skip to main | skip to sidebar

Pages

  • Home

30 June 2011

JOM REKA DIALOG !

ok aku nak join lagi segmen abg ben (BA),kali ini segmen BA dikenali Jom Reka Dialog...Dialog ape yg nak reka jom kita terjah header blog ini kalu nak join ek.....


ok dialog yg kena reka ni pasal pic suami isteri ni...aaaa pe lg jom kita ape masalah sebenarnya suami isteri ini.....

gambar 1

gambar 2

ini kisahnyerrr......

Isteri: Abg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! nape ambik baju saya ni,tgk skrg saya pnggl siglet je ni....sejuk ni abg...abg nak ker sampai saya cakar2 abg.kalau abg nak pun jgnlah sorok bj syg.....................

Suami: Sayang!!!!!!!!!!!!!! jgnlah cakar abg,nnti abg mkn syg,(sambil itu mulut si suami itu ternganga sbg tanda syarat utk memakannya).Yelaaaaaa mcm mn abg tak sorok bj syg,syg tahu tak bj sy tu ada coklat,abessssss semut hurung kat atas katil kita,abg ingat geli ape,rupa-rupanya semut itu dah menghurung seluruh badan kita tau syg,abg kesian kat syg sbb tu abg buka bj syg tu.......

(Sebaik sahaja dengar penjelasan dari si suami ini,lalu si isteri rasa bersalah kerana memarahi suaminya sedashyat itu.Lalu isteri itu mendekati si suaminya.............)

Isteri: Abg.....syg mntak maaf,bkn abg sajer yg rasa cmtu tapi syg pun terasa geli2 gak mlm td,sy ingt abg tgh #$%@#%%# kat syg,syg layan jerlaaa,lm2 jd bertambah geli sgt,syg pon rasa bertambah asyik pulak,syg lyn jelaa,rupa2nya patutlah terasa geli sgt sbb coklat tu ada kat bj sy.maafkan abg syg......

Suami: takpe syg,abg tak mrh syg,,,,meh syg...baring kat abg sayang...jgn bg semut itu geli2 kat syg lg,sian syg slh geli mlm td...

Isteri: ok abg...jap,syg pki bj jap ek abg,tak puas abg bukakkan tnpa sedar semalam,abg phm kn..(si suami pun meaggukkan kepala tanda memahaminya.) ok syg dah baring ni...abg,mmmmmmmmmmmmmmm (lalu si isteri berkata luv u so much abg berikan geli yg sebenar........:)

ok,orait inilah cerita rekaan dialog aku yg merapu pe kebenda ni.....huhuhuhuhuhuhuh..hahahahaha,yg tak phm tu buat2 la phm ek sbb aku ni pun bkn penulis skrip pun,so jdlah tunggang langgang ceritanya..hahahahahaha

Ia bukannya dialog yg lucah (jgn pikiq lain) tapi moralnya terselit:

*** Walau apepn isteri jgn lupa dan jgn selfish.....
*** Lain kali bertanya dulu jgn suka nak melulu menuduh tanpa sebab je.
*** pe2 pun ikatan tetap suami isteri..so,gaduh mcmnapun berbaiklah semula..itu yg paling bagus.
so,yg tgh bergaduh tu,ape lg jomlah berbaik semula...:)



»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 20 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Aku Join

KESILAPAN DALAM IJAB KABUL

orait soal jawab agama kali ini mengenai ijab kabul.Ianya adalah kemusyikilan kesilapan dalam sesebuah majlis ijab kabul sama ada yg kita perasan atau tidak perasan semasa majlis itu sedang berlangsung.Kemusyikilan ini harus kita ambik berat dan pandang dgn serius ini kerana ianya bab mengenai hukum hakam agama.ok akan tetapi ape2 pun setiap masalah ada penyelesaian ek,yg penting kita mesti cari penyelesaian itu bukannya memandang mudah jer dgn perkara seperti ini walaupun ianya seperti perkara biasa atau remeh jer.

ok oleh itu jom kita tgk jawapan dari kemusyikilan ini..adakah kemusyikilan ini sah atau tidak? dalam ijab kabul orang yg bertanyakan kemusyikilan
ini.





jom kita terjah ilmu ini.....

