skip to main | skip to sidebar

Pages

  • Home

25 February 2011

BANGKAI TIKUS DALAM KUALI

ok kali ni aku nak masukn entri tentang isu semasa skrg ni..pe isu semasa ek,ok aku tertarik satu artikel ari ni mengenai masalah kebersihan ni..masalah kebersihan ni sudah tentulah kat kedai makan kn,yela al maklumlah kite selalu mjenguk kedai makan ni kt depan pintu masuknyerr,kt dapurnyer kite jarang nk tgk kn..dari situ lah kita sebenarnya nk kna tgk kn kebersihannyerr..sbb kt dapur tmpt dia msk utk kite,kadang2 kite x tahu kn cmnerlah keadaan dapurnyer,klu dpt tgk pn sekali imbas je kn.....

ok isu semasa kali aku nk ajak korg tinjau mslh yg agak menjijikan dan pengotor..mslahnyer ialah tentang "bangkai tikus kat dlm kuali" jijikan dgrkn,bygknlah klu ms tu tempat hidangn mknn untuk disajikan pd kite...ermmm cmnerla kn...ok jom kite terjah artikel mslh ni...dari segmen isu semasa isu rakyat jom terjah..................


Ops Bersih 3 gempur premis niaga kotor sekitar Klang

KLANG: Bangkai tikus dalam kuali. Mungkin sukar dipercayai tetapi itulah yang dilihat dalam satu operasi penutupan premis makanan dan penguatkuasaan dinamakan ‘Ops Bersih 3' yang diadakan di sekitar bandar diraja ini, baru-baru ini.



Pemilik sebuah restoran mendakwa kuali itu tidak lagi digunakan tetapi alasan terbabit gagal melepaskan dirinya daripada dikenakan tindakan tegas bahagian penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK).
Sentral yang mengikuti operasi bersama Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Klang diketuai Pemangku Timbalan Pengarah Kesihatan MPK, Amran Jali mendapati kebanyakan premis yang digempur pasukan penguat kuasa itu kotor dan berbau meloyakan.

Dalam operasi bulanan itu, pasukan berkenaan turut menemui mi goreng yang sudah basi disimpan di bawah rak makanan dan boleh memudaratkan kesihatan jika ia dipanaskan dan dihidangkan semula kepada pelanggan.

Bagaimanapun, kebanyakan pelanggan terus menjamu selera di restoran terbabit seperti langsung tidak mengendahkan operasi yang sedang dijalankan.

Amran berkata, lapan premis yang diperiksa gagal mempamerkan tahap kebersihan sepatutnya di samping melakukan pelbagai kesalahan lain seperti tidak melabel jenis makanan dan pekerja memakai selipar.

"Kami sudah mengenal pasti kawasan ini sebelum mengadakan operasi. Kebanyakan restoran yang diperiksa didapati gagal menepati piawaian kebersihan seperti ditetapkan, antaranya tong sampah tidak ditutup dan lantai kotor.
"Malah, kami turut menjumpai bangkai tikus, najis tikus dan lipas di beberapa premis,"
katanya sambil menambah semua premis itu diarah ditutup untuk tempoh dua minggu bagi mereka membersihkan premis masing-masing.

Pemilik premis boleh beroperasi kembali jika MPK dan PKD Klang berpuas hati dengan tindakan yang mereka ambil daripada aspek kebersihan tetapi jika gagal, kes mereka akan dibawa ke mahkamah.

Tindakan itu diambil mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.
Bulan lalu, sebanyak 12 premis restoran diarahkan tutup dalam Ops Bersih 2 yang diadakan di sekitar kawasan Bukit Tinggi.

**artikel dari berita harian

p/k; korg bygknlah klu ms tu hidangan untuk korg tp korg tak tahu yg sebenarnya owg yg tgh btkn mknn utk korg keadaan dapurnya cmtu..owh..
okla tu dari segmen isu semasa isu rakyat..
»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 5 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Al Kisah

24 February 2011

PENUNGGU (3)

k ni kesinambungan cerita rekaan aku yg tajuk PENUNGGU bhgian (3),sblm ni pak him nk menceritakn sebenarnya pe yg terjadi,so bhg (3) ni pak him akn menceritakan..cmner pak him blh nk ceritakn kisah dia ni,korg kna bukek blekla bhg (2) punyer..k jom kte tgk pe cerita sebenarnya pak him...

1...2...3..
scene 2: PENUNGGU (eps 3)
klasifikasi: 18sx
genre: seram sgt

1..2..3.......action


Menurut kata pak him sebenarnya,pak him pernah melihat satu lembaga putih terbang dari pokok saga di depan kilang dan terus menjilat pada kesan darah minah yang terlanggar pagar tu. Dan pak guard tu cerita…..

