selamat petang korang semua blogger pembaca belog sambal belacan!
Nak cerita pasal cinta lagi tak ??? orait kita tunggu kisah benar seterusnya nanti pulak erk..
Hari ini kita tukar topik, kali ini kisah benar juga tetapi ianya mengenai alam dunia yang misteri dan pelik.. Apa yang ingin dipaparkan ialah upacara atau adat yang memang pelik tapi inilah kenyataannya.
apa yang pelik ???
ok yang peliknya ada kat dunia ini iaitu di Bijapur dan Solapur,India Selatan mengadakan upacara melambung bayi yang memang menjadi adat tradisi disana.
Orang atas tengah melambung bayi |
Orang bawah standby dengan kainnya, nak sambut bayi, kalau terlepas nasiblah... |
Ia dikatakan jika bayi ini dilambungkan,bayi ini akan menjadi sihat dan cerdik bila sudah besar kelak nanti.
Walaupun kerajaan mengharamkan tradisi ini, namun segelintir komuniti masih berpegang teguh kepada kepercayaan sejak 400 tahun dulu dan setiap tahun hampir 1,000 bayi akan dilambung dari ketinggian 20 kaki rumah ibadat terpilih dan disambut dengan cadar.
kalau korang tengok kat tv cara dia melambung bayi itu memang bahaya. Boleh patah bayi tu tetapi bagi kepercayaan diorang, diorang anggap bayi itu tidak akan cedera kerana diorang yakin tuhan akan membantu dgn cara yang murni ini.
mmmm...sampai macam itu kan..
korang bayang jelah kalau kita lambung bayi dalam umur 6 bulan.mmmm ngeri tengok. Sedangkan bayi jatuh pun kita dah terkejut tgk bayi jatuhkan, ini pulak melambungkan...ish!
orait yang belum tengok lagi upacara adat melambung bayi ini, jom kita saksikan dokumentari ini di dunia tersembunyi tv3...
Apa macam melambung bayi ??? jangan kita ikut sudah la erk..:) kita tiada adat cmni, jangan lakukan!
1 Cicah Sambal Belacan!:
bahayanya adat lambung bayi ni. adehh.. ntah apa-apa :(
Post a Comment