skip to main | skip to sidebar

Pages

  • Home

31 January 2012

Ku Harapkan, Rupa-Rupanya ......


assalamualaikum pembaca belog sambal belacan!

ok kali ini belog sambal belacan nak cerita liku-liku kehidupan yang merupakan jalan cerita yang benar, di mana SB mendengar keluhan ini ketika dulu.

jalan ceritanya tiada mengena sesiapa sama ada yang membaca ataupun tidak membaca dan sebagainya.

jom kita baca kisah ini sehingga habis.......

haaa..begini ceritanya...

Emak bapa budak perempuan yang mengandung itu telah lama bercerai,bapanya duduk di kawasan Perak dan emaknya tidak pasti dimana dia menetap sekarang ini.

Budak perempuan ini memang baik dan dia tidak bersosial,memang terlalu baik, baguslah kalau nak buat bakal isteri pada lelaki di luar sana tu, dia masih belajar lagi di sebuah institut di semenanjung.

Dalam keadaan keluarganya yang begitu tidak teratur dengan ketiadaan kasih sayang daripada kedua ibu bapanya, akhirnya si budak perempuan ini dalam umur 20an ini telah berhasrat untuk mengambil sebuah keluarga angkat, cari punya cari akhirnya jumpa juga si budak perempuan ini dengan seorang kakak angkat untuk sebagai inginkan secebis belaian kasih sayang daripadanya. Kerana semenjak ibu bapanya bercerai budak perempuan ini sedikit pun tidak menerima kasih sayang itu malahan ianya menjadi terbiar.


Walaupun dia terbiar daripada keluarganya, namun perangainya, sifatnya sedikit pun tidak tergugat dan terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya walaupun dia mengalami keadaan hidup yang tidak menentu seperti orang lain yang mempunyai belaian kasih sayang daripada ibu bapa.

Tabah dan terus tabah budak perempuan ini mengharungi liku-liku kehidupannya sebagai seorang penagih simpati kasih sayang. Dengan mempunyai seorang kakak angkat maka terubatlah hati yang selama ini terlalu merindukan kasih sayang. Dengan kepercayaaan terhadap kakak angkat ini, maka seronoklah di hati budak perempuan ini menerima seorang kakak angkat.

Pada suatu hari, si budak perempuan ini telah hadir dirumah kakak angkatnya itu kerana dia merasakan keseorangan duduk seorang sahaja di rumah sewanya itu. Bayangkanlah kalau kita duduk keseorangan dirumah mesti rasa boringkan,ini kita yang mempunyai kasih sayang, bagaimana perasaan si budak perempuan itu yang telah terkunci kasih sayangnya itu dan hanya mengharapkan kasih sayang yang bukan darah daginya itu, namun ini sudah cukup terubat segalanya yang apa dirasai oleh budak perempuan itu.

Dengan kepercayaan itu, maka budak perempuan itu tidur semalaman dirumah kakak angkatnya itu.

Namun kepercayaan yang selama ini terjalin, perubat kasih sayang dimiliki, akhirnya , musnah hancur tidak terkata, membuatkan dirinya seolah terpaku, hidup berkecai dan dia merasakan hidup tidak bermakna lagi, kesedihan selama ini hadir lagi dengan lebih perit, lebih dua kali ganda dia rasai selama ini kerana orang yang dia percayakan selama ini dan sebagai pengubat secebis kasih sayang daripadanya, rupa-rupanya menikam duri dibelakangnya.


Kakak angkatnya itu telah menganiaya dia, telah meletakkan ubat didalam minuman budak perempuan itu. Dan rupa-rupanya ada orang ketiga pada masa itu yang telah menyebabkan budak perempuan itu di sahkan mengandung.

Dan mereka terus menghilang.

Hati terus dimamah kehancuran sebaik sahaja mendengar ungkapan dari bibir doktor itu.

Tak terkata budak perempuan itu, lalu sehinggakan dia mengalami tekanan dengan keadaan disekelilingnya itu yang dia merasakan dan beranggapan bahawa pasti masyarakat luar sana memandang serong padanya.

Namun, dia bukan seperti itu!!!! dia bukan seperti itu!!!! Ya Allah!!!

Itulah ungkapan yang merontak dihatinya sambil mengalirkan air mata kesedihan yang tidak putus-putus memikirkan selama ini dahagakan kasih sayang, sudah merasakan miliki kasih sayang itu, rupa-rupanya racun dahaga yang dia terima.

Ya Allah!!! Ya Allah!!! Ya Allah!!!