"dulu tempat ni kebun milik seorang yang kaya kat kampung ni dan dia takut hartanya di ceroboh maka dia telah menanam tengkorak di setiap penjuru kebunnya sebagai guard la tu kot. Dan bila orang tu meninggal lupa pulak dia nak halau guard dia tu, sampai la kilang tu didirikan kat situ, kira marah la penunggu tu agaknya. Konon-kononnya lembaga tu mengamukla, mengamuk kerana apa pak guard tu pun tak berapa pasti".
Tapi yang pastinya semenjak dari itu lah kejadian histeria tu terjadi. Pihak atasan tidak berapa percaya dengan perkara ni. Budak-budak yang terkena histeria tu ada cerita katanya dada mereka seolah-olah dipukul dengan kepala-kepala tengkorak tanpa henti, tu yang menjerit-jerit tu.( rupa-rupanya bkn pekerja kt situ jer yg kna rupa sape saje yg melalui jln itu tak kira kanak2 pn,benak di fikiran Mat)

Dan untuk menghalau penunggu tu kata sepakat telah dibuat, maka diadakan "jampi" di kawasan tersebut. Dipanggilnya bomoh yg dikenali wak jarno yg terkenal dikalangan


daerah kampong itu untuk menghalau hantu.tempat jam 12.31 minit malam dalam keheningan pg tu yg hnya kedengaran cengkerik saje, Lalu bomoh tu pergi ke kawasan kejadiaan itu untuk menjlnkn jampinyer tu dgn wak jarno membawa brg2 jampi seperti tehidangnyerr ayam hitam 2 ekor,keris,kimeyan dan mcm2 lg alat khurafat yg telah di bwanyerr(khurafat rupenyerr,benak di hati Mat),dan sejurus itu upacara jampi pn dijalankn..lalu wak jarno memulakan upacara jampi itu dgn membakar kimian itu telebih dahulu,seluruh kawasan itu berbau kimian yg dibakar oleh wak jarno tu,meremang seluruh bulu roma mat mana kn tdk, bygkn dim mlm dinihari hnya bertemnkn kimeyan..setelah membakar kemeyan itu,lalu wak jarno mencampakn 2 ekor ayam hitam yg di bawanyer td di kwsan itu…agak pelik cara wak jarno itu lakukan(benak hati mat)..

Jam ditangan menunujukan sudah pukul 1.01 minit pg,ini menunujukkn upacara wak jarno telah sejam berlalu,setelah wak jarno mencampkn 2 ekor ayam hitam itu,wak jarno menyuruh semua org yg berada dikwasan itu diam seketika,lgla mat dan yg laen menjadi seram,dah la pkl 1.03 minit pg,pastu suruh diam lgla myeramkn hnya kedengaran cengkerik dan bauan kemeyan tu saje(kata hati mat yg raut wajahnyerr semakin kelihatan pucat) .Tiba-tiba ayam hitam yg di campakn oleh wak jarno itu…………………. Bersambung episode (4) iaitu episod terakhir…….

Tiba-tiba nape sbnrnyaa???
Pe da terjadi dgn ayam hitam itu sebenarnyaa????
Pe yg telah dilakukan oleh wak jarno sebnrnya????
Jawapanyerr…nantikan episode terakhir dalam PENUNGGU akan dtg ek,nantikan kesudahanyer cerita ini……tunggu episode terakhir...

**pic hnya hiasan

»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 1 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Kisah Seram (18PL)

21 February 2011

SURAT

ok ni saje2 nk restkn kepala otak..
bualan ni antara atok dan cucuknyer..
k jom kite tgk sape yg kna antara 2 org ni
.................................................
ceritanyerr ialah;

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.

Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah. "Atok buat apa tu?"

"Atok bagi surat kat kawan atok, cu!" jawap atoknya.

Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"


so skrg da tahu kn jwpnyerr sape yg terkena...
»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 7 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Lawak

PENUNGGU (2)

k pd eps 1 dlu menceritakan yg Mat tergesa-gesa nk balik ni(balik dari mn korg kna tgk blekla penunggu (1)) sbb de temunjnji dgn kwnnyer nk maen bola pastu mat terdengar jeritan...k pastu jom ni kesinambunganyerrr penunggu (2)...

1...2...3..
scene 2: PENUNGGU (eps 2)
klasifikasi: 18sx
genre: seram sgt


Seterusnya eps 2….
Mat terdengar jeritan suara dari arah mn pn Mat tdk pasti lagi..slps bp minit br Mat ternmpk slh seorg minah ni terjatuh tah mana silapnya Mat pun tak tau, terlanggar batu kot (yg bermain di fikiran Mat). Kepala minah tu terkena dekat pagar, kepalanya berdarah dan darahnya tu pulak boleh tahan jugak banyaknya mungkin kena tang urat kot aku pun tak pasti, habis merah lantai kat situ dengan kesan darahnya.Pada keesokan harinya…..

……… minah yang terlanggar pagar tu pegi keje dgn kpla yg msih merah lg tu, heran jugak Mat melihat minah tu sbb takkan tak cuti da sakit2 cmtu,tak gi klinik ker??(sungguh hairan Mat melihatnya sbb cedera dia tu agak teruk gak).

