" Pelanggan dihargai,mulai 15/9/11,pembelian tambah bayar nilai prabayar & pek perkhidmatan sebanyak 6%.Sila layari hotlink.com.my"
sender: Hotlink@
eh!!! ape semua ini,tiba-tiba bagi duit raya cmni,adoiiiiiiii
da la astro naik harga,hotlink pun nk kenakan cukai sebanyak 6% pulak..
pasni kalau beli topup nmpaknyer adalah tambahan 0.60 sen dibelakangnya..
memang sikit tapi lama-lama macam banyak nyer..
cek punyer cek memang betul la hotlink ni nak naik kan cukai 6%..
tengok ni......
KUALA LUMPUR - Seramai 26.2 juta pelanggan talian telefon mudah alih prabayar di negara ini bakal dikenakan caj bagi cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus berkuat kuasa 15 September ini.
Jumlah tersebut meliputi tiga syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara iaitu Celcom (Xpax) seramai 9 juta pelanggan, DiGi seramai 7.7 juta orang dan Maxis (Hotlink) 9.5 juta orang.
Kenyataan akhbar syarikat telekomunikasi mengenai caj baharu pembeli kad prabayar.
Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan bersama oleh syarikat tersebut semalam, para pelanggan selepas ini dikenakan cukai bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar baharu.
Dengan penguatkuasaan caj itu, seorang pelanggan yang membeli kad tambah nilai berjumlah RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen adalah cukai perkhidmatan.
“Para pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula tengah hari ini (semalam) mengenai cukai perkhidmatan baharu itu,” kata kenyataan itu.
adoiiii..sekarang ni semuanya naik ajer !!!!!!
pasni topup RM10.60 la..mmmmmm
sape guna hotlink????????
6 Cicah Sambal Belacan!:
pakai bill la plk pasni...
beli topup byk2....simpan buat bekalan...huhu
kalau pakai bil ade kena cukai x?
amani pakai hotlink.. errmm,
Tak dapat pun msg hotlink tue ??
Aku rasa aku dah baik hati dah dengan hotlink.
Hari-hari aku guna hotlink.
Calling, Texting..
Kesudahannya?
HAMPEH!
sobs.
Post a Comment