Akhirnya dia mengambil keputusan dengan keadaan tekanan, dia ingin mengugurkan baby didalam kandugannya itu.

Namun, orang disekelilingnya itu tidak mahukan si budak perempuan itu mengugurkannya kerana baby yang akan dilahirkan itu dia tidak berdosa sama sekali.Dia tidak bersalah dan baby itu tidak seharusnya menerima penderitaan seperti itu.


Percayalah dengan si budak perempuan itu tidak mengugurkan baby itu, pasti hidupnya akan mendapat keberkatan dan akan sentiasa didoakan oleh baby itu kerana budak perempuan itu bukan rela hati melakukan perkara seperti ini tetapi ia di zalimi.

Doa seorang yang dizalimi cukup tinggi darjatnya disisi ALLAH, berdoalah dan terus berdoalah dan percayalah baby itu pun akan mendoakan budak perempuan itu, pasti orang yang menganiaya itu akan mendapat balasan yang seadilnya.


Akhirnya budak perempuan itu tidak jadi untuk melakukan seperti demikian. Maka daripada pertolongan masyarakat diluar, ada seorang hamba Allah , ingin dengan ikhlas untuk menjaga baby itu. Takut nanti jika budak perempuan itu emosinya terganggu lagi, dia akan membuat sesuatu di luar jangkaan.

Tamat....

kalau korang nak tak jaga baby itu ??? Pandangan ???

Kita berdoalah agar budak perempuan itu dirahmati dan lindungan daripada Allah...Aminnnn...

Doa orang yang teraniaya

1. Mohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan sebagainya dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah. Baca " Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha ". Sangat mujarab bagi orang-orang yang dizalimi.

ATAU .......

2. Sebutkan doa di dalam bahasa kita " Ya Allah. Mereka ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini. " .

ATAU .....

3. Biarkan Allah balas mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pada mereka. Mereka akan kekal memikul dosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya.






»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 5 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Coretan

Terkini | Asteroid Berada Paling Dekat Dengan Bumi !!!


Salam tengah hari pembaca belog sambal belacan...

ok ini info terkini dan terbaru yang diperolehi di berita tv...ianya mengenai berkenaan ASTEROID 433 EROS BERADA PALING DEKAT DENGAN BUMI SEJAK 1975

nak tahu apakah mengenai asteroid ini yang akan berdekatan dengan bumi..???
apa yang akan berlaku ???

jom kita ikuti.....

Asteroid 433 Eros seperti yang dilihat oleh kapal angkasa
NEAR NASA pada 29 Februari 2000. (NASA/JPL/JHUAPL)

Pada 31 Januari 2012, asteroid 433 Eros akan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi sejak 37 tahun yang lalu, bergerak merentasi langit malam dalam buruj Leo, Sextans dan Hydra. Ketika ia berada paling dekat dengan Bumi iaitu kira-kira 26.7 juta kilometer, asteroid yang bersaiz 34 kilometer ini akan dapat dilihat walaupun menerusi teleskop kecil dengan kecerahannya sekitar magnitud 8 dan berkemungkinan mencecah sehingga magnitud 7. Asteroid 433 Eros tidak pernah berada sedekat sekarang sejak tahun 1975, dan ia juga tidak akan berada sedekat ini lagi sehinggalah pada tahun 2056.

Asteroid Eros dijumpai pada 13 Ogos 1898, oleh ahli-ahli astronomi Carl Gustav Witt di Berlin dan Auguste Charlois di Nice. Pengiraan terhadap orbit Eros menunjukkan ianya berbentuk bujur memanjang yang merentasi orbit Marikh. Ini memberikan kita peluang yang baik untuk melakukan pencerapan kerana ianya boleh membantu kita melakukan pengiraan jarak dari Bumi ke Matahari dengan lebih tepat.

Mengkaji objek angkasa seperti asteroid Eros ini boleh memberikan kefahaman kepada kita tentang pembentukan sistem suria. Ia juga membolehkan ahli astronomi lebih memahami komposisi asteroid yang mana maklumat ini boleh digunakan untuk mengelak apa-apa kesan hentaman yang berpotensi berlaku terhadap Bumi di masa-masa akan datang.

Imej Asteroid 433 Eros dirakamkan pada 30 Januari 2012
menerusi teleskop berdiameter 20 inci di Observatori Negara Langkawi.