Pada keesokkan harinya pulak, Mat terdengar lagi suara jerita ni berlaku lagi tapi pada orang lain pulak lepas sorang reda kena pada orang lain pulak. Macam ade sesuatu yg tak kena jer,kali ni de pulak yang mengilai, ada yang menjerit, ada yang ketawa, seram pulak mat tengok perangai masing-masing nasib baik Mat yg lagi penakut ni tak kena. Kejadian ni pulak berlarutan hampir setengah bulan, ramai yang berhenti kerja sebab takut. Kalau nak ke tandas pulak nak kena berteman, yelah takut terkunci dengan sendiri sebab pernah terjadi kat pekerja laen sebelum ni, nasib baik tak jumpa apa-apa.

Setelah diselidik rupanya ada sebab apa yg sebenarnya berlaku.cerita ini di

ceritakn sendiri oleh pak guard kat tempat Mat bekerja tu,nmnya Ibrahim,org kt situ pnggl pak him.. Menurut kata pak him sebenarnya,pak him pernah……(bersambung eps 3)




Ape yg sebenarnya berlaku????
Ape sbnrnya menurut cerita Pak him ni????
Nantikan kesinambungannya eps 3 akan dtg………
tunggu....
**pic hnya hiasan
»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 0 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Kisah Seram (18PL)

20 February 2011

UBAH...DULU SALAM SEKARANG AS SALAM

dalam sedar x sedar walaupun ianya bende simple tp simple ni lm2 klu kita amalkn ia mjd tabiat dan tabiat tu mjdikn tingginya dosa kita jika ianya tabiat yg buruk...

oleh tu ikutilah makna sebenarnya SALAM ni..
jom baca........


SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

baru-baru ni di radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof.......

........Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”
Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

OOO selama ni aku byk guna perkataaan salam..
Ya Allah ampunkn hambamu ini........
korg cmner??? nak ubah gak x????
»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 7 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: ILmu

DULU FB SEKARANG FACEBLOG

penah dgr facebook tak ???
msty penh kn..
k yg aku nk post ni bkn fb tp mmg sebijik cm fb tp nmnyer laen
pe dia???

k aku nak kenalkan satu page cm fb tp ni adalah
FACEBLOG.....ni untuk geng2 blogger semua
klu fb de yg xde blog tp faceblog ni semuanyerr de al maklumlah geng2 blogger..
k ni promote FACEBLOG..

1..2...3...
scene : FACEBLOG
klasifikasi : geng2 blogger

action...scene FACEBLOG...

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


 
http://the-faceblog.blogspot.com



k pe lg jom join...
»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 6 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Aku Join

CUBA TRY

hiii blogger2 semua terutamanyerr kpd follower2 aku n geng SB.com semua yg mmg syok dan sporting..tnpa korg sapelah aku dgn blog aku ni knn...(huhu ayt nk cmtu jer tp mmg btl ken)..korg mmg best..

ok dlm aku mgadap laptop ni kn aku terpkr dan selalu gak aku perasan benda ni
benda pe lak???
ala pasal penggunaan ayat.......

.......CUBA TRY,yela korg pn msty tahu 2 2 ayat mmbawa mksd yg sm,cuma 1 inggeris dan 1 lg melayu,btl x? btl2..n lg satu dari segi ayt nyer la 1 stat dari huruf C n lg 1 stat huruf T..btl x? btl2..
tp korg perasan x klu ckp dgn owg tp klu owg cmtu la.msty dorg akn guna 2 2 skli ayt ni,kdg2 smpi ayt yg ni nyatakn tu da xde mksd sbb yela dlm ayt yg dorg guna tu de satu ayt jer iatu CUBA klu dlm melayu nyerr klu inggeris nyer lak TRY.
aku bkn pe2 kdg2 klkr lak sbb aku slalu komunikasi owg cmni..tu yg aku tpkr nk post kt entri ni...huhu

contohla klu dia ckp ;
cuba try buat
sedar x sedar kite da guna smpi 2 perkataan CUBA tu..

cube pk yer,CUBA TRY..
nk cuba try pe ...itu yg slalu owg terkena kt aku
aku msty kta try tu pe nk cuba cmner try tu..hahaha..btl x??? btl2

korg lak cmner de x korg penah komunikasi dgn owg cmni..klu penh korg hayati ayat yg dia gunakn tu...huhuh
klu terkena kt diri sendiri korg gelakla sorg2..hahahaha

k la itu jer yg aku nk cite pasal CUBA TRY tp bgus gak sbb smbil dorg ckp tu,dorg siap bg translte nyerr tnpa disuruh..huhuhu

k la aku rse itu jer aku nk post kn sbb aku rse rmai gak aku jupe owg gune CUBA TRY ni..haha..tu yg aku bt satu entri pasal CUBA TRY ni..

k la tu jer kot n d' geng SB.com......
»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 2 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Coretan

TUKANG JUAL

saje2 nk rilekskn otak..ikuti bualan ni antara pembeli dan penjual
kite tgk sape yg kna antara 2 org ni ???
.................................................


Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor
atau Tampin?

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan
yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

jawapanyerr sape yg kna......
»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 2 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Lawak

19 February 2011

SIAPA ONG ???