KEMUSYIKILANNYA:

SAYA ada masalah mengenai akad nikah (ijab dan kabul). Saya baru berkahwin pada 13 Mac lalu. Alhamdulillah, saya berjaya dinikahkan dengan sekali akad sahaja (saksi ada yang setuju, ada yang diam, tetapi semua turunkan tandatangan).

Semuanya berjalan lancar, sehinggalah kira-kira empat hari kemudian, saya dengar saudara-mara saya berkata, Kadi (wali hakim) tersilap menyebut mas kahwin.

Kebetulan adik saya ada merekodkan video ketika majlis berkenaan. Saya melihat semula rakaman itu berulang kali. Memang benar kadi tersilap mas kahwin.

Lebih mengejutkan, nama bapa pengantin juga tersilap. Bunyinya seperti ini:

Kadi: “Aku nikahkan engkau dengan berwalikan aku Nora binti Jamaluddin dengan mas kahwin RM20.50 tunai. Saya jawab, “Aku terima nikah Nora binti Jamaluddin dengan mas kahwin RM22.50 tunai.


Nama pengantin lelaki: Azizul bin Mohammad
Nama pengantin Perempuan: Nora Binti Jamiluddin
Mas Kahwin: RM22.50

Sah atau tidak ijab dan kabul serta perkahwinan saya itu? Jika tidak sah, apakah yang perlu saya lakukan?

IS,
Terengganu

pandangan anda bagaimana sebelum anda membaca jawapan seterusnya....
apa pandangan anda dgn kemusyikilan ini????
rasa-rasa anda sah atau tak ijab kabul ini???


dah bg pandangan,ok ini jawapannya....



JAWAPAN:

SEMEMANGNYA dalam ijab dan kabul ketika akad pernikahan disyaratkan bersepadu antara tempat akad dan kadar mas kahwin. Jika ada sedikit perbezaan yang tidak menimbulkan kekeliruan dan kesalahan yang jelas, akad ijab dan kabul tetap sah seperti dalam kes perkahwinan anda itu.

Ini kerana ia hanya membabitkan nama bapa pengantin perempuan (isteri anda) dan bukannya nama isteri dengan menyebut nama yang lain seperti Maryam dan sebagainya.

Keduanya, kadar mas kahwin yang anda sebut lebih banyak daripada yang disebut dalam ijab. Ia boleh diterima dan sah kerana ia lebih baik kerana jumlahnya lebih berbanding dengan lafaz ijab (al-Zuhayli 1985 7: 51).

Kesalahan seumpama itu dikira sebagai kesalahan biasa manusia kerana salah sebutan atau tersasul. Selain itu, saksi juga tidak membantah perkara itu dan mereka memperakui kelangsungan akad berkenaan.

ALHAMDULILLAH SAH!

Jawapan daripada:
Dr.Abdul Salam Muhammad Shukri
Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Kemanusian, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,






»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 4 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Soal Jawab

AL KISAH TEH PANAS & TEH SEJUK

orait kali ini aku nak bawak satu al kisah tentang teh panas dan teh sejuk.aaa ape pulak pasal teh ni.Kisah ini antara orang asli dan tuan punya warung tu.

aaaa nak tahu gelagat orang asli dan tuan warung tu???
nak tahu sape antara 2 orang ini yg terkena????
adakah orang asli ini yg terkena sbb dia org asli ataupun tuan warung tu ataupun disebaliknya?????
kita tgk sape diantara mereka ni yg cerdik?????
nak tahu semua itu jom kita pergi ke warung tu untuk ikuti kisahnyer.jom......

al kisah teh panas dan teh sejuk tu cmni.....


