cerita pasal jer bulan ramadhan jer,mesti semua umat islam sudah mengetahui yg mereka akan berpuasa sebab berpuasa dibulan ramadhan adalah wajib,so,bagi yg tak puasa tu,mmmm lu pikirlah sendiri..kalau dah pikir makanlah sambal belacan yg pedas baru tahu bagaimana rasanya.
ok nak muhasabah diri tak dibulan yg penuh kerahmatan ini,ok kalau nak SB akan membawa satu kisah tauladan yg boleh kita jadikan panduan dan iktibar pada episod MUHASABAH RAMADHAN.
ok bagi 1st episod MUHASABAH RAMADHAN ini,SB akan bawakan satu al kisah mengenai kehebatan kita membaca alquran.baca al quran tak??? ok kalau yg jarang2 dan kadang-kadang liat nak baca tu bolehlah baca kisah tauladan ini sebagai pembakar semangat kita untuk terus mentalaah kitab keaggunan Allah SWT ini..nak tahu kisah nyer itu..
jom muhasabah ramadhan......
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an.Telah bersabda Rasulullah S.A.W :" Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya." Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
SUBHANAALLAH! kebesaran Allah,
bagaimanakah dengan Al quran kita??? adakah ia ada tapi hanya kita memandangnya sahaja dan kita hanya membuka membacanya hanya sekali-sekala,jikalah anda berkapel,kalauhlah pasangan anda sekali sekala menghantar mesej pada anda,apakah perasaan anda??? begitulah perasaan al quran jika anda lakukan sedemikiaan...
dan jika mengamalkan dibulan yg mulia ini huh lebih dari itu ganjarannya yg akan kita perolehi..
untuk nasihat diri sendiri MUHASABAH RAMADHAN....
2 Cicah Sambal Belacan!:
bagus dan menginsafkan perkongsian ni. semoga kita semua dapat manfaatnya, insyaAllah. selamat menjalani ibadah puasa. edy dah follow kat sini. jgn lupa singgah ke blog edy ya. tq
Edy Ramanov ...
btl tu..sama2 kita amalkan..trm kaseh..
Post a Comment