sahur makan ape?
berbuka pulak makan apa?
tapi apa-apa pun jangan ikut nafsu ek,jangan nafsu pulak menguasai kita di bulan yang mulia ini.masa inilah kita nak berjihad menentang nafsu.masa SB belajar dulu,ada ustaz cakap kalau kita tidak mampu nak pergi ke luar negara untuk berjihad,takpe...kita pun tengah berjihad ni,tiap-tiap hari kita berjihad,salah satu jihad kita adalah melawan nafsu.haaa besar pahalanya kita berjihad ini,lagi2 dibulan Ramadhan.
ok,sebelum ini SB ada bagi tips berpuasa kan,kali ini SB nak tambah sikit hujungnya iatiu tips berbuka puasa mengikut secara sunnah nabi.nak ikut sunnah nabi tak?? kalau nak jom ikuti tips berbuka puasa mengikut sunnah nabi......
MEMBACA DOA
Ibn "Umar r.a berkata: "Apabila berbuka puasa,Nabi SAW akan membaca doa (yang bermaksud): Hilanglah segala kehausan,segala urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala." (Riwayat Abu Dawud).
Kita juga boleh berdoa apa sahaja yang dihajati kerana diantara waktu mustajab untuk berdoa adalah ketika berbuka puasa.
SEGERA BERBUKA
Nabi SAW menyegerakan berbuka puasa.Masuk sahaja waktu Maghrib,Baginda akan segera berbuka.Baginda besabda: "Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa."(Riwayat al Bukhari).
BUAH RUTAB,TAMAR ATAU AIR
Rutab buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan.Ia lembut dan manis.Tamar pula ialah kurma yang dikeringkan sebagaimana yang banyak dijual.Berbuka puasa dengan buah Rutab,tamar atau air merupakan sunnah Nabi SAW.Anas bin Malik r.a berkata: "Rasulullah SAW berbuka puasa sebelum solat maghrib dengan Rutab.Jika tiada Rutab,Baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar,Baginda akan meneguk beberapa teguk air." (Riwayat Imam at Tarmizi)
SOLAT MAGHRIB
Rasulullah SAW juga menyegerakan solat maghrib.Oleh itu,setelah selesai menikmati hidangan,bersegeralah mengerjakan solat maghrib.
BERBUKA SECARA SEDERHANA
Cara berbuka Nabi SAW yang hanya makan kurma dan minum air adalah cara yang sederhana.Jika kita mahu meniru Nabi SAW,kita juga perlu berbuka secara sederhana.Baginda tidak pernah makan secara berlebih-lebihan hingga terlalu kenyang walaupun setelah seharian menahan lapar dan dahaga.
MENJAMU MAKAN BERBUKA PUASA
Nabi SAW suka berkongsi makan dengan para sahabat sama ada pada bulan puasa atau bulan-bulan lain.Baginda juga menggalakkan umatnya menjamu makanan berbuka puasa kerana ganjarannya begitu besar.Sabda Baginda: " Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa,pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa,iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit." (Riwayat at Tarmizi)
ok selamat beramal:)...
1 Cicah Sambal Belacan!:
nice entry
:D
btw,slmt kumen mgomen n folo mnfolo..:)
Post a Comment