Pada suatu hari yang tenang.. seorang suami sedang relaxs sambil duduk membaca suratkhabar..... tiba-tiba datang si isteri membawa tudung periuk....PANG!!....diketuknya atas kepala si suami.....si suami yang terpinga2.....bertanya.....

"Aper hal ngan awak nih....kenapa awak ketuk kepala saya??....si
isteri pun menjawap...."nah! awak tengok nih....sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama....'Ong'....si isteri tentulah menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Ong....dengan tenang si suami menjawab....

Ooo....itu nama kuda yang saya bertaruh semalam.....namanya Ong.....si isteri pun agak puas hati ngan penjelasan suaminya.. terus menyambung kerja di dapur.....

Selang seminggu berlalu ketika si suami sedang rehat2 membaca
suratkhabar seperti selalu.... PANG!!!....kali ini dengan lebih kuat lagi!....si suami pun bertanya....aper hal pulak awak ketuk kepala saya kali nih???...dengan selamba.. si isteri menjawap...."kuda awak telefon!!".....

MORAL STORY yg nk disampikn dlm cite ni jgnla kita MENIPU....
»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 4 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Lawak

PENUNGGU (1)

ok sebelum tu cerita adalah rekaan semata-mata ek,tak de kena mengena dgn sape2 pn ok..juz nk perah idea otak jer..k saksikan cerita seram tak seram dari aku...idea dari si penulis BSS ek..BSS mmg ske bt karang2 cmni..oleh tu terimalah cerita BSS ni Episod (1)(chewaaahhhhh)..penggunaan bahasa adlh spontan.kisah cerita ini telah diolah dan di ubah suai semula..
1...2....3....
scene 1: PENUNGGU (eps 1)
klasifikasi: 18sx(he)
genre: seram sgt

................................................

Kisah ini terjadi lebih kurang 10 tahun yang lalu. Walaupun kisah ini telah lama berlalu
tetapi tetap segar dalam seorang anak muda ini.ini kisah menceritakan tentang seorang anak muda bernama Mat yang tinggal di pokok sena,kedah. Semasa kejadian itu berlaku, Mat bekerja di salah sebuah kilang di kampungnyer.. Kampung Mat ni tempatnyerr terpencil,kiri kanan mesti hutan jer tp nk buat cmner da nk cari rezki so hutan ke tak Mat msti kna redah dan lalui gak..(jeng..jeng..)

bayangkanlah pagi2 buta redah kawasan kiri kanan hutan jer..Mat pegi hnya menunggang moto EX5 tu jer satu-satunyer brg ksygnnyerr..Mat bekerja 3 shift,klu pegi pg blek msti ptg,klu msuk ptg blek msti tgh mlm kadang smpi kul 2-3 pagi br sampi rumah, kilang Mat bekerja ni didirikan di kawasan kebun, tetapi kawasan ni telah dimajukan untuk kawasan perkilangan. Dahulunya tanah ini adalah milik persendirian.

Pada suatu petang,pd hari tu Mat shift pg so blek kna kul 5, lebih kurang pukul 5 seperti biasa pekerja-pekerja yg shift pg akan bergegas untuk pulang.kebetulan pulak masa tu Mat ada Temujanji dengan rakannya untuk bermain bola,dengan tergesa-gesanya,Mat pn dalam kelam kabutnyer tu trus jer meluru nk blek untuk mengejar masa. Dalam keadaan yang agak tergesa-gesa tu.Tiba-tiba………………..(sambungan eps 2)…nantikan samb eps 2..........
»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 4 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Kisah Seram (18PL)

18 February 2011

INGAT FOLLOW INGAT BLOG !!!


Hii semua blogger2 terutamanya kpd follower aku semua..
K entri kali nix de pe2 Cuma aku nk pknlkn trademark aku jer..
Pe lak trademarknyerrr…???
Mcm2 la ko ni trademark la lak
Pe nyerrrr..
Ooo..trademark aku ialah….

…….da tahu ker msty korg da tahu kn
Cmner korg da tahu????
Msty tgk kt tajuk entri aku ni..
Emmmmm…btl2
INGAT FOLLOW INGAT BLOG!!!
Aaaa..tu la trademark aku kt blog ni setelh mdpt ilham pabila tgh taip2 entri ni da tgh bc2 semua entri follower aku ni…
Pastu aku tgk follower aku , rmai btl follower dorg
Pe lg aku pn terpk nk pkenalkn 1 ayt ni sbb tnpa follower x mungkin kite akn lbh smgt nk bt entri br kn…btl x????
Pe lg aku pn rse ayt ni sesuai utk blogger2 laen..hehehe..
So pe lg mulai skang ingtla kt blog aku..hahahahaha….