Di suatu pagi yg menyinar..di warung kopi,terdapat seorang penduduk org asli yg ingin minum pagi di warung tersebut. apabila tuan warung ingin mengambil order..bertanyalah org asli ini..”berapa harga teh panas dan berapa pula harga teh sejuk”…jawab tuan warung..”teh panas RM0.70 ,teh sejuk RM 1.20…”..maka org asli tersebut meminta teh panas..

apabila teh panas telah sampai..cepat2 org asli tersebut meminumnya sampai habis….pelik tuan warung melihatnya….lalu beliau bertanya..”kenapa kamu minum terlalu cepat..tak rase panas ke..??”

jawab si org asli tersebut..”emm..mestilah kene minum cepat teh panas ni, kalau minum lambat nanti jadi teh sejuk, kene plak bayar Rm1.20..saya ada Rm 0.70 je..”..tuan warung pun tersengih…

hahaha...akhirnya org asli ini geliga gak,yg terkono yela tuan warung tu..hahahaha:)




»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 4 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Lawak

29 June 2011

SUBHANALLAH PERISTIWA INI !

Setahu semua hari ini adalah hari yg begitu beerti bagi umat islam dalam di bulan Rejab iaitu hari Israk Mikraj.ok ada setengahnya sudah tahu sejarah atau peristiwa Israk mikraj dan ada juga blm mengetahui lg,mungkin sudah mengetahui peristiwa ini tapi sudah lupa atau teragak-agak lagi.ok takpe itu semua tak kisah yg penting kita ingin belajar dah mengetahui,itu yg lebih utama kn.

ok sempena Israk Mikraj ini aku akan bawakan perjalanan cerita peristiwa israk mikraj ini untuk kita jadikan iktibar,pengajaran dan sebagai panduan. ok tak rugi ilmu ini kita kongsikan dan kita membacanya lagi,oleh itu jom kita rentetan peristiwa Israk Mikraj ini...







PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU DALAM ISRAK MIKRAJ KE ATAS RASULULLAH SAW.....


Umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan peristiwa agung iaitu Israk dan Mikraj yang ada disebut dalam ayat pertama surah al-Israk pada 27 Rejab.Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku pada diri baginda Rasulullah SAW.


Peristiwa ini telah membongkarkan keimanan dan keyakinan umat manusia tentang kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian nabi Muhammad SAW.

Orang kafir sendiri menjadikan peristiwa Israk Mikraj ini sebagai suatu pembohongan yang menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah nabi.

Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku di dua tempat utama dibumi sebelum nabi dinaikkan ke Saidatul Muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin malah melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi Isra’ dan sekitarnya.


Sehingga kini bumi Isra’ iaitu Baitul Maqdis, Palestin terus menjadi rebutan 3 agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi sehinggakan keganasan Yahudi dalam membunuh dan merampas tanah milik umat Islam terus berjalan tanpa perikemanusiaan.


SEJARAN PERJALANAN  ISRAK MIKRAJ

Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda SAW disuci dengan air zamzam dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu,dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “kahtimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangi binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.


Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa)


Sepanjang perjalanan (Isra’) itu Rasulullah SAW ditemani oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah)
Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan sembahyang sebanyak 2 rakaat.

Antara tempat-tempat berkenaan ialah :

I. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
II. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.
III. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan).

Dan...........ikuti KISAH BAGAIMANA RASULULLAH MENGHADAPI GANGGUAN JIN IFRIT...reungkan peristiwa kisah ini....


Dalam perjalanan itu jugaRasulullah SAW menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib, antaranya:-



A. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail:Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.


B. Tempat yang berbau harum, Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya(termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).


C. Sekumpulan orang orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula.Demikaan dilakukan berkali-kali, Jibrail memberitahu: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).


D. Sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur)dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail Itulah orang- orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.


E. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami.


F. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail:Itulah orang yang makan riba.


G. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagu kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang yang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.


H. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali di gunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.


I. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.


J. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (takbur), kemudian menyesal tapi sudah terlambat.


K. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan.Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.


L. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensiakan umurnya sampai tua.


M. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

SUBHANALLAH PERISTIWA INI......SAMPAI RASULULLAH PUN MEMBIARKAN SAHAJA...FIKIRKANLAH....

SETIBANYA DI MASJID AL AQSA.......

Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia’,aulia’ dan mursalin menjadi makmum.


lalu dibawa Jibrail.....


yang berisi ARAK dan SUSU.Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

SUBHANALLAH PENGAJARAN YANG SANGAT BERGUNA...

selepas itu peristiwa Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah).ikuti kisah peristiwa supaya kita menjadikan pedoman kita sebagai habanya...


Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).


a) Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu jumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba’ dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.


b) Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.


c) Langit Ketiga: Baginda naik langit ketiga dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.


d) Langit Keempat: Baginda naik tangga keempat dan bertemu dengan Nabi Idris AS.


e) Langit Kelima: Baginda naik tangga kelima dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israel.


f) Langit keenam: Baginda naik tangga langit keenam dan bertemu dengan nabi-nabi.



...... dengan Nabi Musa AS, Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai termasuk
70000 orang yang masuk syurga TANPA HISAB.

dan......


Langit Ketujuh : Baginda naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW Nabi Ibrahim AS bersabda. “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat terakhir dan terlalu dha’if , maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syuga iaitu La Haulawala Quwatta Illa Billah. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda : “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah iaitu :

Subhanallah, Walhamdulillah, Wa La Ila Haillallah Allahuakbar dan La Haulawala Quwatta Illa Billahil Azim.

Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.

Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “Al – Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia.


Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka beserta dengan malaikat Malik penunggunya.




Tangga kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul- Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya

Tangga Kesepuluh : Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T dengan mata
kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya.


Allah SWT: Ya Muhammad

Rasulullah: Labbaika

Allah SWT: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah: Ya Rabb, Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah SWT : Aku ambil mu sebagai kekasih. Aku perkenankan mu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepada mu pada hari kiamat.

Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelum mu. Aku berikan mu ayat-ayat di akhir surah al Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah “Arasy”. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakan panji-panji Liwa – ul – hamd. Maka Adam dan semua yang lainya di bawah panji-panji mu. Dan aku fardukan atas mu dan umat mu 50 (waktu)sembahyang.


Selesai munajat, Rasulullah SAW dibawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), baginda tidak mahu lagi merayu kerana malu kepada Allah, dan akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam tetapi mengekalkan nilai pahalanya sebanyak 50 waktu juga.


dan.....


Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul- Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama.

TAMMAT...

JADIKANLAH KISAH ISRAK MIKRAJ INI SBG PANDUAAN KITA YG MENUNJUKKAN BETAPA BESARNYA KEKUASAAN ALLAH SWT,MMG KEKUASAANYA TIADA HAD..MARILAH KITA MENGINSAFI DAN MENGAMBIL KISAH YG BERLAKU INI...

PERSOALANNYA...ADAKAH KITA MASIH INGIN INGKAR DAN MELANGGAR SURUHANNYA????? SEDANGKAN ALLAH TELAH TUNJUKKAN SEMUANYA INI....


APE2 PUN JAWAPANYA KITA YG MELETAKKANNYA TAPI TANYALAH IMAN KITA SEMUA....


KERANA IMAN YG KUKUH MESTI TAAT PADA .......





»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 4 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: ILmu

BOLEH JADIKAN GAMBAR BOGEL TU

Dengan teknologi sekarang ini yg penuh canggih sebenarnya kita kena lebih berwaspada dengan kecanggihan itu supaya diri kita tidak terperangkap dgn dek harus kemajuaan pemodenan teknologi sekarang ini sbb orang bak kata orang lagi canggih lg mcm-mcm org blh buat dgn kecanggihan tu.

ok,cerita pasal teknologi canggih ni,aku nak bawa satu aplikasi terbaru model telefon bimbit iPhone berupaya mengubah gambar wanita itu berbikini menjadi gambar bogel.aaaaaa canggih kn..kn.. kalau nak tahu lbh lanjut cerita model telefon bimbit iPhone ni,jom kita terjah kecanggihan teknologi itu..

cmni ceritanya.....