Walaupun Eros akan berada kepada kedudukan menghampiri Bumi pada 31 Januari2012, tetapi tidak akan ada bahaya perlanggaran. Ia masih kekal pada jarak kira-kira 26.7 juta kilometer atau 0.178 AU. Jarak ini adalah lebih 80 kali lebih jauh berbanding jarak asteroid 2005 YU55, yang berada dalam lingkungan orbit bulan pada 8 November 2011 yang lalu.

Observatori Negara Langkawi
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)

SubhanaAllah Maha Suci Allah !!!

»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 6 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Isu Semasa

Nak Kenal Seseorang ??? Hati - Hati !!!


Ok entri kali ini SB nak cerita situasi yang benar dan bukannya rekaan.

Begini, daripada SB tengok cerita yang tak berfaedah malam ini lebih baik SB tengok cerita tanah kubur yang hanya setengah jam jer. Dimana episod kali ini adalah mengenai menukar kejadiaan ciptaan Allah iaitu dimana seorang lelaki ini telah menukar dirinya menjadi seorang perempuan..AstagfiruAllahalAzim...

Sedang SB menontonya, baru SB teringat dimana malam semalam SB ada berborak dengan seorang kawan SB mengenai episod tanah kubur ini...oooo baru tahu jalan cerita ini yang dimaksudkan oleh kawan SB malam semalam.


Kawan SB cerita kat SB semalam mengenai kena mengenanya dengan cerita itu kerana dia teringatkan kawan masa kecilnya dahulu memang rapat sangat dan satu permainan lagi semasa dikampung. Perwatakan dia memang lembut tetapi setelah dia meningkat usia keadaannya semakin menular dengan perwatakannya yang semakin hari semakin berubah dengan kejadiaan asalnya itu.

Kawan SB ceritalah lagi, memang tak dinafikan yang kawan dia itu memang sekarang ini sudah terlalu cantik sehinggakan lelaki pun boleh terperangkap dek kecantikkan dan perwatakannnya itu yang seakan-akan wanita yang sebenar, padahal kawan dia itu adalah seorang lelaki yang telah menukar sendiri kejadiaan Allah ini.

Sedih sangat-sangat apa yang kawan SB ceritakan itu...

Selepas itu, kawan SB pun offerlah nak tengok tak kawan dia yang dimaksudkan itu... mmmmm tanpa berfikir panjang SB pun nak juga tengok kan,takutlah nanti terperangkap pulak di FB. bahaya tu kan..kan..,nanti jatuh hati sesama jantina pulak. sudah..:)

oleh itu, kawan SB pun tunjuklah profile yang kawan SB maksudkan itu. apa lagi SB pun tengoklah.

teng..teng... nak tengok tak ??? nak tak ???

rasanya tak perlu kot nanti kawan SB marah pulak :).oleh itu tak payahla erk. Biarlah korang doakan sahaja bahawa kawan punyer kawan SB itu akan berubah dan sedar apa yang dia telah lakukan. Semoga dia ke pangkal jalan.

ok sambung balik, lalu kawan SB pun tunjukkanlah...teng..teng..

Mak ai! serius SB tak tipu, memang apa yang kawan SB cakapkan itu memang betul, apa yang SB tengok memang dia cantik sangat, dah macam perempuan yang sebenar, perempuan yang sebenar pun kalah taw dengan kecantikkan dia tu. memang macam real wanita. cantik sangat, kalau korang nak tahu memang tak ada macam nyah pun. serius!

Selepas jer SB dah tengok dan terkejut, lalu kawan SB itu cakap, ha! memang kadang-kadang yang tak tahu tu memang lelaki itu dah terperangkap, jatuh cinta lagi itu. huh! bahaya..jauhkanlah...

kawan SB kata ada lelaki yang dah ada hati kat dia itu.. Siap ada cover majalah lagi dia jadi model, tapi kawan SB tak tahulah majalah apa, tapi memang ada pic dia jadi model. memang lawak dan cantik.

Namun, apa-apa pun berhati-hatilah jika kita hendak mengenali seseorang itu, lebih-lebih lagi di alam maya ini, janganlah kita terpengaruh dek mukanya, manalah tahu yang dia itu berlainan jantina dengan gambarnya. Ya! memang gambar dia sebenar namun rupa-rupanya dia sudah bertukar kejadiaan yang Allah berikan itu. Jangan terperangkap..

Bahaya ! kalau bercinta sesama jenis nanti...semoga diminta dijauhkan daripada semua ini.

oleh itu, kita berdoalah agar kawan SB punya kawan itu akan tersedar dan insaf di atas apa yang dia telah lakukan ini,kerana apa yang dia lakukan ini adalah dosa besar di sisi ALLAH dan semoga dia juga akan menyesali diatas perbuatannya itu dan kembali ke pangkal jalan yang sebenarnya. Aminnnnnnnn....

