haii korang salam rabu pada blogger pembaca belog sambal belacan!
ok kali ini belog sambal belacan akan cakap pasal cinta cinta cinta lagi..
boring erk asyik cakap pasal cinta ??? ok-ok kalau boring korang boleh terjah entri yang lain erk..blh kan..kan..
orait, yang suka tu, meh,meh,meh kita terjah lagi pasal cinta. jom kita layan perasaan cinta lagi....tak tahu nak luahkan, ini luahan cerita cinta seterusnya, segala cerita cinta adalah BENAR yang dilalui seseorang.
kali ini begini ceritanya...
Seorang wanita ini telah berkenalan dengan seorang lelaki semenjak mereka kecil lagi sehinggalah mereka berdua terpisah sewaktu umur 17 tahun kerana kedua ibu bapa wanita ini akan berpindah ke Kuala Lumpur.Sejak mereka berkawan,mereka berdua ini jugak menjalinkan hubungan cinta yang dikatakan cinta monyet sehingga wanita ini berpindah.Maka, bermula episod baru bagi wanita ini yang sudah menetap di Kuala Lumpur. Sejak wanita ini menetap di Kuala Lumpur, wanita ini telah berkenalan dengan seorang lelaki di KL. Apabila sudah lama berkenalan, akhirnya, mereka telah menjalinkan hubungan cinta yang begitu serius..Kata wanita itu " lelaki yang dia kenali ini memang terlalu baik padanya, dialah seorang lelaki yang baik, selalu menasihat dia, take care dia, pastu dia mesti akan nyanyi lagu kenangan terindah dari samsons untuk dia setiap malam.Memang cinta mereka dah teguh, sudah lama menjalinkan hubungan cinta ini semenjak wanita ini menetap di KL. memang mereka bercinta dengan sejujurnya...( cuba korang bayangkan kalau dah cinta cmtu kan, beruntungnya....)Namun,cinta yang lelaki berikan pada wanita ini akhirnya lebur dan musnah............
Tanpa tidak diduga dan tidak dirancang, tiba-tiba lelaki yang wanita itu kenali semenjak kecil lagi akhirnya mereka bertemu jua ini kerana lelaki itu berpindah ke KL juga mengikut keluarganya.Yang menjadi tidak diduga lagi , mereka pulak dapat berjiran sebelahan.. Apa lagi dengan tidak diduga ini akhirnya kedua ibubapa belah pihak ingin mengahwini anak mereka yang sudah kenal semenjak kecil lagi ini.Bila dengar jer begitu wanita ini terus mengalirkan air mata kerana perasaan sayang rindu pada lelaki yang dia kenali sejak berpindah di KL itu, akan dia tinggalkan.memang dia tak sanggup nak tinggalkan lelaki itu, dia tak boleh lupakan perjalanan yang begitu indah semasa bercinta dengan lelaki itu.Hati sape yang tak berkecaikan, cinta yang dah dibina selama ini hancur begitu sahaja, lelaki itu pun down, dia kata wanita ini hanya nak permainkan perasan dia jer.. Tapi wanita ini membalasnya berkata pada lelaki itu " Bukan begitu,saya sedikit pun tidak ingin memainkan perasaan awak, tapi ini semua desakan dari ibubapa saya yang kenali lelaki itu sejak kecil lagi"akhirnya wanita dan lelaki yang mereka kawan sejak kecil lagi itu telah disatukan dan sekarang ini mereka telah berumahtangga dan bersuami isteri..Musnah segalanya cinta yang di bina oleh lelaki yang wanita itu kenali sejak berpindah di KL itu.wanita itu kata, dia memang tak boleh lupakan lelaki yang dia kenali sejak berpindah di KL ini, dia amat rindukan lelaki ini, dia sayang lelaki ini,yang amat dia teringat dan rindukan sangat-sangat lelaki ini semasa lelaki ini menyanyikan lagu " kenangan terindah-samsons" padanya setiap malam..
Namun sekarang ini sudah tiada lagi kedengaran suara dia,dan wanita ini sudah menjadi isteri orang.itulah kata-katanya sambil mengalirkan airmata. Yang lebih dia sedih ialah dia tidak dapat lagi hubungi lelaki itu kerana call sudah tak dapat lagi, mungkin dia tukar no telefon..Kata wanita itu di akhirnya kisahnya itu sambil menyanyikan lagu kenangan terindah yang pernah di nyanyikan seseorang padanya setiap malam...:(
Persoalannya ???
Di manakah lelaki itu kan..kan..kan.. mesti dah bawa diri yang lara kecewa itu.
kesian pada lelaki itu kan..yang wanita ni pun cakaplah kat parents yang dia sudah berpunya...mmmmm, janganlah hancurkan perasaan seseorang macam itu sahaja. mmm inilah jodoh tapi tu lah wanita ini sudah berkahwin tapi nak lupekan lelaki itu memang susah, semakin dia rindu sebab lelaki itu memang baik sangat, dengar jer lagu kenangan terindah ini semakin kuat rindu padanya..:(.
Tapi di mana dia sekarang ??? :( ;(
Cintailah mereka yang mencintai kamu...
Laa takhaf wa laa tahzan..Innallaaha ma'anaa.
Bagi korang pulak ????
*** nantikan kisah cerita cinta yang BENAR di lalui ini yang lain pulak......
10 Cicah Sambal Belacan!:
tak da jodoh kot
betul jugak tu... tapi jodoh , siapa je berhak menghalang... semua sudah trtulis...
Jodoh tak boleh nak kata. Bukan la nak doakan yang buruk-buruk, tapi tak mustahil jugak mereka mungkin jumpa lagi.
susah jugak laaa. tapi, bercinta tak semestinya memiliki. :) So, boleh buat kesimpulan dah takde jodoh nak buat macam mana kan?
kuasa Tuhan..mungkin bukan sekarng jodoh mereka ...mana kita tahu kan..tp mmg rumitlah
follow sini ..baca entri ..baguih ngat! cun blog .... :D
dh xd jodoh nk bwat mcm mane :P
serius sedih kalau jadi macamni tapi mmg dah takdir so takleh la kita nak lawan....
hey..!intresting blog bro..laen dr yg laen..come bw n follow my blog yg x bpe nk great..thanks ;)
sad story :(
Post a Comment