Salam tengah hari pembaca belog sambal belacan...
ok ini info terkini dan terbaru yang diperolehi di berita tv...ianya mengenai berkenaan ASTEROID 433 EROS BERADA PALING DEKAT DENGAN BUMI SEJAK 1975
nak tahu apakah mengenai asteroid ini yang akan berdekatan dengan bumi..???
apa yang akan berlaku ???
jom kita ikuti.....
Pada 31 Januari 2012, asteroid 433 Eros akan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi sejak 37 tahun yang lalu, bergerak merentasi langit malam dalam buruj Leo, Sextans dan Hydra. Ketika ia berada paling dekat dengan Bumi iaitu kira-kira 26.7 juta kilometer, asteroid yang bersaiz 34 kilometer ini akan dapat dilihat walaupun menerusi teleskop kecil dengan kecerahannya sekitar magnitud 8 dan berkemungkinan mencecah sehingga magnitud 7. Asteroid 433 Eros tidak pernah berada sedekat sekarang sejak tahun 1975, dan ia juga tidak akan berada sedekat ini lagi sehinggalah pada tahun 2056.Asteroid Eros dijumpai pada 13 Ogos 1898, oleh ahli-ahli astronomi Carl Gustav Witt di Berlin dan Auguste Charlois di Nice. Pengiraan terhadap orbit Eros menunjukkan ianya berbentuk bujur memanjang yang merentasi orbit Marikh. Ini memberikan kita peluang yang baik untuk melakukan pencerapan kerana ianya boleh membantu kita melakukan pengiraan jarak dari Bumi ke Matahari dengan lebih tepat.Mengkaji objek angkasa seperti asteroid Eros ini boleh memberikan kefahaman kepada kita tentang pembentukan sistem suria. Ia juga membolehkan ahli astronomi lebih memahami komposisi asteroid yang mana maklumat ini boleh digunakan untuk mengelak apa-apa kesan hentaman yang berpotensi berlaku terhadap Bumi di masa-masa akan datang.
Walaupun Eros akan berada kepada kedudukan menghampiri Bumi pada 31 Januari2012, tetapi tidak akan ada bahaya perlanggaran. Ia masih kekal pada jarak kira-kira 26.7 juta kilometer atau 0.178 AU. Jarak ini adalah lebih 80 kali lebih jauh berbanding jarak asteroid 2005 YU55, yang berada dalam lingkungan orbit bulan pada 8 November 2011 yang lalu.
Observatori Negara Langkawi
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
SubhanaAllah Maha Suci Allah !!!
6 Cicah Sambal Belacan!:
wow ..ini telah bahaya ni
as salam..
alhamdulillah..
suibhanAllah..
info berguna untuk dipelajari ;)
komet macam mana pula?
Jemput ziarah membaca entri pakcik.. ;)
syukran..
Pergi Mati..
Cara meringankan solat dalam Islam
Under Guise Of Friendship
huhu...dunia akhir zaman
hari ni subjek sains ;)
takut,,macam2 dah berlaku,hari tu sal ribut suria,,apa tu namanya,,haih -,-"
petanda-petanda akhir zaman
petanda kiamat..banyak benda pelik dh berlaku tahun ni
Post a Comment