“Rasulullah s.a.w. telah melaknat lelaki-lelaki yang meniru-niru perempuan dan wanita-wanita yang meniru-niru lelaki”. (Riwayat Imam Bukhari)

Semoga kita pun di jauhkan daripada perkara ini..Aminnnn...

»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 4 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Tazkirah DAN Kisah Teladan

30 January 2012

Simpan Jela Kerana ........


*** sebelum itu scroll bawah lagi on play lagu instrumental lagu ini..layannn...

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

lihat pada lirik lagu ini pasti tahu kan macam mana situasinya
hanya perasaan yang dapat menggambarkan keadaan perasaan yang kita dambakan.

kita tidak lari dari daripada perasaan itu kerana ianya satu fitrah pada kita untuk mengenalinya.

tapi kita tak mampu untuk mengubah hati dan perasaanya untuk kita, namun kita hanya boleh meluahkan perasaan kita kepadanya yang kita cintakan dia..itu jer, tetapi untuk dia menerima kita itu pasti kita tidak mampu.

Hanya kita mampu adalah berdoa kepada yang lebih mengetahui perasaan kita ini iaitu yang Maha Esa kerana DIA lah yang dapat mengubah segalanya.

Kita tidak boleh memaksa perasaan dia untuk menyukai kita walaupun hati kita terlalu tinggi menyukai dia. Simpan dan simpanlah perasaan itu kerana jika kita sentiasa meluahkan kepadanya pasti ia akan menegelami hati kita padanya.

Biarlah dia tahu setakat kita menyukai dia walaupun kita di kecewakan kerana sekurangnya dia mengetahui yang kita menyukai dia.

mengadulah sepuasnya kepada Allah, beritahulah kepada Allah kenapa kita menyukai dia, kerana Allah mengetahui semuanya. Jika kita mengadu dan meluahkan padanya pasti mengeruhkan keadaan. Allah mengetahui untuk kita jika ia terbaik untuk kita pasti hanya Allah sahaja yang mampu mengubahnya. Kita tidak mampu mengubahnya walaupun berbuih-buih kata kita luahkan pada yang kita menyukai itu.

oleh itu, simpan dan simpanlah mengadulah kepada Allah yang kita suka dia, tanyalah pada Allah, pasti kita tidak kecewa walaupun keadaan.


Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.


layan instrumental..layan feelling..:)


»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 4 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Coretan

29 January 2012

Gambar | Roti Berdarah !



Selamat bersantai di hujung minggu ???
baru lepas pergi berjalan ker ???
mesti pergi makan bersama-sama dengan keluarga ataupun kapel kan..kan..

ok-ok cerita pasal makan ini, di hujung minggu ini belog sambal belacan nak paparkan satu kedai di luar negara ini ianya menyajikan sajian yang unik iaitu Roti Berdarah !

ha! nak tahu sajiaan roti berdarah itu macam mana ???

jom kita pergi ke kedai roti berdarah ini sekejap....





last sekali... jom makan!!!


inilah roti berdarah ala-ala replika mayat...weerrkkkk

apa macam nak tak ????


entri lain...

Blogger Bergaduh !!!

Kerana RM 3, Budak ini ......

»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 9 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Misteri Dan Pelik

Blogger Bergaduh !!!



Ha! apa hal gaduh-gaduh ni??? antara blogger pulak tu!
apa dah jadi ni??? kan sesama blogger nak gaduh kot..adoiiiiii

apa kessss niii????

jom-jom kita tengok kenapa blogger ini bergaduh pasal apa?

.....................................................................................

ok begini ceritanya, tajuk jer gempak tapi sebenarnya tak ada apa-apa pun, sebenarnya blogger ini bergaduh pasal bola. ala biasalah kalau bergaduh pasal bola kn..kn..adat pertandingan tu..huhu..

macamni ceritanya.. yang si highlit wrna biru tu adalah penyokong fanatik setia pasukan Kedah dan Manchester United dan yang higlit warna merah tu pulak penyokong fanatik setia pasukan Selangor dan Chelsea.