NEW YORK - Satu aplikasi terbaru telefon bimbit iPhone berupaya mengubah gambar wanita berbikini menjadi gambar bogel, lapor sebuah akhbar semalam. Aplikasi 'nakal' itu yang dikenali sebagai Pic Bubbler, boleh dibeli dari gedung dalam talian iTunes pada harga cuma AS$0.99 sen (RM3).


Menerui Pic Bubbler, ilusi optikal berbentuk buih digunakan bagi menghasilkan gambar bogel walaupun wanita tersebut sebenarnya memakai baju renang atau bikini.

Apabila pengguna memuat naik gambar wanita berbaju renang, perisian itu menutup gambar tersebut dengan satu lapisan lut sinar mengandungi lubang buih yang boleh dimanipulasi menerusi skrin sentuh iPhone.


Pengguna cuma perlu memecahkan buih-buih di permukaan lut sinar itu bagi menelanjangkan gambar tersebut dan berkongsinya dengan rakan-rakan dalam talian menerusi emel, Facebook, Twitter dan Flickr.

Menurut pereka perisian itu, Jesus Diaz, perisian berkenaan agak sempit untuk digunakan dalam skrin iPhone yang bersaiz 8.8 sentimeter kerana ia sebenarnya direka untuk paparan komputer seperti iPad. - Agensi

so,janganlah kita sewenang-wenangnya letak pic kita bermacam-macam..
kalau dapat individu yg dah terlebih pandai teknologi ni mcm2 nnti dia buat kat pic tu..pikirkan.






»» Readmore
Posted by Belog Sambal Belacan 0 Cicah Sambal Belacan! Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Labels: Al Kisah
Newer Posts Older Posts Home

MASAKAN LAIN

KERAP DI CICAH

  • EKSKLUSIF: MISTERI LAGU “CINTA TIGA SEGI” KINI TERBONGKAR !!!!!
  • BACA BUKU DALAM TANDAS !
  • Pengakuan Jepp : INILAH PUNCA SEBENAR KUMPULAN SEPAH BERPECAH !!!
  • Gambar | Nampak Lurah Bontot !!!
  • Tidak Ku Pinta Begini :'(
  • Pegang Tetek !!!
  • PERBUALAN EKSLUSIF ANTARA SEORANG JEJAKA DAN SEORANG GADIS !
  • AIR BERTUKAR WARNA MENJADI .......
  • AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !
  • AL KISAH SIPUT BABI !

Labels

Coretan (138) Al Kisah (87) ILmu (77) Isu Semasa (61) Apa Ade (39) Aku Join (37) Lawak (24) Bola (21) Segmen Aku (16) Tazkirah DAN Kisah Teladan (16) Cinta (11) Kisah Seram (18PL) (10) Soal Jawab (7) Berjiwang (4) Releks Jap (4) Kekuasaan Allah (3) Motivasi (3) Tips (3) Award (2) Bergambar Makna (2) Haji (2) Misteri Dan Pelik (2) Penghargaan (2) Tips Dan Fakta (2) 1whp (1) Jalan-Jalan (1) Lagu (1) Maharaja lawak (1) Raja Lawak (1) Sukan (1)

AMARAN PRODUK

assalamualaikum dan 1 blogger
ini adalah blog hakcipta Belog Sambal Belacan (SB)....
blog ini menyelitkan info-info artikel dan menyelitkan gak hasil coretan Belog Sambal Belacan (SB) sendiri.