Lg 1 aku terpk ayt ni lak sbb sejak aku join syoknyer blogging.com
Aku rse glamor lak ayt FOLLOW ni di kalangn blogger chat..
Blog ni mmg bestla sbb dorg semua de blog..
Klu kt ym tu de yg xde…kbykn xde,so sush kite nk cr yg de blog
Tu yg bowink kn..btl x? btl2
Setelah jupe SB.com ni sgalanyerr berubh xdelah bosan ssb semuanyerr de blog,siap promote blog kite lg tu,x smpi seminit pn bt entri br trus promote pastu rakan2 kt situ semua open blog kite tu..tmbh2 de follower yg tetap dgn blog kite lgla syokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkknyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr(kna pnjng sikit tnda syoknyerr) berblog…btl x? btl2..hehe
Klu nk suruh owg xde blog ni suruh bc kite punyerr blog ni mmg sush sikitlaa..klu de pn sikit jer..btl x?btl2..hehe

K la tu jer aku rse nk ckp kt entri ni..huhuhu
K la sblm tu sebut btl2…
Pe dia????
INGAT FOLLOW INGAT BLOG!!!..









»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 3 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

SAMBAL BELACAN (SB) CORNER

Nama Blog: Belog Sambal Belacan (SB)
URL Blog: akutetapaku85@blogspot.com
Ditubuhkan: 5 Oktober 2010
Isi: Coretan dan Info
Motivasi Berblog:

1) Tidak semua akan suka cara kita
2) Kita tidak mampu memuaskan semua org dgn hasil kerja kita
3) Kejayaan bermula dengan kegagalan

BELOG SAMBAL BELACAN (SB)

DiLahirkan: Teluk Intan,Perak Darul Ridzuan
DiBesarkan: Klang,Selangor Darul Ehsan
Tarikh Lahir: 01 December
Pendidikan: Kolej
Email:akutetapaku85@hotmail.com
Favourite Club Football: Chelsea Fc
                                      Selangor Darul Ehsan

mmg fanatik kedua-dua pasukan ni....

Status: Masih single....

Coret-coret:

Aaaa…lg 1 sukan yg aku ske dan msty fanatic klu tgk ialah Bola disepak..badminton..hoki..takraw Hoki..takraw..badminton msty aku sokong fanatic dgn Malaysia klu cm de game yg besar2 cm komanwel game ke,sea game ke,asia game ker msti aku akn fanatic sokong Malaysia dlm sukn tu…pkembngn Malaysia dlm skn tu pn msty aku follow2 gak..(de follow gak..heheh)
Klu bola lak aku pyokong fanatic red giants la mstilah selngor mmg x miss la nk tahu pkembngn slngr ni…mmg fanatic abesla dgn selangor..
Klu bola owg puteh lak aku fanatic pasukn dari kelab England klu x laen x bkn pemiliknya abromovich iaitu (teng..teng..) Chelsea club laa..mmg fanatic glerla kt kelab ni klu klb ni down msti aku akn kutuk2 punyerr,yela kata fanatic kn..hahaha pe2 pn the blues the best..n viva red giants..

Nombor yg paling aku ske 12
Wrna yg plng aku xske merah..sbb tu klu korg nk bg hadiah kt aku jgn bg wrna merah..huhu
Tp pe2 pn aku tetap trm n aku akn hrgainyerrr….itu pnting kn…
 
»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

15 February 2011

JOM TERJAH SYOKNYER BLOGGING.COM

Pe hobi aku??
hobi aku mula2 xtau pe sbnrnya…tp setelah aku belek2 cmptr dan pasang tenet br aku dpt ilham yg aku ade hobi sgt2…cm best gakla hobi ni setelah di belek2 nyer..mmg bestla..dan aku skang ni j dhobi tetap aku…
pe hobi tu????
Ooo..lupe nk bgtahu,sbnrnya hobi tetep aku skang ialah……

………berblogging..hehe,mula2 aku mmg rase cm x sonok nk berblog ni kdg2 aku ckp pe2 ntah owg bt blog ni.tp bled a lm2 aku rse cm sonok lak bblog ble search owg laen bblog ni..rmai gak aku tgk owg bblog ni,igt mula2 sikit jer owg bblog ni tp bled a belek2 rupe2nyer mmg rmaila,ble rmai tu lgla btmbh sonok nk bblog.
Lg satu hobi yg aku ialah bc blog owg,mmg best bc blog owg ni,mcm2 cte dan gelagat de tp best la cmtu dan aku blh jd pmbc blog setia korg tp blog yg slalu update la aku akn slalu klik blog korg..sbb yg x update ni aku boringla nk bc sbb entri yg sm jer,kdg2 bt kite jd jemu..btl x???hehe
Aku tercri2 gak sapelah yg sm2 bblog dgn aku ni???
Blog sape yg slalu update ni????
Tp setelah aku belek2 rupe2nyer ade satu blog yg mmg tersedia dgn geng blogger yg laen,dorg pn slalu update blog dorg,aku pn br join blog yg aku mksdkn ni..mmg bestla blog ni sbb de chat skli pastu de ruang promote blog kite,emmmm lg de mcm2la...yg pling best ni dorang ni semua de blog tu yg best…
Sejak tu lah aku da kurg sgt bkek fb..huhuhu
Klu korg x pcya g la ke blog tu,msty best..tp korg msty de blog
Klu xde blog pn xpe blh gak g tp bak kata owg x feel,ble x feel nnti korg msty akn kutuk2 blog tu sbb korg x feel..btl x??klu xcya korg g tnpa korg xde blog..huhuhu
La pe nm blog tu????
Ooo..lupe lg nk bgtahu..blog tu ialah syoknyerblogging.com
Klu nk senang g jer n klik jerk t sblh kiri blog aku ni yg tertera widget syoknyer blogging..
Ok ni interface blog tu….