Kebetulan malam ini games serentak antara pasukan kedah,selangor,chelsea dan MU. so, habis perlawanan jer memang bermulalah perang memerang terhadap pasukan yang kalah itu.

yang menjadi kecewa ialah higliht warna biru tu sebab pasukannya 2 2 kalah, kedah kalah sampai 3-1 pastu MU pulak kalah dan tersingkir dari saingan seterusnya.

dan yang beruntung pulak masa tu highlit warna merah sebab 2 2 pasukannya menang...huhuhuhu

apa lagi sebelum game mereka dah bek sape akan terkena, nampaknya selepas perlawanan mereka fight laa....nasiblah yang kalah tu..huhuhuhu

inilah fight diorang....








sebenarnya banyak lagiiii...tapi akhir sekali highliht warna merah menang perdebatan ini kerana yg warna biru tu dah terkilan sangat dengan pasukan kegemarannya iaitu kedah dan MU.

cuba lagi erk..huhuhuhuuhu


p/s: Tahniah selangor dan Chelsea :) yang kalah teruskan usaha lagi.. peace! :)

»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 9 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Coretan

28 January 2012

Jom Belajar Isyarat Tangan Dalam ABC



Selamat pagi sabtu pembaca belog sambal belacan!

ok, hari ini kita buat kelas tambahan erk. Pembelajaran kita hari ini ialah belajar isyarat tangan dalam ABC.
Nak belajar? jom kita mulakan pembelajaran hari ini...


ha, pasni kalau dalam exam bolehlah erk buat tanda isyarat ini kalau soalan okjebtif...:)

eh jangan buat pulak,kena jujur dalam exam baru ilmu berkat kn..

»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 5 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Apa Ade

27 January 2012

Video | Benarkah Jika Kita Tidak Menyebut Betul Dan Tepat Al Fatihah Kita Akan Menyebut Nama Syaitan ???



as salam jumaat pembaca belog sambal belacan!

kali ini belog sambal belacan akan paparkan soal jawab tentang membaca surah al fatihah...
semua tahukan membaca surah al fatihah ??? ok, surah al fatihah wajib baca dalam solat.

pernah dengar tak ada yang mengatakan jika kita tidak menyebut betul atau tepat Al fatihah, kita akan menyebut nama syaitan ???

ok ini jawapan dari Ustaz Don Danial Don Biyajid...


kenal kan Ustaz Don ? siapa tengok 30 minit ustaz Don, pasti kenal. Ustaz ini mengajar ditempat SB belajar dulu.


entri sebelumnya...

Kerana RM 3, Budak Ini ......

Gambar | SubhanaAllah ! Inilah Kejadiaan Allah, Tinggi dan Besarnya....

»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 1 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Soal Jawab

Gambar | SubhanaAllah ! Inilah Kejadiaan Allah, Tinggi dan Besarnya....



salam korang selamat malam pembaca belog sambal belacan!

tengah buatpe tu???? nak tido dah ker???
ok-ok sebelum nak tido tu belog sambal belacan nak ajak kita berfikir sejenak sebelum nak gi tido tu..

berfikir sejenak itu ialah korang ingat tak masa belajar dulu cerita pasal kisah Nabi-nabi. Antaranya menyatakan saiz tubuh Nabi Adam adalah besar dan tinggi kan. Kadang-kadang kita terfikir besar mana la tu agaknya Allah jadikan Nabi Adam.

pastu orang kata, sebab itu orang arab ini pulak tinggi-tinggi dan besar-besar. Kalau bezakan kita dengan orang arab memang berbezakan saiz tubuhnya.

“Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini“(HR.Bukhari),
Hadis ini juga terdapat dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad.

Berdasarkan hadis di atas, maka benarlah ketinggian Nabi Adam a.s adalah 60 hasta. 1 hasta = 45.72 cm. Jadi, tinggi Nabi Adam adalah kira-kira 27.432 meter. Hampir mencapai 30 meter. wallahu’alam. SubhanaAllah tinggi tu kan..bayangkanlah....

ok untuk kita berfikir sejenak, kita bayangkan, kita ilusikan, jom kita berfikir kejadiaan Allah ini. Marilah kita lihat gambaran saiz Nabi Adam a.s.

Baju Nabi Adam A.S. Setinggi 29 meter

Baju tersebut hanyalah replika dibuat di Jeddah, Arab Saudi. Sekadar untuk melihat setinggi manakah rupa bentuk Nabi Adam A.S.

Tempoh menjahit 18 hari. Tinggi 29 meter dan lebar 9 meter..









SubhanaAllah tingginya..bayangkanlah tinggi mana la tu kan..ok, jom kita bayangkan...da dapat kalau sekarang tinggi mana???

Bagi SB la kan, lagi pun Nabi Adam dari syurga, syurga pulak teramat luas, bumi pulak sempit...Waallahualam.. Subhanallah!



entri sebelumnya....

