orait kali ini Blog Sambal Belacan nak paparkan kisah artis pelawak berkumpulan yang sedang meningkat namanya di pentas dunia artis iatu siapa lagi yang tidak kenal juara Maharaja Lawak iaitu SEPAH....
Baru-baru ini dikatakan kumpulan ini telah berpecah...
mmmm..sebelum tu,kenapa aku paparkan kisah kumpulan sepah,ini kerana dahulunya aku meminati kumpulan ini tapi sekarang mmmmmm....
ok-ok sambung balik, kumpulan sepah dikatakan berpecah kerana ada seorang ahli kumpulan yang buat hal...salah seorang ahli kumpulan itu ceritanya hangat diperkatakan mengenai putus dengan kekasihnya dan telah memilih kekasih yang baru pulak.
ok..aku paparkan cerita ini juga kerana aku tak sangka rupa-rupanya dia macam ini,yelah dulu aku minat kumpulan ini,kalau tahu dia macam itu dari dulu memang aku reject.
ceritanya mula-mula macam ini.....
Bekas kekasih kepada kepada Mamat kumpulan Sepah, Adda, telah membongkar satu rahsia yang pasti ramai tidak tahu bahawa bekas kekasihnya itu telah berbohong mengenai perpisahan mereka yang dikatakan sebagai berpisah ‘secara baik’ sebelum ini.
Mamat Sepah yang baru putus cinta dengan Adda dan kini sedang hangat bercinta dengan Fida sebelum ini memberitahu media bahawa perpisahan mereka dilakukan secara baik, namun bekas kekasihnya itu kemudian menjelaskan yang sebaliknya.
Menurut Adda yang dipetik dari sisipan BiPop baru-baru ini:
Dia sendiri yang sarungkan cincin ke jari saya sebagai tanda saya ni milikinya…Tapi, apabila Mamat memutuskan percintaan kami, dia nak balik cincin tu, Mamat kata dia nak jumpa saya, katanya dia nak tukar cincin tu jadi rantai.
“Nanti bila dah jadi rantai dia bagi balik. Rupa-rupanya tak! Mamat bukan saja nak cincin itu dikembalikan, tapi dia nak saya pulangkan dengan bekas cincin itu sekali. Cincin tue bukannya mahal sangat dalam RM500 lebih saja, dia nak kecoh sangat kenapa? Lepas tue dia boleh buat cerita dengan orang keliling, saya nak pow duit dia,”
Bagaimanapun, Adda tidak menganggap Fida sebagai perampas kekasihnya itu dan menyifatkan kekasih baru anggota kumpulan yang menjuarai Maharaja Lawak tersebut sebagai ‘tidak tahu apa-apa’ mengenai status hubungannya dengan Mamat.
Adda turut menuduh Mamat sebagai seorang kekasih yang curang, mempunyai ramai teman wanita dan menyarankan kepada Fida untuk mengambil iktibar tentang apa yang berlaku terhadapnya selain berhati-hati dalam perhubungan dengan pelawak tersebut.
Mengejutkan, Adda juga mendedahkan bahawa bekas kekasihnya itu juga adalah penyebab utama kepada pepecahan juara Maharaja Lawak, kumpulan Sepah, dan mengugut untuk menyamannya sekiranya membuka ceritanya kepada umum.
“Mamat juga pernah berita saya saya, sekiranya saya buka cerita, buka aib dia, beliau nak saman! Padahal apa yang saya dedahkan adalah cerita benar. Sekarang nie Sepah dah berpecah, sebab dialah.
“Saya nak orang tahu siapa Mamat yang sebenarnya. Sekalipun dia tidak pernah bercerita kepada wartawan kenapa kami putus, tapi memburukan nama saya kepada orang sekeliling…Itu yang saya bengang,”
Tetapi adakah pengakuaan bekas kekasih artis ini sahih ????
adakah disebaliknya ?????
tetapi..adakah inilah sebenar puncannya ????
atau adakah inilah kebenarannya juga???
inilah pengakuaan di buat oleh ahli kumpulan sepah itu sendiri iaitu Jepp atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin,
SALAH SIAPA ????
