hi semua blogger...
puasa tak hari ini??? bgussss
ok kalau puasa SB nak bagi beberapa tips berpuasa ni..
jom usha tips2 nya.
Tips-tipsnya ialah.....
MELEWATKAN MAKAN SAHUR
Kita disunatkan untuk melambatkan sahur sehingga hampir dengan waktu subuh.Dengan melambatkan sahur,kita tidak terlalu cepat berasa lapar.Kita juga dapat mengamalkan sunnah Nabi.Sebaik-baiknya,waktu kita selesai bersahur adalah kira-kira 10 minit sebelum masuk waktu subuh iaitu sekira-kira tempoh bacaan 50 ayat al quran.
TADARUS AL QURAN
Setiap kali selepas solat,anda digalakkan untuk bertadarus al quran sama ada dirumah ataupun di surau/masjid.Bacalah ayat-ayat al quran itu pada sepanjang Ramadhan,jangan tertinggal sedikit pun utuk membacanya kerana pahalanya sungguh besar membacanya di bulan Ramadhan.
MEMPERCEPATKAN BERBUKA
Tidak seperti bersahur,anda digalakkan untuk mempercepatkan berbuka puasa apabila tiba waktunya.Jika anda melambatkanya,nescaya solat Maghrib anda juga akan terlambat sedangkan Allah SWT tidak suka kepada orang yang melambatkan solat.Mulakan berbuka dengan buah kurma dan makanan yang ringan seperti kuih dan jangan sesekali membazirkan makanan.
MAKAN MAKANAN BERKHASIAT
Ketika bersahur ataupun berbuka,eloklah anda makan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan,sayuran,tauhu,kekacang,susu,tempe dan kurma.Makanlah makanan yang senang dihadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas,makanlah secara sederhana supaya anda mampu melakukan ibadat kepada Allah SWT.
MINUM AIR SUAM
Sepanjang bulan puasa,sebaik-baiknya anda perbanyakkan minum air suam ketika bersahur ataupun berbuka.Ini untuk menjamin kesihatan yang baik sepanjang hari.Elakkan daripada minuman bergas ataupun berais ketika berbuka ataupun bersahur.
SELAMAT BERAMAL.....:)
Heart on the Window by Jin BTS & Wendy Red Velvet
18 hours ago
6 Cicah Sambal Belacan!:
huu suke minum ais..akibatnye perut buncit.kihkikih
AesyaZealous ...
hehehe
Bab makan yg kadang2 susah nak ikut. Sbb sy mmg suka makan yg bergoreng, berempah & pedas2.
Tapi biasanya sy makan mknn yg berat lewat sikit, dlm pkl 10 lebih gitu.
Masa buka selalunya makan kurma 3 biji & air suam saja.
oktant ...
kurma bagus mkn time buka tu..
terima kasih tips nih... :)
azra sophie ...
sama-sama:)
Post a Comment