pernah dengar lagu cinta tiga segi tak???
tapi memang layanlaaa lagu ni,lagi-lagi yang baru jer putus cinta,dengar lagu ni jer mesti meleleh beb!
macam aku dululah putus cinta dengar lagu ni,layaaannnnnn beb!!!! hahahahahaha
orait kali ini aku bawakan paparan eksklusif!!! eksklusif!!! eksklusif mengenai lagu Cinta Tiga Segi ini.
sape yang pernah tengok suatu ketika dulu apabila lagu ini tengah meletop dan popular,keluar pula klip video lagu ini di YouTube,katanya dimana seorang perempuan dibelasah teruk.memang ngeri tengok,masa tu dikatakan lagu yang ditujukan itu untuk perempuan yang tengah kena belasah tu.
Tetapi....dimana jauhnya kesahihahnya itu..???
oleh itu Blog Sambal Belacan akan paparkan
Begini ceritanya.......
“Bertahun sudah ku menunggu diri mu,
Akhirnya kau menjadi milikku,
Sukarnya untuk ku melupakan mu,
Kerna kau ku cintai selalu…”
Membaca baris lagu ini sahaja pasti membuatkan kita terbayang wajah penyanyi kesayangan ramai Saleem yang mempopularkan lagu ini sekitar 2008.
Lagu yang berjudul Cinta Tiga Segi ini bukan sahaja menjadi siulan anak-anak muda, malah ia sering kali menjadi pilihan ramai untuk berkaraoke.
Di sebalik keunikan lagu ini, ada kisah misteri yang tersembunyi, kononnya ia dicipta oleh seorang banduan yang bernama Hazwan, sebelum dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuh kekasihnya.Sebelum meninggal, dia meminta rakannya untuk merakamkan lagu itu sebagai tanda kenangan dan sejauh manakah kebenarannya menjadi tanda tanya sehingga kini.
Bagaimanapun, setelah tiga tahun, akhirnya pencipta sebenar lagu ini tampil membuat pendedahan eksklusif .
Akui terkilan dan geram dengan pelbagai andaian dan cerita yang tidak berasas direka oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, Mohd Nazri Mohd Yusof, 26, atau Ayie yang merupakan seorang anggota polis dari Singapura, tampil menjelaskan keadaan sebenar.
Bagi Ayie, sudah sampai masanya masyarakat mengetahui perkara sebenar dan tidak terus terperdaya dengan cerita-cerita yang tidak berasas itu.
"Bukan saya tak mahu bersuara sebelum ini, tapi keadaan tidak mengizinkan. Sebenarnya saya sentiasa berusaha untuk menyampaikan perkara sebenar, tapi saya bertemu dengan orang yang salah dan tidak dapat memperbetulkan keadaan. Lagipun saya berada di Singapura dan tiada kenalan di Malaysia yang dapat membantu," kata Ayie memulakan bicara.
ASAL LAGU INI DAN KISAH LAGU INI SEBENARNYA !!!!
Menurutnya, tajuk sebenar lagu itu adalah “Perangkap Cinta” yang ditulisnya ketika berumur 13 tahun lagi iaitu pada 1998.
Ketika itu dia yang sedang dilamun cinta monyet hampa kerana insan yang disayangi menolak cintanya dan kembali kepada kekasih lama.
“Memang lagu ini saya tujukan khas untuk dia, secara tepatnya ia adalah luahan perasaan saya kepada gadis tersebut. Mula-mula saya rekod lagu ni dengan hanya menggunakan telefon bimbit dan didengarkan kepada kawan-kawan.
“Selepas itu ia mula merebak selepas kawan-kawan mendengarkannya kepada kawan yang lain pula. Seingat saya, saya memasukkan lagu ini ke YouTube pada 2006. Selepas itulah semakin ramai yang menyanyikan semula lagu itu.
“Kalau di Singapura, sebut sahaja “Perangkap Cinta” semua sudah tahu siapa yang mencipta dan menyanyikan lagu itu. Saya sendiri tidak sangka hanya kerana sebuah lagu, pelbagai perkara boleh terjadi dan berlarutan sehingga ke hari ini,” katanya
Mohd Nazri Mohd Yusof, 26, atau Ayie
jom layan lagu ini..:)
6 Cicah Sambal Belacan!:
dorang pandai2 je buat andaian sendiri.. huhuh.. penyanyi asal mmg dia.. :)
yeke? ingt betollah kan kesah bnduan tu yg nyanyi -.-'
nak kad raya flash tak??hakhak
segalanya dah terjawab....huhu..
lagu nie mmg best,,,
pandai2 je sape yg buat cerita tuh kan..=.="
Suke suki buat cite . Tu lee . Le kali jgn sampai kan berita pada org yg xberamanah . Kikiki
Post a Comment