepada yang lebih mengetahui perasaan kita ini iaitu yang Maha Esa kerana DIA lah yang dapat mengubah segalanya.
Kita tidak boleh memaksa perasaan dia untuk menyukai kita walaupun hati kita terlalu tinggi menyukai dia. Simpan dan simpanlah perasaan itu kerana jika kita sentiasa meluahkan kepadanya pasti ia akan menegelami hati kita padanya.
Biarlah dia tahu setakat kita menyukai dia walaupun kita di kecewakan kerana sekurangnya dia mengetahui yang kita menyukai dia.
mengadulah sepuasnya kepada Allah, beritahulah kepada Allah kenapa kita menyukai dia, kerana Allah mengetahui semuanya. Jika kita mengadu dan meluahkan padanya pasti mengeruhkan keadaan. Allah mengetahui untuk kita jika ia terbaik untuk kita pasti hanya Allah sahaja yang mampu mengubahnya. Kita tidak mampu mengubahnya walaupun berbuih-buih kata kita luahkan pada yang kita menyukai itu.
oleh itu, simpan dan simpanlah mengadulah kepada Allah yang kita suka dia, tanyalah pada Allah, pasti kita tidak kecewa walaupun keadaan.
Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
layan instrumental..layan feelling..:)
4 Cicah Sambal Belacan!:
Kepada tuan punya status,
dengan ini saya meminta izin
daripada anda supaya saya boleh
mengomen status anda. Suka
atau tidak terpulang kepada anda
untuk membacanya dan berharap
anda dapat memahami apa yang
saya komen. Sebenarnya saya
tidak ...tahu apa yang saya
komenkan di sini, tapi sebagai
tukang komen status,
bahawasanya status anda terpilih
untuk dikomen oleh saya, sesuai
dengan kerja saya sebagai tukang
komen. Sekali lagi saya
menyatakan bahawa diharap
anda dapat memahami komen
saya kerana apa yang saya
komenkan disini amatlah panjang.
Tapi tidak salahlah jika komen
saya panjang jika isinya padat dan
lengkap memenuhi informasi
semasa. Mungkin anda hairan
apa yang saya komenkan disini,
tapi ternyata status anda memang
tiada kaitan dengan apa yang
saya komenkan kerana secara
tidak langsung komen saya ini
akan memberi manafaat kepada
status anda supaya status anda
lebih menyerlah berbanding
biasa. Dengan itu teruslah
membaca komen saya kerana apa
yang saya komenkan disini akan
memberi inspirasi kepada anda
untuk mengupdate status baru
yang lebih informatif, kreatif,
progresif dan innovatif. Namun
cerita saya disini belum habisnya,
masih ada banyak lagi
kesempatan yang saya ingin
komenkan disini selagi facebook
masih online selagi itulah saya
tidak hentinya mengomen status
siapa-siapa saja yang saya mahu
komen. Jadi anda harus berasa
bertuah kerana anda bukan saja
terpilih, tetapi status anda
menang menjadi kesukaan saya,
ya saya suka dengan status anda
dengan itulah saya tidak henti
mengomen tentang kesukaan
saya terhadap status anda.
Namun komen saya belum lagi
berakhir disini. Mungkin anda
berasa pening mahupun juling
kerana membacanya tetapi
tangan saya masih mampu untuk
menaip komen untuk anda
biarpun apa yang saya fikirkan di
benak fikiran hanyalah kosong
tetapi tangan ini terus menaip
komen. Alangkah sukanya saya
jika dapat mengomen status anda
di hari-hari yang berikutnya selagi
facebook masih online, maka
disitulah saya mengomen dan
terus mengomen siapa saja yang
saya suka. Jikalaulah anda tidak
meneruskan membaca komen
saya disini, mungkin anda telah
pengsan, mahupun sedang
dibawa ambulance pergi hospital,
tetapi jika anda sedang membaca
apa yang saya komenkan disini,
maka tahniah!! kerana anda
seorang yang penyabar. Kerana
itulah saya menyukai anda dan
juga status anda. Maka dengan
itulah lah saya akhiri komen saya
disini. Tidaklah saya mampu
untuk menaip dengan lebih
panjang lagi kerana apa yang
saya komenkan tidaklah saya
sendiri memahaminya, adalah
kemungkinan anda seorang yang
gila membacanya. Namun
ketahuilah anda bahawa dalam
pada saya sedang menaip komen
anda, telah habis Mee Sedap 3
bungkus dikala mencari idea
untuk menaip komen status anda.
Ya itulah kesanggupan saya
mengomen status anda, dan
dengan itulah berakhirnya komen
saya disini
La tahzan dengan jodoh dan cinta. Cinta adalah perasaan dari hati. Bila cinta ditolak, merana la jiwa. Tapi ingatlah, semakin kita mendekati Allah, semakin Allah mendekati kita dengan JODOH kita. InsyaAllah. :)
Eza pun layan lagu ombak rindu, lagu je, movie tak :P
cinta itu tak semestinya kita harus memiliki..tapi cinta itu adalah apabila kita mahu melihat dia yang kita cinta bahagia walaupun bukan dgn kita..
~cinta itu unik dan sukar untuk ditafsirkan..~(^__^)
as salam..
benar tu... biarlah tka bahagia didunia..asalkan kita membuat persiapan untuk bahagia selamanya di sana..
ameen...
Jemput ziarah membaca entri pakcik.. ;)
syukran..
Pergi Mati..
Cara meringankan solat dalam Islam
Under Guise Of Friendship
Post a Comment