HARAP MAKLUM! segala penggunaan "aku" dlm catatan ini adalah sbgi ganti nama bg sy,dan tiada niat utk nak kurang ajar pd yg lebih tua dari sy,mintak maaf...:)

HARAP MAKLUM JUGAK! blog ini tidak support function bagi penggunaan internet explorer (IE).

SELAMAT DATANG ke SAMBAL BELACAN (SB)..........

TENTANG BLOG

  • SAMBAL BELACAN CORNER

GENG VIP SAMBAL

GENG SAMBAL

CHAT BSB

Follow @BlogSambalBelacan

BAHAN BELACAN

  • ►  2014 (3)
    • ►  June (1)
    • ►  March (2)
  • ►  2013 (21)
    • ►  August (6)
    • ►  May (5)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (7)
  • ►  2012 (99)
    • ►  December (1)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (11)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (9)
    • ►  February (23)
    • ►  January (38)
  • ▼  2011 (522)
    • ►  December (41)
    • ►  November (39)
    • ►  October (39)
    • ►  September (29)
    • ►  August (36)
    • ►  July (53)
    • ▼  June (42)
      • JOM REKA DIALOG !
      • KESILAPAN DALAM IJAB KABUL
      • AL KISAH TEH PANAS & TEH SEJUK
      • SUBHANALLAH PERISTIWA INI !
      • BOLEH JADIKAN GAMBAR BOGEL TU
      • " SAYA .. "
      • SOALAN DAH TAHU JAWAPANYA TAPI TANYA LAGI ! BALAS ...
      • TUDUNG OH TUDUNG: NAK PAKAI KE TAK ? #2
      • BANG, JOM G JALAN - JALAN
      • AKHIRNYA BERKAHWIN TAPI .......
      • YAHOOOOOO PUAS HATI !
      • AL KISAH PEMUDA, MARAH DAN PAKU
      • KHASIAT DISEBALIK PISANG
      • BELUM BERCOUPLE: TIPS SUPAYA AWEKS TERKEJAR-KEJAR ...
      • BUDAK AJAIB ! APE YG AJAIB ???
      • IDENTITI PENGGODAM TELAH DIDEDAHKAN !
      • TUDUNG OH TUDUNG : NAK PAKAI KE TAK ? #1
      • SUBHANALLAH: DALAM DURIAN ADA DURIAN LAGI !
      • TERGEMPAK ! ABG BEN (BA) DIPENJARA !
      • KISAH INI PASAL KAHWIN,TAPI LAIN CERITA PULAK PERK...
      • INI BUKAN SIDAI BAJU TAPI DIA SIDAI .................
      • DIALAH PENGGANTI OSAMA !
      • LAMAN WEB " CIA" DIGODAM
      • PERINGATAN KEPADA BLOGGER !
      • PAYUDARA PUN ADA PENGAWAL
      • USOP WILCHA KINI DJ HOT FM
      • PULANG BERCUTI SEPATUTNYA KE PANGKUAN KELUARGA TET...
      • RUSA NAIK MINYAK, SASARANYA IALAH ......
      • MAKSIAT: KAT SITU PUN JADI !
      • KENAPA ARAK MEMABUKKAN ???
      • AJAR PUKUL TELUR !
      • SALING MERABA
      • TOP 20 FACEBOOKS PAGES IN MALAYSIA !
      • DAH BARU LAHHHHHHHH....
      • MAKCIK....TINDAKAN AKAN DI AMBIL !
      • TAHNIAH K. RAJAGOPAL !
      • MEMANG BEST!
      • " MARI SERTAI BLOG PILIHAN MALAYSIA "
      • DATANGNYA BULAN .....
      • BARU DAPAT ....
      • SIAP HELIKOPTER,BOMBA DAN PASUKAN PENYELAMATI TAPI...
      • SEGMEN MENCARI BLOGGER LELAKI
    • ►  May (76)
    • ►  April (124)
    • ►  March (23)
    • ►  February (18)
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (59)
    • ►  December (1)
    • ►  November (30)
    • ►  October (28)