Kerana RM 3, Budak Ini ......


»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 5 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Tazkirah DAN Kisah Teladan

26 January 2012

Kerana RM 3, Budak ini ......



Ingat lagi tak masa kecil-kecil dulu kat sekolah rendah bila cikgu tanya cmni :
apa cita-cita korang dah besar nanti???

dan mesti korang akan menjawab dengan coffindent;
nak jadi polis, bomba,askar,doktor.
Mesti korang akan jawab macam itu kan..kan.. kan..kan...

kenapa masa tu kita akan jawab kerja tu je erk..hehehheheh. Macam dah tak ada yang lain pulak erk..:)

ok,orait cerita pasal cita-cita, kali ini belog sambal belacan nak paparkan cita-cita seorang budak yang nak jadi peguam..inilah kerana RM 3, budak ini telah membuat akujanji perjanjian setaraf dengan akujanji SB buat pinjaman ptptn...hihihi

tengoklaaa...


tengok budak-budak pun dah pandai buat akujanji perjanjian taw sebab paham-paham jela, kita kalau dah pinjam buat-buat lupa la kan..kan..kan..

mesejnya, pernah bagi pinjam duit tapi diorang tak bayar lagi ker ?????? atau, bagi yang rasa-rasa pernah pinjam duit kat kawan tu, ingat-ingat la erk bila nak bayar??? :)

nak diam jerrrr..ermmm tak lepas kat akhirat.....

kalaulah ada budak-budak begini..... apa korang berpendapat?


*** teringat kat pinjaman ptptn, takpe pinjaman tu ingat lagi,tak boleh lupa kan.....hihihiihi


»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 5 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Apa Ade

25 January 2012

Gambar | Kalau Snap Pic Mulut Itik , Macam Inilah Jadinya !



Selamat malam korang pembaca belog sambal belacan!

ok malam-malam ni nak tanya korang pernah tak snap pic buat mulut itik??? pernah tak??? pernah tak???

ok,pernah tak pernah, jom kita tengok kalau suka sangat snap pic buat mulut itik seperti muncung tuuuu...

ini dia!!!


ha! apa macam ??? tak payahlah buat mulut itik tu erk :)...

adoii tergigit cili padi pulak makan sambal belacan malam-malam ini, ok SB nak kumur-kumur jap erk,korang layan dululah...


sumber

»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 10 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Apa Ade

24 January 2012

Serang 2 Blogger Ini !!!



hi dan salam korang pembaca belog sambal belacan!

eh! kenapa dengan entri ini, nak serang-serang blogger pulak!
apa yang 2 blogger ini dah buat ??????

jom-jom kita tengok 2 blogger ini dulu...ish nape pulak ni???


http://cheksunnyboomboom.blogspot.com/




http://tynpateyhah.blogspot.com/


haaa..sebenarnya inilah adalah penghargaan di belog sambal belacan pada 2 blogger ini, ini kerana 2 blogger tersebut telah menjadi pilihan komen terbanyak dan kerap di belog sambal belacan.

Terima kasih banyak-banyak kepada dan

apa lagi jomlah serang 2 blogger ini. kita tengok rumah blogger ini dan berkenal-kenalan dengan blogger tersebut.


Note:
*** Nanti pengomen terbanyak mengikut setiap bulan
*** pilihan komen pengomen pun ada setiap bulan
*** akan di letakkan di bloglist " Pilihan Belacan " dan letakkan feed url blog pilihan tersebut

»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 13 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Penghargaan

Hanya Pensil Jerr Tapi .......



hii korang pembaca belog sambal belacan!
tengah buatpe tu???
masih tengah mood beraya dan bercuti lagi ker??? ok kalau tengah mood macam itu lagi, jom kita layan pensil ini..!












kreatif kan ??? so,seperti berblog jugak kita fikirkan apa idea yang nak buat pada blog kita kan..kan?? so, fikir-fikirkanlah idea itu kerana itulah kejayaan korang.

Setiap idea itu adalah kreativiti korang dan kreativiti itu adalah hasil kejayaan korang!

