puasa tak hari ini????
Alhamdulillah puasa pun ek..camtulah..:)
Cerita pasal puasa ini mesti kita akan tahu yang puasa ini menahan diri daripada lapar dan dahaga tetapi bukan itu sahaja malahan kita pun kena menjaga pancaindera daripada membuat dusta.bukan mudah untuk kita menjaga pancaindera daripada dusta,inilah jihad yang paling besar,lagi-lagi dibulan yang penuh barakah ini,MasyaAllah! memang besar pahala yang akan kita perolehi didalam berjihad seperti itu.
Semua orang berpuasa kan.tetapi mesti nak tahu kan macam mana cara puasa Rasulullah.Nak ikut tak cara Rasulullah berpuasa ini,kalau kita mengikuti pasti besar pahala yang akan kita perolehi dan bukan itu sahaja,puasa kita pun akan menjadi sempurna.
Ok ini,adalah langkah-langkah yang diambil oleh Baginda untuk menyempurnakan ibadah puasa......jom kita follow...
1. Memantapkan niat – Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang tidak menetapkan akan berpuasa sebelum fajar, maka tidak sah puasanya.” (riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
2. Melaksanakan makan sahur – Anas bin Malik r.a. telah berkata telah bersabda Rasululla SAW. yang bermaksud: Sahurlah kamu sekelian, sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkatannya. (riwayat Muslim).
Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani yang dimaksudkan dengan berkat itu adalah ganjaran pahala dari Allah. Sahur akan menguatkan lagi semangat dalam berpuasa serta dapat membantu seseorang itu untuk melakukan apa juga bentuk ibadat sepanjang ibadat puasa dilaksanakan.
3. Imsak Rasulullah – Rasululalh SAW. bersabda : “Apabila salah seorang dari kamu mendengar azan subuh padahal bekas minuman masih di tangannya, maka janganlah ia meletakkannya sehingga dia menyelesaikan meminumnya”. (riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).
Keadaan yang digambarkan oleh hadis tersebut ialah kepada seseorang yang terlewat ketika bangun untuk makan sahur.
4. Mempercepat berbuka – Sahl bin Saad berkata sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Telah berfirman Allah SWT: “Hamba-hamba-Ku yang lebih aku cintai ialah mereka yang segera berbuka puasa bila tiba masanya”. (riwayat Tirmizi dan Abu Hurairah).
5. Memperbanyak membaca al-Quran – Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Orang yang berkumpul di masjid dan membaca al-Quran, maka kepada mereka Allah akan menurunkan kelemahan batin dan limpahan rahmat. (riwayat Muslim).
Barang siapa yang membaca satu huruf al-Quran, maka pahala untuknya sepuluh kali ganda.
Namun membaca dalam konteks hadis di atas adalah ketenangan dan limpahan rahmat akan lebih mudah dicapai bila tadarus diertikan dengan mempelajari, menelaah dan menikmati al-Quran.
6. Memperbanyakkan sedekah – Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadan. Bersedekah bukan hanya memberi wang, tetapi termasuklah mengajak orang lain berbuka puasa di rumah kita terutama kepada golongan fakir miskin.
MasyaAllah!!!! besar kelebihannya.....
Lakukan sesuatu yang terbaik di sisi Allah kerana pada setiap malam bulan Ramadan ada suara yang memanggil: “Wahai orang yang melakukan kebajikan terus tingkatkan apa yang kamu lakukan itu. Wahai orang yang lalai, hentikanlah segera akan kelalaian yang sedang engkau lakukan. Mudah-mudahan Allah akan menunjukkan kita semua jalan yang lurus, menghapuskan dosa dan memasukkan kita dalam golongan manusia yang bebas dari api neraka.”
SUBHANAALAH WALHAMDULILLAH WALAILAHAILAALLAHUAAKBAR!!!!
7 Cicah Sambal Belacan!:
amalan yg macam nie yg perlu ikut dan ditekankan..bukan kawen 4 je perlu ditekankan.choyy.huhu
senyum juga sedekah... =)
Cik Bell...
betul tu...sokong2..
Semut Senyum...
yaaaa..sudah semestinya:)
Semut Senyum...
yaaaa..sudah semestinya:)
insyaAllah...
:)
Amirah Suhana ...
insyaAllah..
Post a Comment