mesti sekarang ramai yang tengah upload gambar-gambar raya korang kan,
memang glamour la upload gambar selepas beraya ni,tak kiralah upload diblog ker,di fb ker atau dimana-mana jelah.
tapi yang penting memang tengah sibuk nak mengupload gambar beraya tu kn..kn....
cerita pasal ambik gambar ini,
ini lain pulak ceritanya,ianya berlaku di Pulau Tioman..
ceritanya cmni,sedang asyik mengambil gambar di handpon,masa ambik tu tak nampak apa-apa cuma orang yang menangkapnya jelah ada
namun apabila hendak tengok semula gambar di handpon itu..
tiba-tiba lelaki ini terlihat...
PULAU TIOMAN - Seorang Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) di sini, tidak menyangka gambar yang diambil oleh rakannya ketika berada di Jeti JTLM Kampung Tekek, Pulau Tioman kelmarin, turut mempunyai imej yang pelik.
Anuar Safie, 38, berkata, imej menyerupai seorang wanita itu dirakamkan pada pukul 8 malam kelmarin oleh salah seorang rakannya sebelum mereka keluar menjalankan operasi penguatkuasaan di jeti berkenaan.
Menurutnya, semasa berdiri di sebelah tiang jeti, dia langsung tidak menyedari kehadiran lembaga itu sebelum rakannya memberitahu terdapat imej mencurigakan di belakang sebelah kanan wajahnya apabila merakamkan gambar dengan menggunakan telefon bimbitnya.
"Sebaik sahaja sampai di jeti itu, rakan saya terus meminta telefon bimbit dan mahu merakamkan gambar saya. Namun saya terkejut apabila mendapati imej mencurigakan berdiri di belakang gambar saya," katanya.
Menurutnya, selepas imej berpakaian putih itu dirakamkan, dia dan rakannya terus terdiam seketika sebelum menceritakan pengalaman yang dilaluinya kepada rakan-rakan lain pada keesokannya.
Anuar yang sudah berkhidmat lebih lapan tahun dalam agensi itu mengakui telah beberapa kali menemui lembaga tersebut di depan matanya.
"Apa yang penting sebagai manusia yang beriman kepada Allah SWT, kita tidak perlu taksub dan takut dengan kejadian aneh yang belum tentu kesahihannya sehingga boleh menjejaskan akidah," katanya.
haaa..korang pernah mengalami seperti situasi ini jugak ker???
8 Cicah Sambal Belacan!:
erkk......
tak pernah alami... uisssh seram bace..
eeuuuuwww menakutkan lah cm ni.
kalau kb kne gini, da cabt lari da..hehehhe
Pernah sekali ;)
cmne la perasaan org tu..
huu~~
erk...
de lembaga..
seram..
bertuah dapat alami situasi gini..ingt senang dapat..bersyukur le kuasa Allah..jgn terpesong akidah oke..
Post a Comment