ni interface nyerrr...

blh chat gak taw...
chat nyerr best taw..bkn chat privacy jer ade yg open chat pn de,cam ym chat..
cmni ek yg di pnggil shout box..

ahhh menu nyer cmni lak...
k menu pn blh promote blog kte taw..
pe lagi join la...

ahhh blog ni pn de contest gak taw pe lg tgk jer
joinla...jom jd blogging dan join follower..huhuh
igt follower igt blogging..hehe

k la tunggu pe lg klik la syoknyerblogging komuniti blogger masa kini
http://syoknyerblogging.com/showthread.php?tid=452


»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 1 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Aku Join

11 February 2011

VALENTINE DAY - BOLEH KE X???

14 hb februari....nape?
ooo hari VALENTINE DAY..

Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing...(biasalah cinta tu silap mata...)

maka..terjadilh Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.(kn cinta tu silap mata..sikit demi sedikit ia silapkn mata kita)

justeru tu..(dia silap kn mata sampai kt hati ia silapkn sehingga berterusan)...maka terjadilah buang bayi...

so..ni ker dikatakan valentine Day..

klu yg tgh telah disilapkn mata dan hatinya pastinya ia kata TIDAK gak tp maklumlah cinta tu silap mata pasti IYE gak hatinya...

VALENTINE....KATA TIDAK!!!!!


nak katakan TIDAK pada VALENTINE DAY..

Tapi......
Ape dia?????????????

Nak taye pe tu.....
..... sebenarnya valentine??
......... Hukumnya Apa???
.............pe kisah sebenar valentine???
.....sape yg ciptakan?????

oooo tu persoalanyerrr...

Sebenarnya Valentine Day ni menuang air ke daun keladi
nap lak cmtu???

SEBAB ianya berasal dari............



.......Rom Kuno dan juga Kristian.
Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah HARAM.

SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE
Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.

Ø Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Ø Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

Ø Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Ø Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

so..tingalkanlah Valentine ni..KATAKAN TIDAK!!!!!!!

apa hukumnya pulak...????

oooo..

Hukumnya..

Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. – al-Hajj : 67

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.

pastu hari cikgu ke xde gak..

mmgla tp dgr VALENTINE pn da dgr bunyinyer xsedap,dahla bunyinyer xsedap pastu cam nm org yahudi jer..btl x..mmmmmmm

btl..

ia gak akan...

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah penulis paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas.

Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam.

Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T.. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tentang hukum menyambut Hari Valentine,

Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”


Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007;

Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T..

Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)". –Al-Baqarah (2) : 120

Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa.

Firman-Nya Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". – al-Hijr (15) : 39-40

Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:

“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Justeru itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.

sumber:http://akob73.blogspot.com
»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 0 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: ILmu

SAFEE KE INDONESIA..KELAB MANA???


Teka – teki pasukan yang akan menggunakan khidmat penyerang kebangsaan yang juga penyerang Selangor iaitu Safee Sali akhir terjawab apabila mengumumkan bahawa kelab Indonesia iaitu...




.....Pelita Jaya telah membeli pemain tersebut. Sebelum ini, dilaporkan beberapa kelab dari Indonesia berminat untuk mendapatkan khidmat Safee Sali selepas menunjukan aksi memberangsangkan semasa kejohanan piala AFF yang lalu.

Petikan dari utusan;

PETALING JAYA, 7 Feb. – Penyerang kebangsaan, Safee Sali hari ini mengesahkan dia akan berhijrah ke kelab Liga Super Indonesia (ISL), Pelita Jaya dengan kontrak selama setahun.

Safee secara rasmi akan menandatangani kontrak bersama kelab yang berpengkalan di Jawa Barat itu mulai 14 Februari depan dan akan menggunakan jersi bernombor 10.

Perlawanan persahabatan skuad kebangsaan dan Hong Kong di Stadium Shah Alam, Rabu ini dan berdepan Kuala Lumpur, pada Sabtu dalam aksi Liga Super akan menjadi perlawanan terakhir buat Safee.
»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 0 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Bola

04 February 2011

PERPINDAHAN PEMAIN EPL PALING MAHAL

Tempoh perpindahan pemain bulan Januari untuk EPL telah pun berlalu. Banyak kejutan yang berlaku dalam sesi beli membeli pemain diantara kelab – kelab Liga Inggeris antaranya perpindahan Fernando Torres ke Chelsea dan penghijrahan Andy Carroll dari kelab Newcastle United ke Liverpool. Tetapi apa yang menariknya tentang Torres dan Carroll? penghijrahan mereka berdua telah mencatat rekod baru yuran perpindahan pemain bagi kelab – kelab Inggeris. Yuran perpindahan yang dibayar oleh Chealsea untuk mendapatkan Torres telah mengatasi yuran perpindahan yang dibayar oleh Manchester City untuk mendapatkan Robinho. Begitu juga Andy Carroll, yuran perpindahannya yang berjumlah 35 juta Pounds turut mengatasi yuran perpindahan Robinho.

