haaa..nape dengan rumah pulak ni,
korang tahu tak rumah ni,depan pintu rumah dia ada .............
besar benda tu taw,nak tahu ape benda tu yang berada kat depan pintu rumah tu..
opsss sebelum tu kita beri laluan dan memperingati peristiwa hari kebesaran pada umat islam yang berlaku pada setiap 17 Ramadhan iaitu NUZUL AL QURAN.
Hari yang penuh bermakna,banyak kelebihan dan peristiwa yang berlaku pada hari nuzul al quran ini,ok,korang pun mesti dah tahu kan ape itu nuzul al quran.oleh itu,aku bagi sedikit info tentang nuzul al quran ini...
manalah tahu kita dah lupa kan.ok nak belajar jangan malu-malu.tak kesah biar pun apa orang kata.
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w.
Ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran.Perkara ini dinyatakan dalam al-Quran, melalui firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat ke 185 yang bermaksud:
“Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.”
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
FirmanNya dalam ayat pertama surah al-Qadar :
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.
Dalam surah al-Dukhan ayat ke 3 pula Allah s.w.t telah berfirman :
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).
ok itulah sedikit info tentang peristiwa nuzul al quran yang akan disambut pada 17.08.2011 pada tahun ini.Selamat menyambut nuzul al quran,TINGKATKAN IBADAH JAUHKAN KEMUNGKARAN !.
orait,kita sambung semula pada tajuk entri tentang kisah ada benda besar depan pintu rumah ini,
haaa tapi kisah ini berlaku di Britain..nak tahu kisahnyer,
jom kita terjah al kisah benda besar depan pintu rumah ini!
camni kisahnyer......
ENNISKILLEN, Britain – Seorang wanita Ann Maguire terkejut melihat seekor lembu jantan besar seberat satu tan tercegat di pintu rumahnya.
Maguire berkata, dia mendapati lembu jantan berwarna coklat itu asyik merenung cermin kaca pada pintu depan kediamannya di sini, negeri Ireland Utara.
Bagaimanapun, tanpa disangkanya, dia ketawa apabila menyedari haiwan itu seperti seronok dapat melihat refleksi sendiri pada cermin itu.
“Ia seperti memuji ‘betapa kacaknya aku’ di hadapan pintu depan rumah saya. Kejadian ini sungguh melucukan,” kata Maguire kepada sebuah akhbar tempatan.
Lembu itu yang terlepas
dari sebuah treler, kemudian beredar sebelum ia ditangkap penduduk setempat ketika merayau-rayau di bandar ini.
– Agensi
SEEKOR lembu jantan terpaku di depan pintu rumah seorang wanita di Enniskillen, Ireland Utara.
hahahahahaha..lembu tu pun pandai nak usha tu,nasib baik tak terkam wanita tu..hahahahaha.
2 Cicah Sambal Belacan!:
mesti tu la 1st time lembu tu tgk muka dia kan..
heheh
hahaha....
Post a Comment