»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 6 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Tips
Newer Posts Older Posts Home

MASAKAN LAIN

KERAP DI CICAH

  • BEN ASHAARI GEGAR LAGI
  • EKSKLUSIF: MISTERI LAGU “CINTA TIGA SEGI” KINI TERBONGKAR !!!!!
  • Pengakuan Jepp : INILAH PUNCA SEBENAR KUMPULAN SEPAH BERPECAH !!!
  • GAMBAR AWEKS YG SEKSI LAGI MENGHAIRAHKAN (TONTONAN 18SX)
  • Les’ Copaque menghasilkan animasi TERBARU selepas Upin Ipin ! Inilah animasinya.....
  • Tidak Ku Pinta Begini :'(
  • KHASIAT DISEBALIK PISANG
  • LIVERPOOL vs NISFU SYAABAN
  • AL KISAH SIPUT BABI !
  • " GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA "

Labels

Coretan (138) Al Kisah (87) ILmu (77) Isu Semasa (61) Apa Ade (39) Aku Join (37) Lawak (24) Bola (21) Segmen Aku (16) Tazkirah DAN Kisah Teladan (16) Cinta (11) Kisah Seram (18PL) (10) Soal Jawab (7) Berjiwang (4) Releks Jap (4) Kekuasaan Allah (3) Motivasi (3) Tips (3) Award (2) Bergambar Makna (2) Haji (2) Misteri Dan Pelik (2) Penghargaan (2) Tips Dan Fakta (2) 1whp (1) Jalan-Jalan (1) Lagu (1) Maharaja lawak (1) Raja Lawak (1) Sukan (1)

AMARAN PRODUK

assalamualaikum dan 1 blogger
ini adalah blog hakcipta Belog Sambal Belacan (SB)....
blog ini menyelitkan info-info artikel dan menyelitkan gak hasil coretan Belog Sambal Belacan (SB) sendiri.

HARAP MAKLUM! segala penggunaan "aku" dlm catatan ini adalah sbgi ganti nama bg sy,dan tiada niat utk nak kurang ajar pd yg lebih tua dari sy,mintak maaf...:)

HARAP MAKLUM JUGAK! blog ini tidak support function bagi penggunaan internet explorer (IE).

SELAMAT DATANG ke SAMBAL BELACAN (SB)..........

TENTANG BLOG

  • SAMBAL BELACAN CORNER

GENG VIP SAMBAL

GENG SAMBAL

CHAT BSB

Follow @BlogSambalBelacan

BAHAN BELACAN

  • ►  2014 (3)
    • ►  June (1)
    • ►  March (2)
  • ►  2013 (21)
    • ►  August (6)
    • ►  May (5)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (7)
  • ▼  2012 (99)
    • ►  December (1)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (11)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (9)
    • ►  February (23)
    • ▼  January (38)
      • Ku Harapkan, Rupa-Rupanya ......
      • Terkini | Asteroid Berada Paling Dekat Dengan Bumi...
      • Nak Kenal Seseorang ??? Hati - Hati !!!
      • Simpan Jela Kerana ........
      • Gambar | Roti Berdarah !
      • Blogger Bergaduh !!!
      • Jom Belajar Isyarat Tangan Dalam ABC
      • Video | Benarkah Jika Kita Tidak Menyebut Betul Da...
      • Gambar | SubhanaAllah ! Inilah Kejadiaan Allah, Ti...
      • Kerana RM 3, Budak ini ......
      • Gambar | Kalau Snap Pic Mulut Itik , Macam Inilah ...
      • Serang 2 Blogger Ini !!!
      • Hanya Pensil Jerr Tapi .......
      • BLOG AKU LAGI BEST DARI BLOG BEN ASHAARI Kerana .....
      • Tips Berblog | Ah! Rasa Malas Jelaaaaa !!!!
      • Nak Buat Maksiat ??? Ingat Pesan Ini Dulu !!!
      • Video | Tergamaknya Melambung Bayi !!!
      • Di Mana Dia Sekarang ???
      • Antara Wanita Pertama Dan Wanita Kedua !
      • Gambar | Makanan Kartun !
      • Mengapa Rasulullah Melarang Minum Sambil Berdiri ???
      • Jangan Sentuh Dia ! Terharunya ....
      • Video | Woww Terpukau Tengok Kreativiti Tangan Ora...
      • Panggilan Hotlink 2 Saat !
      • Jadilah Ianya Seperti Semalu
      • Ibu, Boyfriend Dan Tubuh ???
      • Korang Blogger ??? Jom Join !
      • Ini Cerita Pasal Tikus | Memang Best Cerita Ini !
      • VIDEO | Lawak Gilerrr ! Semata - Mata Nak Masuk TV
      • Celoteh ! Gatal ! Kawen ! ???
      • Ceritanya Pasal Taik !
      • 3 Entri 2011 Korang Yang Menjadi Pilihan SB ialah ...
      • Kalau Perempuan Yang Macam Inilah ! mmmm
      • Ada Erk Perempuan Macam Ini ! mmmmm
      • Segmen | " 3 Entri Pilihan SB Kat Blog Aku 2011! "
      • 2nd Anniversary Giveaway by DAS
      • 2nd Entri 2012 | Pasal busuk.org !
      • 2012 - Ini 1st Entri !
  • ►  2011 (522)
    • ►  December (41)
    • ►  November (39)
    • ►  October (39)
    • ►  September (29)
    • ►  August (36)
    • ►  July (53)
    • ►  June (42)
    • ►  May (76)
    • ►  April (124)
    • ►  March (23)
    • ►  February (18)
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (59)
    • ►  December (1)
    • ►  November (30)
    • ►  October (28)

