Pernah mengalami simpton ini???
berbuka,adakah anda sentiasa membeli makanan dibazaar ramadhan????
memang mudah kan beli jer pastu kita makan jer terus tanpa kita masak...
tetapi.....
baru-baru ini kita digemparkan dengan kematiaan seorang murid perempuan di Meru, Klang, Selangor, Nurdini Mohamad Ali, 11 akibat keracunan makanan selepas makan makanan yang dibeli di sebuah bazar Ramadan di situ.
Selain Nurdini, ahli keluarganya yang lain turut mengalami simptom keracunan makanan setelah menikmati hidangan berbuka puasa yang sama.
dan...apakah itu keracunan makanan????
keracunan makanan adalah disebabkan oleh beberapa jenis virus, bakteria dan parasit yang akhirnya menjadi toksik berbahaya kepada perut.
bagaimana Virus itu merebak????
Organisma tersebut mudah merebak melalui cecair dan makanan yang kotor.
apakah jenis-jenis virus itu???
Antara jenis virus, bakteria dan parasit yang terlibat termasuklah rotavirus, adenovirus, E. Coli, salmonella, shigella dan giardia,
virus itu mudah merebak melalui apa??? dan bagaimana untuk mengatasinya???
Disebabkan organisma tersebut mudah merebak melalui minuman dan air, Wendy menyarankan agar pengguna memilih gerai minuman yang mengamalkan kebersihan.
Contohnyer cmner???
Contoh makanan yang kurang bersih adalah minuman air tebu. Selalunya batang tebu yang dilonggokkan itu akan terus diperah bersama-sama kulitnya untuk mendapatkan jus.
“Cuba bayangkan bagaimana ia dihidangkan dalam keadaan begitu sedangkan virus dan bakteria mudah merebak?
“Selain itu, air batu juga sering menyebabkan masalah keracunan makanan kerana kebanyakannya disediakan dengan air yang tidak dimasak terlebih dahulu,” katanya lagi.
Siapakah golongan yang berisiko????
antara golongan berisiko kepada kematian setelah mengalami keracunan makanan adalah kanak-kanak berusia di bawah lima tahun, golongan warga emas dan mereka yang mengalami pelbagai masalah kesihatan.
Kenapa ia lebih berisiko???
Golongan itu sangat berisiko untuk mengalami dehidrasi yang melampau akibat keracunan makanan. Kanak-kanak mudah mengalami dehidrasi berbanding orang dewasa,
mmmm...pastu apakah simptonyer????
simptom keracunan makanan seperti cirit-birit, muntah dan keletihan akibat dehidrasi selepas beberapa jam menikmati juadah.
dah tahu simptonya,nak buat ape????
menyarankan agar pesakit menjalankan rawatan sendiri sebelum berjumpa doktor.
ha! ape dia! rawatan sendiri dulu??? eh macam mana pulak ni?????
minum air bergaram mampu mengembalikan keseimbangan bendalir badan yang terhidrat akibat muntah dan cirit-birit.
apa kelebihan air garam ini pulak???
Garam penting kerana ia dapat mengembalikan kandungan sodium dan potasium dalam tubuh.
oooo...macam itu...pastu macam mana nak lakukannya dengan air garam itu????
Anda boleh melakukannya sendiri. Campurkan sedikit garam dan gula bersama air sejuk untuk diminum.
kalau kita nak letak sedikit perasa boleh tak pada air garam tu?????
Tidak salah untuk meletakkan sedikit perasa kepada minuman itu.
Selain itu kaedah selainnya......
Namun, sebaik-baiknya anda harus bersedia dengan ubatan berkaitan seperti larutan garam dehidrasi yang boleh didapati di farmasi dan minum banyak air masak,” katanya sambil menambah, kaedah tersebut tidak mengubati keracunan makanan sebaliknya bagi mengembalikan kandungan garam dalam badan.
nasihat Dr????
menasihatkan orang ramai agar berhati-hati memilih makanan yang dibeli di luar.
“Saya tahu apabila berdepan dengan pelbagai hidangan yang lazat kadang-kadang kita terlupa untuk memeriksa tahap kebersihannya.
“Sebenarnya tidak susah untuk menilai kualiti sesuatu makanan berdasarkan bau dan rasanya. Jika ia berasa dan berbau masam, elakkan memakan makanan tersebut.
“Sebahagian makanan yang dijual di bazar Ramadan selalunya dimasak dan dijual lebih awal dari waktu berbuka puasa dan ia mudah rosak,”
Pakar Gastroenterologi, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Wendy Lim
ooo..baru tahu......
9 Cicah Sambal Belacan!:
betul la.jadi takut nak beli makanan kat bazar ramadhan.hari nie dok kuar masuk toilet je.gara2 beli lauk kat bazar smlm.adesss..serikkkk..
boleh bli tp cri lah yg fresh..
last 2 weeks satu family food poisoning..
baru tau air garam tu..hehe..thanks info..
kutoOobambOo / ericoanaci...
btk tu,pilihla yg betul2 kn,,
visitme@FaTiN cOrNeR...
sama-sama kita berkongsi ilmu..
tu la nak beli makanan kat bazar pun kena pikir dulu. baik masak sendiri, halal dan kebersihan mmg tak ragu2 dah.
::Cik Pija::...
btl tu,masak sendiri lg puas..
betul lah dik...sis pun lama dah tak beli kat bazar...tak koser lak tahun nie nak beli jer... :)
Post a Comment