Berikut adalah senarai 10 tempat teratas membabit pembayaran yuran perpindahan pemain bagi kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris:

1. Fernando Torres (Liverpool ke Chelsea) 50 juta pounds
          2. Andy Carroll (Newcastle ke Liverpool) 35 juta pound

3. Robinho (Real Madrid ke Manchester City) 32.5 juta pounds
4. Andriy Shevchenko (AC Milan ke Chelsea) 30.8 juta pounds
           5. Dimitar Berbatov (Tottenham Hotspur ke Manchester United) 30.75 juta pounds
6. Rio Ferdinand (Leeds United ke Manchester United) 29.1 juta pounds
7. Juan Sebastian Veron (Lazio ke Manchester United) 28.1 juta pounds
8. Wayne Rooney (Everton ke Manchester United) 27 juta pounds
9. Edin Dzeko (Wolfsburg ke Manchester City) 27 juta pounds
10. James Milner (Aston Villa ke Manchester City) 26 juta pounds

»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 0 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Bola

02 February 2011

TORRES KE CHELSEA -PERPINDAHAN PLAYER EPL PALING MAHAL


Mantapla pasni chelsea, torres masuk chelsea..the blues the champion..MU tunggu jela.akn di klhkn oleh chelsea...,..anelka blh outla,x best.
.perpindahan torres ke chelsea adlh paling mahal iaitu $ 50m di EPL selepas carloz tevez dari MU ke MC
TORRES GO GOAL CHELSEA!!!


NO 9 JERSEY
TORRES GO GOAL CHELSEA!!!

 

chelsea juga beli player defender benfica David Luiz...jersey no 4
 
chelseafc.com

»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 0 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Bola

WAJAH PLAYER SELANGOR SUPER LEAGUE 2011

     
VIVA SELANGOR FC

»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 0 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Bola
Newer Posts Older Posts Home

MASAKAN LAIN

KERAP DI CICAH

  • BEN ASHAARI GEGAR LAGI
  • EKSKLUSIF: MISTERI LAGU “CINTA TIGA SEGI” KINI TERBONGKAR !!!!!
  • Pengakuan Jepp : INILAH PUNCA SEBENAR KUMPULAN SEPAH BERPECAH !!!
  • GAMBAR AWEKS YG SEKSI LAGI MENGHAIRAHKAN (TONTONAN 18SX)
  • Les’ Copaque menghasilkan animasi TERBARU selepas Upin Ipin ! Inilah animasinya.....
  • Tidak Ku Pinta Begini :'(
  • KHASIAT DISEBALIK PISANG
  • LIVERPOOL vs NISFU SYAABAN
  • AL KISAH SIPUT BABI !
  • " GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA "

Labels

Coretan (138) Al Kisah (87) ILmu (77) Isu Semasa (61) Apa Ade (39) Aku Join (37) Lawak (24) Bola (21) Segmen Aku (16) Tazkirah DAN Kisah Teladan (16) Cinta (11) Kisah Seram (18PL) (10) Soal Jawab (7) Berjiwang (4) Releks Jap (4) Kekuasaan Allah (3) Motivasi (3) Tips (3) Award (2) Bergambar Makna (2) Haji (2) Misteri Dan Pelik (2) Penghargaan (2) Tips Dan Fakta (2) 1whp (1) Jalan-Jalan (1) Lagu (1) Maharaja lawak (1) Raja Lawak (1) Sukan (1)

AMARAN PRODUK

assalamualaikum dan 1 blogger
ini adalah blog hakcipta Belog Sambal Belacan (SB)....
blog ini menyelitkan info-info artikel dan menyelitkan gak hasil coretan Belog Sambal Belacan (SB) sendiri.

HARAP MAKLUM! segala penggunaan "aku" dlm catatan ini adalah sbgi ganti nama bg sy,dan tiada niat utk nak kurang ajar pd yg lebih tua dari sy,mintak maaf...:)

HARAP MAKLUM JUGAK! blog ini tidak support function bagi penggunaan internet explorer (IE).

SELAMAT DATANG ke SAMBAL BELACAN (SB)..........

