Salam merdeka Raya....
Ini adalah kisah di 2 hari raya bersamaan 2 Syawal
dimana kunjungan adik-beradik ke kampung halaman rumah mak bapak masing-masing termasuklah aku.
Masa itulah kitorang adik beradik menikmati hidangan kuih raya yang beraneka jenis juadahnya,macam-macamlah kuih masa tu terjumpa sehinggakan aku pun tak tahu nama kuih yang disajikan tu..:)he
Dalam cekuh mencekuh kuih raya berbalas berlaga-laga tangan untuk mengambil kuih raya.
Tiba-tiba...........
Terdengarlah suara sumbang daripada seorang adik beradik aku ini yang sudah berkahwin mempunyai 2 anak tetapi perangai macam budak kecik lagi,play station pun layan lagi,sabar jelah isterinya melayan tetapi memang sempoi la....
Dia tanya macam ini, "eh ini kuih TAT kan".Dia tanya kat adik beradik kitorang yang lain.
pastu aku pun jawab yelah ini kuih TAT lah,kan ketupat kot kan..huhuhu. Lepas itu dia kata "eh kuih TAT ni boleh makan 7 biji jer,jangan makan lebih dari itu taw.
Pastu,adik beradik aku yang seorang ni pulak tanya "eh kenapa pulak macam tu sekali"....
Lalu dia menjawab cuba sebut satu persatu....." satu TAT, dua TAT, tiga TAT, empat TAT, lima TAT, enam TAT, tujuh TAT dan la pan TAT..
ok sebutlah,katanya........
maka si adik beradik aku yang bertanya ni tadi mulalah menyebut satu persatu sehingga habis.
Tiba-tiba...........
tengah sedap-sedap sebut satu TAT, dua TAT,..............sampai je ke la pan TAT tu dia mula merasa kelainan pada sebutan terakhir itu.
Dia terhenti seketika sebaik sahaja menyebutnya,lalu dia memandang ke arah adik beradik yang lain dan selepas itu.........
tiba-tiba dia tergelak dengan sendirinya.............
kitorang adik beradik yang lain pun mulalah tergelak jugak..hehehe.
Sedang gelak mengelak ,tiba-tiba seorang anak buah aku ini yang masih kanak-kanak berhingus lagi,terus bertanya pada ummi dia...
" nape ummi,nape tak boleh makan sampai la pan TAT tu???
"nape ummi????"
dengan mukanya yang blur tu sambil bertanya pada umminya.. dengan berkali-kali berkata " nape ummi??? "
Sebaik sahaja anak buah aku tu bertanya jer kat ummi nyer,lalu umminya menjawab:
" sebab la pan TAT tu .....................terhenti seketika umminya untuk mengelak daripada pertanyaan itu
lalu umminya potong cerita dan ummi anak buah aku tu pun terus berkata
" eh jap ummi nak gi dapur jap ek,tunggu jap taw" dengan menggunakan taktik yang kemas lagi teratur ini:) huhuhuh
lalu umminya beredar dan anaknya yang bertanya tadi tu pun terus leka bermain dengan anak buah aku yang lain tu.
Last-last pertanyaan anak buah aku tu terus dia lupa, disebabkan dek leka bermain ..ape lagi umminya kata " selamat " ...huhuhehe
p/s: jangan pikir bukan-bukan taw,ini sekadar kebetulan jer...:)
jangan ajar kanak-kanak yang tidak sepatutnya semasa waktu kecil lagi...
Heart on the Window by Jin BTS & Wendy Red Velvet
10 hours ago
3 Cicah Sambal Belacan!:
hahaha...sebelum ni tak perasan pun... :P
hahahaa...lawak2..boleh pulak terfikir sampai ke situ..;D
hahaha...bole plak..tak pernah terfikir pn pasal tu..dh la niesa suka mkn kuih tat..hakhak..adoi..
Post a Comment