sebelum tu aku nak tanya korang.....
anda suka letak gambar anda dalam facebook????
suka menayangkan gambar anda itu???
apa matlamat anda meletakkan koleksi gambar-gambar anda dilaman sosial itu???
apa tujuaan anda buat macam itu???
untuk apa???
untuk bangga anda cantik???
untuk bangga anda ada bentuk badan yang cantik???
apa semua itu???
anda mengetahui semuanya kenalan anda itu baik belaka????
anda sudah terlalu yakin kebaikan meletakkan gambar dilaman sosial ini???
atau pun anda belum mengetahui padahnya jika buat cmtu..
kalau tak tahu lagi..jom ikuti kisah
NILAI - Disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB).
Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.
Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.
RA (tengah) ditemu bual oleh wartawan Kosmo!, Suhana Md. Yusop sambil diperhatikan oleh Shamsuri Shafie di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan kelmarin.
"Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur.
"Kami tidak mengenali antara satu sama lain.
"Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya," dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.
Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu.
Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya.
Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja.
"Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,'' ceritanya.
Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya.
jadikanlah kejadian ini sebagai iktibar kita semua supaya kita tidak mudah menayangkan koleksi gambar-gambar kita itu.
janganlah salahkan sesiapa yang belum terkena lagi tu,ape lagi REMOVE la gambar-gambar korang tu sebelum ada yang bertopengkan syaitan berniat apa-apa pada anda.!!!!
alaaa..tak payahlah letak gambar-gambar kita tu,cukuplah adik beradik kita tengok udah la ek....
kebenaran sihir:Dan kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Campakkan tongkatmu!" Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka). Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batallah (sihir) yang mereka lakukan. Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketuanya kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina. Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud. Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam,-"(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun".al-'Araf ayat 117-122
2 Cicah Sambal Belacan!:
banyak jugak doe gambar awek dgan aku.. jaga2lah korang..
errrr....
insyaallahh
Post a Comment