TENTANG BLOG

  • SAMBAL BELACAN CORNER

GENG VIP SAMBAL

GENG SAMBAL

CHAT BSB

Follow @BlogSambalBelacan

BAHAN BELACAN

  • ►  2014 (3)
    • ►  June (1)
    • ►  March (2)
  • ►  2013 (21)
    • ►  August (6)
    • ►  May (5)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (7)
  • ►  2012 (99)
    • ►  December (1)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (11)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (9)
    • ►  February (23)
    • ►  January (38)
  • ▼  2011 (522)
    • ►  December (41)
    • ►  November (39)
    • ►  October (39)
    • ►  September (29)
    • ►  August (36)
    • ►  July (53)
    • ►  June (42)
    • ►  May (76)
    • ►  April (124)
    • ►  March (23)
    • ▼  February (18)
      • BANGKAI TIKUS DALAM KUALI
      • PENUNGGU (3)
      • SURAT
      • PENUNGGU (2)
      • UBAH...DULU SALAM SEKARANG AS SALAM
      • DULU FB SEKARANG FACEBLOG
      • CUBA TRY
      • TUKANG JUAL
      • SIAPA ONG ???
      • PENUNGGU (1)
      • INGAT FOLLOW INGAT BLOG !!!
      • SAMBAL BELACAN (SB) CORNER
      • JOM TERJAH SYOKNYER BLOGGING.COM
      • VALENTINE DAY - BOLEH KE X???
      • SAFEE KE INDONESIA..KELAB MANA???
      • PERPINDAHAN PEMAIN EPL PALING MAHAL
      • TORRES KE CHELSEA -PERPINDAHAN PLAYER EPL PALING ...
      • WAJAH PLAYER SELANGOR SUPER LEAGUE 2011
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (59)
    • ►  December (1)
    • ►  November (30)
    • ►  October (28)

PERENCAH

  • BEN ASHAARI
    Tips kesihatan : Jangan simpan sampah orang dalam kepala kita !
    4 days ago
  • Sunah Suka Sakura dot com
    Salam Aidiladha 2025
    3 weeks ago
  • BANGKU KOSONG
    Cara Mudah Masak Lemang di Rumah
    1 year ago
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN
    1 year ago
  • Lulu pages
    Top Graphics Card for Dell Optiplex 1030 160 170l 2010 2021 2030
    3 years ago
  • Ceritamamat
    Sep 14 The Road to “Clean” Living
    3 years ago
  • senyum-senyum
    VINCENZO FULL EPISODE
    4 years ago
  • MiLo SuaM
    Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong kata pembantu
    4 years ago
  • NASIHANGIT.BLOGSPOT.COM
    (STICKY POST) SEWA IKLAN RM10 SEBULAN DI BLOG NASIHANGIT!!
    5 years ago
  • Mahligai-An-Nur
    Broken Heart 2018
    5 years ago
  • ! Erti Kehidupan...
    Akibat Nak Murah ...Aku Kena Scam Di Shopee
    5 years ago
  • .. cik epal ..
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
    5 years ago
  • Bicara Mak Dara
    Tudung Bawal Termahal Di Dunia Milik Ahli Perniagaan 35 tahun
    6 years ago
  • ! 1 Blog 1 Informasi !
    Nasi Dulang Daun Pisang Sg Ramal, Kajang
    6 years ago
  • Malaysian Sports' Loose Cannon
    MAJALAH DIGITAL ARENA - DALAM KENANGAN
    7 years ago
  • ::Si Sengal Yang Jiwang::
    Jual Kayu Dolken Gelam Gratis Ongkir
    8 years ago
  • ! Blog Inspire Bunny !
    REVIEW: Uriage Thermal Micellar Water
    8 years ago
  • BeloG MTT
    KENCUR JUS ASAM KUNYIT
    8 years ago
  • Kamil Kata
    The Culling (2015)
    9 years ago
  • Bersama Mazidul
    VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)
    9 years ago
  • Blog Kerana Manisnya Epal
    Ramadhan is coming back!
    10 years ago
  • Buta+Pekak+Bisu=CINTA
    BLACKSUIT PHOTOG memang terbaik dari ladang gandum!
    10 years ago
  • !!..911Bell119..!!
    2
    10 years ago
  • nEscaFe+MilO
    blog oh blog...
    11 years ago
  • ZAISEMPOY.BLOGSPOT.COM
    aurat kita dengan siapa?
    11 years ago
  • Football Crazie .. well it's all about Chelsea ;)
    AL-FATIHAH
    13 years ago
  • ♥ KunfayakuN ♥
    Namaste..
    14 years ago
  • SANTAI BEN ASHAARI
  • penulis senja
  • Diary Budak Kampung
  • Ini Kisah Tia
  • ! Belog Cik Ladies
  • ! kotak bulat menulis !
  • Roti Telur ©
  • [ kAtEk ]
  • Belog AdamXis
  • Ranking Terbaik Barisan Pemain Selangor
  • ✿ Celoteh Si Alya ✿
  • BudakBotak.com ©
  • CIK LA ADA BLOG
  • Laman web rasmi Persatuan Bolasepak Selangor - FA SELANGOR
  • Siti Safiyyah
  • ! JEJAKA TERHANGAT !
Show 5 Show All
Powered by Blogger.

PILIHAN BELACAN !

  • ! Eza Boom Boom | ファエザ^_^!
    Jangan Lepas Pandang
    10 years ago
  • (^_^)cite ttg K.A.M.I(^_^)
    kembali lagi !!
    12 years ago

RANK SAMBAL

DUIT BELACAN

[close]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
.
 
Copyright (c) 2012 ! Bila Sambal Menumis !.