SIAPA BUAT HAL ????
SIAPA YANG TIADA DISPLIN ????
jom kita baca
begini ceritanya....
Kisah perpisahan Mamat dan Adda bukan lagi isu baru. Namun setelah adik kepada pemain gitar kumpulan Kristal, Rody ini membuat kenyataan mengenai perpisahan mereka menerusi sebuah akhbar baru-baru ini, timbul pula kontroversi lain.
Selain mendedahkan perangai buruk Mamat, Adda juga mendakwa Mamat adalah punca utama kumpulan Sepah berpecah.
Adakah benar dakwaan bekas kekasih Mamat?
Zass mendapatkan komen ahli Sepah, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin untuk mengetahui kisah sebenar. Jika sebelum ini, Jep lebih selesa menutup mulut di atas isu perpecahan mereka, kali ini Jep bersedia meluahkan konflik sebenar yang berlaku dalam kumpulannya selama ini.
“Saya tidak menafikan kenyataan itu. Sebelum ini, orang tak tahu apa masalah kami hingga saya putuskan untuk bergerak sendiri. Terus terang saya katakan, masalah disiplin dan tiada komitmen adalah faktor mengapa kumpulan ini tidak boleh bertahan lagi.
“Saya sudah pendam terlalu lama perkara ini dan tidak mampu bertahan lagi. Saya dapat rasakan kami boleh berjaya dalam industri seni ini apatah lagi kami bertiga sekampung. Masing-masing sudah mengenali keluarga serta tahu kelemahan dan kelebihan diri.
“Tapi, apa yang boleh saya katakan, saya sudah penat dengan ahli yang tiada disiplin dan komitmen dalam bekerja. Ada yang buat sambil lewa dan menganggap semua perkara itu remeh-temeh. Saya mula bosan dan takut untuk bersatu lagi,” katanya ketika dihubungi semalam.
Mengakui ada ahli yang sukar memberi kerjasama lebih-lebih lagi memberi idea untuk setiap persembahan mereka, Jep lelah dengan perkara sedemikian.
“Bayangkan dari minggu pertama hingga minggu ke enam Maharaja Lawak, idea dan jalan cerita datangnya daripada saya seorang. Shuib juga ada membantu memberi idea dan selalu berbincang. Tapi, hanya kami berdua sahaja.
“Saya penat kerana saya juga sibuk seperti yang lain. Kerana itu saya ambil keputusan untuk kuburkan sahaja Sepah. Apatah lagi, semakin banyak masalah peribadi yang timbul," katanya yang nekad berpecah selepas menjuarai Maharaja Lawak.
Hanya kerana nila setitik
Lanjutan daripada perpecahan itu, Jep turut terkena tempias lantaran pelbagai cerita kurang enak yang melanda salah seorang ahli yang bermasalah.
“Macam-macam yang saya dengar. Kaki perempuan, masalah disiplin, tak datang fotografi dan ada lagi yang membabitkan individu ini. Bukan hanya dia, malah ahli yang lain terkena juga. Hanya seorang buat hal, dua lagi akan menerima padahnya. Sepah tak ada disiplin, berlagak dan tak tepati masa.