PERENCAH

  • BEN ASHAARI
    Nak sihat bukan takut mati !
    1 day ago
  • Sunah Suka Sakura dot com
    WW: Lunch Restoran Bendang Rasa Kampung, Shaftsbury Square, Cyberjaya
    3 months ago
  • BANGKU KOSONG
    Cara Mudah Masak Lemang di Rumah
    1 year ago
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN
    1 year ago
  • Lulu pages
    Top Graphics Card for Dell Optiplex 1030 160 170l 2010 2021 2030
    3 years ago
  • Ceritamamat
    Sep 14 The Road to “Clean” Living
    3 years ago
  • senyum-senyum
    VINCENZO FULL EPISODE
    4 years ago
  • MiLo SuaM
    Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong kata pembantu
    4 years ago
  • NASIHANGIT.BLOGSPOT.COM
    (STICKY POST) SEWA IKLAN RM10 SEBULAN DI BLOG NASIHANGIT!!
    5 years ago
  • Mahligai-An-Nur
    Broken Heart 2018
    5 years ago
  • ! Erti Kehidupan...
    Akibat Nak Murah ...Aku Kena Scam Di Shopee
    5 years ago
  • .. cik epal ..
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
    5 years ago
  • Bicara Mak Dara
    Tudung Bawal Termahal Di Dunia Milik Ahli Perniagaan 35 tahun
    5 years ago
  • ! 1 Blog 1 Informasi !
    Nasi Dulang Daun Pisang Sg Ramal, Kajang
    6 years ago
  • Malaysian Sports' Loose Cannon
    MAJALAH DIGITAL ARENA - DALAM KENANGAN
    7 years ago
  • ::Si Sengal Yang Jiwang::
    Jual Kayu Dolken Gelam Gratis Ongkir
    8 years ago
  • ! Blog Inspire Bunny !
    REVIEW: Uriage Thermal Micellar Water
    8 years ago
  • BeloG MTT
    KENCUR JUS ASAM KUNYIT
    8 years ago
  • Kamil Kata
    The Culling (2015)
    9 years ago
  • Bersama Mazidul
    VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)
    9 years ago
  • Blog Kerana Manisnya Epal
    Ramadhan is coming back!
    9 years ago
  • Buta+Pekak+Bisu=CINTA
    BLACKSUIT PHOTOG memang terbaik dari ladang gandum!
    10 years ago
  • !!..911Bell119..!!
    2
    10 years ago
  • nEscaFe+MilO
    blog oh blog...
    11 years ago
  • ZAISEMPOY.BLOGSPOT.COM
    aurat kita dengan siapa?
    11 years ago
  • Football Crazie .. well it's all about Chelsea ;)
    AL-FATIHAH
    13 years ago
  • ♥ KunfayakuN ♥
    Namaste..
    14 years ago
  • SANTAI BEN ASHAARI
  • penulis senja
  • Diary Budak Kampung
  • Ini Kisah Tia
  • ! Belog Cik Ladies
  • ! kotak bulat menulis !
  • Roti Telur ©
  • [ kAtEk ]
  • Belog AdamXis
  • Ranking Terbaik Barisan Pemain Selangor
  • ✿ Celoteh Si Alya ✿
  • BudakBotak.com ©
  • CIK LA ADA BLOG
  • Laman web rasmi Persatuan Bolasepak Selangor - FA SELANGOR
  • Siti Safiyyah
  • ! JEJAKA TERHANGAT !
Show 5 Show All
Powered by Blogger.

PILIHAN BELACAN !

  • ! Eza Boom Boom | ファエザ^_^!
    Jangan Lepas Pandang
    10 years ago
  • (^_^)cite ttg K.A.M.I(^_^)
    kembali lagi !!
    12 years ago

RANK SAMBAL

DUIT BELACAN

[close]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
.
 
Copyright (c) 2012 ! Bila Sambal Menumis !.