salam malam semua pembaca belog sambal belacan!
ok,kali ini belog sambal belacan akan nak paparkan tentang kes artis wardina saffiyah yang dirompak pagi tadi. Memang terasa terharu kan dengar cerita dari pengalaman beliau sendiri.
Kesian kan dengan anaknya yang demam lagi pastu terjadi pulak rompakan dirumahnya,kesiannyer anaknya tu..
“Imran!!! ” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam. Semoga beliau tabah menghadapi ujian dari Allah ini.
Tapi alhamdulilah beliau selamat dan semoga anaknya kembali sembuh.
orait banyak yang SB tertarik dengan kisah pengalaman yang dilalui oleh wardina saffiyah, memang tersentuh hati membacanya dan terasa insafi baca kisah itu di page facebook wardina saffiyah.
Yang salah satunya ingin SB kongsikan pengalaman ini yang menyentuh perasaan ini adalah mengenai ayat ini.:
Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya.Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.
huh! ayat ini memang aku rasa terharu sangat-sangat. Inilah seorang suami yang betul-betul menyayangi isterinya kerana hak sebenar untuk dia,dia tidak benarkan orang lain melihat atau memilikinya.
Ikhwan berkata “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung”
Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya
huh,ayat ini memang SB rasa kagum seorang suami begini. Beruntungnya jika seorang isteri memiliki suaminya seperti ini, inilah seorang suami yang melindungi isterinya. MasyaAllah!
Hak untuk dia, hanya untuk dia sahaja walaupun tidak hanya bertudung sahaja dia sanggup pertahankan supaya tidak membenarkan orang lain melihat isterinya tidak bertudung.
Banyak, tauladan,pengajaran yang boleh kita muhasabahkan diri kita dan menginsafi diri kita dengan Allah dengan kisah pengalaman beliau ini.
oleh itu dari apa ingin disimpulkan,adakah hak suami kita yang sebenar, kita dah membenarkan dahulu orang yang tidak sepatutnya melihat atau memegang anggota terbuka seseorang wanita itu, kita memberikan dia dahulu sebelum suami kita sebenar???
adakah kita inginkan hak yang sebenar iaitu suami menerokai diri anggota terbuka wanita itu adalah orang yang kedua ??? sedangkan suami itulah orang yang pertama yang patut melihat anggota terbuka itu dahulu!
Fikirkan....
Sayang pasangan terutamanya suami, oleh itu bukanlah sayang itu terletak pada kata-kata seperti "i luv u" tetapi sayang itu terletak dimana seorang isteri menjaga hak suaminya.
so, fikir-fikirkanlah lagi....
InsyaAllah Allah akan menjaga setiap orang yang kita sayangi dalam pasangan. Kita ingat pesan Allah, Allah akan jaga kita. Jaga Allah bukan seperti manusia tetapi Allah jaga lebih dari itu yang kita tak sangka.
so,nak Allah jaga kita ???? jom ikut pesan Allah! Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.
yang baik itu kita jadikan tauladan..
Cerita kisah pengalaman Wardina seterusnya....
3 Cicah Sambal Belacan!:
Eza ada baca kisah full yang terjadi kat wardina. suami dia memang betul-betul jaga dia. suami mithali. semoga kejadian malang yang menimpa family wardina ada hikmah yang tersembunyi.
terharuuu kn kisahnyerrr...rasa insaf..:)
kene cari balik akhbar semalam.. urm3...
Jom baca sekejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/melayu-tidak-pernah-bersyukur.html
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html
Post a Comment