“Sebagai kumpulan, sudah pasti saya mengambil sikap menegur di mana kurang dan silap. Tapi apa kesudahannya jika segala teguran dan nasihat tidak diendahkan? Jadi, keputusan berpecah ini adalah jalan terbaik,” katanya.
mmm....rupa-rupanya ada yang buat hal,dah kata da mesti ada yang buat halnya kalau tak,takkan boleh berpecah punyer.
tapi kalau aku tengok pun Jepp ni memang betul-betul komitmen dalam persembahannya.,yang sorang je tu yang macam malas jer aku tengok,perasan tak??? aku perasan.
tapi memang dari dulu antara tiga orang ahli kumpulan ini,aku lebih suka Jepp jer...
tapi ingat..kalau lawak yang macam INI , aku reject:)
28 Cicah Sambal Belacan!:
memang pon..memang mamat ni masalah dr dulu..dala tak lawak
belum glamer pun dah ade hal
apatah lagi bila dah glamer lagi la berhal-hal
mamat sepah xnsem lol ! kesahh haa ? yg penting JEPP :P
macam2 la dorang nih.. kesian pulak kat jep.. kita doakan supaya rezeki mereka yg bersungguh nih luas walaupun tak sekumpulan lg.. kpd yg 'malas' dan takde komitmen tuh.. lebih baek blah arrr~~
kb pun suka jepp ngan syuib je..
rugi kumpulan ni berpecah sebab berbakat besar..tapi apakan daya dah tersurat rezeki mereka bersam hanya setakat itu sahaja.
orang melayu selalu macam tu, baru nak maju mula lah buat perangai..cam kump sepah ni, belum jadi big star dah macam-macam...Menyampah!
selalu mcm ni.artis malaysia or someone yang baru naik. bila dah dapat nama, mesti ada je problem and selalunya pasal relationship diorang. sungguh ku tak paham~
alah. biasa lah tu dah jadi artis. tapi kadang berita-berita gosip ni bukan boleh percaya. ada je nak laga-lagakan orang.
www.kaio.my
pokok takkan bertiup kalau takde menda duk kacau dia...tak angin..tangan..tak tangan..kaki...
patot la dialog mamat sket je...
xde komitmen nk hapal skrip ler teww
syg seribu dua ribu kali syggggg
tahu takpe..memang sebelum ni part mamat agak kureng..dan bile die buat lawak macam takde org gelak pun..mamat and shuib the best..shuib pun lagi banyak komitmen tapi xde la macam mamat tu
sayang plak bila kumpulan ni berpecah..
juara tu, thats mean mmg ramai minat diorang..
Tapi dah jadi camnie nak wat camner
isyh2..pdnl dlm sepah mamat la yg paling x best...da tu boleh wat hal plak...cian yg len..dala shuib tu nk ade baby da...
teringin jumpa jepp, boleh tolong saya :) jasamu akan ku kenang. email kalau boleh sayra_dluffy@yahoo.com terima kasih fb sayra d'luffy
teringin jumpa jep. boleh tolong saya terima kasih. email sayra_dluffy@yahoo.com , searchinguremail@gmail.com
kedegilan mamat punca sepah dibubarkan..hmm mcm lah x boleh bertekad nk bagi semangat balik
Kan sudah Fauziah nawawai cakap kalau mereka mamat shuid dan Jepp ini berpecah abis!! Memang pun betul tengok la dalam Maharaja lawak mega,. Makin tak lawak sepahtu.. Out!!!
Mamat bkn ade function pon
Mamat x de function..semak je
apelah mamat nie x pandai jaga dispilin
sian jep..mamat srng yg wt hal,jep n shuib plk yg kna tmpiasnya..sian jep n shuib..mamat mmng dri dulu mcm 2 sellfish ktekn.jep dn shuib pnt2 brusaha utk wt krng ktwa tpi ape yg krng bls ktk org 2 kn lau aku cilikn mlt dia je.spe mkn cili,dia yg trasa pds..
haha XD korg komen mmg pndai. cubaklw duduk tmpt diorg... bru paham -..- ahaha
Shoot anonymous, anonymous..
Walaupun mamat ni teruk, kita sebagai sesama manusia kena faham perasaan orang lain. Walaupun mamat ni punca Sepah berpecah. Kita ni manusia, setiap manusia mesti buat kesilapan. Assalamualaikum.
Bersatu lah kembali. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Maafin sempena bln syawal yg mulia ini
Kesian jep
Post a Comment