PERENCAH

  • BEN ASHAARI
    Tips kesihatan : Jangan simpan sampah orang dalam kepala kita !
    4 days ago
  • Sunah Suka Sakura dot com
    Salam Aidiladha 2025
    3 weeks ago
  • BANGKU KOSONG
    Cara Mudah Masak Lemang di Rumah
    1 year ago
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN
    1 year ago
  • Lulu pages
    Top Graphics Card for Dell Optiplex 1030 160 170l 2010 2021 2030
    3 years ago
  • Ceritamamat
    Sep 14 The Road to “Clean” Living
    3 years ago
  • senyum-senyum
    VINCENZO FULL EPISODE
    4 years ago
  • MiLo SuaM
    Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong kata pembantu
    4 years ago
  • NASIHANGIT.BLOGSPOT.COM
    (STICKY POST) SEWA IKLAN RM10 SEBULAN DI BLOG NASIHANGIT!!
    5 years ago
  • Mahligai-An-Nur
    Broken Heart 2018
    5 years ago
  • ! Erti Kehidupan...
    Akibat Nak Murah ...Aku Kena Scam Di Shopee
    5 years ago
  • .. cik epal ..
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
    5 years ago
  • Bicara Mak Dara
    Tudung Bawal Termahal Di Dunia Milik Ahli Perniagaan 35 tahun
    6 years ago
  • ! 1 Blog 1 Informasi !
    Nasi Dulang Daun Pisang Sg Ramal, Kajang
    6 years ago
  • Malaysian Sports' Loose Cannon
    MAJALAH DIGITAL ARENA - DALAM KENANGAN
    7 years ago
  • ::Si Sengal Yang Jiwang::
    Jual Kayu Dolken Gelam Gratis Ongkir
    8 years ago
  • ! Blog Inspire Bunny !
    REVIEW: Uriage Thermal Micellar Water
    8 years ago
  • BeloG MTT
    KENCUR JUS ASAM KUNYIT
    8 years ago
  • Kamil Kata
    The Culling (2015)
    9 years ago
  • Bersama Mazidul
    VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)
    9 years ago
  • Blog Kerana Manisnya Epal
    Ramadhan is coming back!
    10 years ago
  • Buta+Pekak+Bisu=CINTA
    BLACKSUIT PHOTOG memang terbaik dari ladang gandum!
    10 years ago
  • !!..911Bell119..!!
    2
    10 years ago
  • nEscaFe+MilO
    blog oh blog...
    11 years ago
  • ZAISEMPOY.BLOGSPOT.COM
    aurat kita dengan siapa?
    11 years ago
  • Football Crazie .. well it's all about Chelsea ;)
    AL-FATIHAH
    13 years ago
  • ♥ KunfayakuN ♥
    Namaste..
    14 years ago
  • SANTAI BEN ASHAARI
  • penulis senja
  • Diary Budak Kampung
  • Ini Kisah Tia
  • ! Belog Cik Ladies
  • ! kotak bulat menulis !
  • Roti Telur ©
  • [ kAtEk ]
  • Belog AdamXis
  • Ranking Terbaik Barisan Pemain Selangor
  • ✿ Celoteh Si Alya ✿
  • BudakBotak.com ©
  • CIK LA ADA BLOG
  • Laman web rasmi Persatuan Bolasepak Selangor - FA SELANGOR
  • Siti Safiyyah
  • ! JEJAKA TERHANGAT !
Show 5 Show All
Powered by Blogger.

PILIHAN BELACAN !

  • ! Eza Boom Boom | ファエザ^_^!
    Jangan Lepas Pandang
    10 years ago
  • (^_^)cite ttg K.A.M.I(^_^)
    kembali lagi !!
    12 years ago

RANK SAMBAL

DUIT BELACAN

[close]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
.
 
Copyright (c) 2012 ! Bila Sambal Menumis !.